John Pilger:  Perang Tipu muslihat  Yang  berterusan
(This War Of Lies Goes On)

Sabtu 16/11/2001.

Tidak ada sesiapa  yang menang  dalam peperangan  kabilah di Afghanistan. Cuma pertukaran   satu  kumpulan pembunuh dengan yang  lagi  satu. Perbezaannya kali ini, Presiden Bush  mengiktiraf puak yang  menguasai Kabul kali ini  dengan panggilan “sahabat kita.”

Betapa  gembira pun  gambaran  manusia  yang  betandak dan menari dengan mainan irama yang mengiringi dan berduyunya  orang  lelaki yang berpusu-pusu dan beratur  mahukan  giliran  janggut mereka dicukur, apa yang disebut sebagai  Pasukan Pakatan Utara itu bukannya kumpulan yang menjanjikan kemerdekaan.  Mereka  adalah kumpulan  yang  sama  yang diberikan sambutan  selamat datang   dengan penuh  keriangan pada 1992 dulu, yang kemudiannya  bertindak ganas membunuh dengan kejam sekitar 50,000  manusia   selama empat tahun mereka  berperang  sesama  saudara.

Wira  yang dijulang itu kini sudah pun  membunuh  dengan  kejamnya  sekurang-kurangnya 100  tawanan perang dan ramai lagi, termasuk  merampas  bekalan  makanan  sambil  melakar semula  satu monopoli perdagangan  jual beli  ‘heroin.’

Pada minggu ini, Amnesty International   telah membuat satu  kenyataan yang  amat  luar biasa  yang  menampakkan bisanya  di muka  berita. Kenyataan itu  seharusnya dipaparkan dengan jelas  di setiap  muka akhbar dan  kaca  TV.  “Apabila  pemimpin Pakatan Utara  gagal menyedari serta menghormati    kesan hak asasi manusia,” kata Amnesty, “para menteri  UK telah  dengan sengaja   merelakan  satu budaya  membiarkan  jenayah silam berlarutan dan secara  tidak langsung  turut  terbabit  dengan  kegiatan   mencemar  hak asasi  manusia  itu.”

Sebenarnya,   kumpulan penjenayah yang kini  “membebaskan” Kabul  telah diberikan  peluang  kedua  oleh negara yang paling  perkasa  di dunia  yang telah  menyungkit  debu daripada bumi  sebuah negara yang  termiskin di dunia, di mana  jangka hayat   rakyatnya  adalah  sekitar 40 tahun sahaja.


Untuk Apa?

Tidak ada  seorang pun  pengganas  yang  terbabit  dalam  serangan ngeri terhadap Amerika yang telah ditangkap ataupun dibunuh.  Osama Laden dan  kumpulannya  sudah tentu mampu  menyelinap  masuk kawasan  selamat di ‘North West Frontier’ ataupun Pakistan. Apakah Pakistan akan  diserang dengan bom pula? Bagaimana pula dengan  Arab Saudi dan Mesir  di mana kumpulan pelampau Islamia  dan  akar umbi  jaringan itu  sudah lama  bertapak? Sudah tentu  tidak.

Ahli keluarga  Saudi,  yang mempunyai  sebahagian ahli  anggota  mereka berfahaman  pelampau  persis  kumpulan Taliban  menguasai   sumber bekalan minyak Amerika  yang terbesar. Regim Mesir yang menerima sogokan wang berbilion dollar  setiap tahun, merupakan satu  proksi Amerika  yang penting.  Mereka  tidak  akan  teraniaya.

Setakat ini belum lagi ada  ‘peprangan  membasmi keganasan.’ Sebaliknya,  kita telah menyaksikan  satu  versi  mainan besar imperial  di mana  pengganas yang ‘jahat’ ditukar-ganti dengan pengganas  yang dianggap ‘baik’ sedangkan   jumlah manusia  yang tidak  berdosa dan yang tidak terhitung  banyaknya telah terkorban. Ada yang kehilangan  seluruh  perkampungan, seluruh  keluarga, sebuah hospital,  termasuk   rekrut  baru  yang   secara mudah  diberi gelaran  sebagai pasukan pejuang  muda ‘Taliban’.


Kita mudah faham  kenapakah  mereka yang datang  dari Barat   menyokong  rentak  serangan terbaru  Amerika  dari angkasa  ataupun membuat pertaruhan mereka, kini terpaksa  memikirkan  betapa  gelojohnya mereka  dulu memberikan sokongan itu untuk mempercayai bahawa peperangan  melalui  serangan  bom yang  bergegar menjanjikan  kemenangan  yang  besar. Cuba  beritahu falsafah itu  kepada  golongan tua  yang  sedang meratapi  pusara   yang tidak  seberapa  rupanya  di  muka  bumi  yang  tidak pun dapat dikesan oleh  tukang arah  pengeboman  udara  itu.


Pertembungan  antara  kepintaran dan  keinsanan   yang  menjadi  syarat   mencapai  kemenangan itu  bukanlah satu  fenomena yang baru. Kalau diketepikan mereka  yang dungu untuk  berfikiran waras, tinggallah golongan yang gamat gemar bermain perang, yang tidak berhati perut, seperti  yang pernah saya alami  melihatkan kesediaan mereka   menggunakan  bom berangkai dan pelbagai senjata  ganas lagi.

Apakah secara kebetulan  serangan peluru  berpandu Amerika  yang terakhir di Kabul sebelum munculnya  para “penyelamat”, telah  memusnahkan  alat pemancar   stesyen TV  Al-Jazeera, yang merupakan   satu-satunya  sumber  maklumat dan berita  yang dapat dipercayai di rantau  itu.

Selama berminggu,  pegawai Amerika  telah  mendesak kerajaan Qatar, sebuah negara Teluk di mana  Al-Jazeera  mempunyai  pusat dan ibupejabatnya, untuk menghukum penyiarnya  yang telah  memberikan  laporan  tersendiri mereka  mengenai  “peperangan membasmi  keganasan” berbeza daripada  segala janji manis  Bush dan Blair  yang  melancarkan ‘jihadnya.’

Rahsia terpendam  dan dianggap salah  ialah serangan terhadap  Afghanistan itu  adalah sesuatu  yang tidak perlu. “Asap perabun”  berkaitan dengan keseluruhan episod ini  jelas terdapat  dalam segala  bahan bukti yang dikemukakan oleh kerajaan British yang semata-mata tidak berasas  dan penuh kepalsuan.  Mengikut  Tony Blair, adalah tidak mungkin  dapat  diekstradisi Osama bin Laden  daripada Afghanistan   dengan cara  lain selain pengeboman.

Akan tetapi, pada akhir September dan  awal Oktober, para pemimpin   dua  partiIslamia Pakistan pernah berunding  untuk  menyerahkan Osama bin Laden kemuka pengadilan  berkaitan dengan  serangan September 11.  Mereka  mencadangkan  agar Osama dikenakan  tahanan  di dalam rumah kediamannya di Peshawar. Mengikut laporan  di Pakistan (dan dalam Daily Telegraph)  cadangan ini telah dipersetujui oleh Osama Laden  dan juga pemimpin Taliban Mullah Omar.

Tawaran itu  sepatutnya   menyediakan juga  satu  mahkamah  antarabangsa, yang  akan  menentukan sama ada  mengadilinya ataupun menyerahkannya  kepada Amerika.  Apa pun, dia sudah tentu keluar  daripada Afghanistan dan ini bererti satu bentuk penghakiman   boleh dilihat  sudah dianjurkan. Tawaran itu telah diveto oleh Presiden Pervez Musharraf yang  berkata dia “tidak mampu menjamin keselamatan  Osama Laden.”


Siapa  sebenarnya  merosakkan  rencana  itu?

Duta  AS di Pakistan  telah pun diberitahu lebih awal lagi akan  cadangan   itu dan  penubuhan satu  misi  membabitkan  Taliban.  Kemudian, seorang pegawai AS   berkata  rencana itu  “telah menyempitkan sasaran kita “ yang dianggap  menghadapi risiko “membantutkan  satu usaha   bertaraf antarabangsa yang berkemungkinan  berlaku  seandainya  Osama Laden dapat ditangkap.”

Sebaliknya AS dan Britain  telah  berbohong  dengan  memberi penjelasan bahawa tidak  ada tindakan alternatif   selain  melancarakan  pengeboman  ke atas Afghanistan kerana   “keengganan’  Taliban   menyerahkan Osama bin Laden.  Apa  yang  diterima oleh rakyat Afghan sebenarnya  ialah apa yang  dikatakan sebagai  “Penghakiman Amerika” yang dikuatkuasakan  oleh seorang presiden  yang telah menolak-tepi  perjanjian antarabangsa mengenai senjata nuklear, senjata  kimia, penzaliman dan  pencemaran  alam sekitar yang menghangatkan bumi. Inilah dia  seorang presiden keparat yang enggan menandatangani   perjanjian   untuk diwujudkan satu  mahkamah antarabangsa   untuk  mengadili   penjenayah perang, kerana itulah  tempatnya  yang sesuai untuk menghakimi Osama bin Laden.


Apabila Tony Blair  menyebut  bahawa  peperangan  ini bukannya  satu serangan  ke atas  Islam, dia  menyebut sesuatu yang  ada  kebenarannya.

Tujuannya,  untuk jangka pendek,  ialah untuk  memuaskan desakan  orang tempatan kemudiannya   mengembangkan lagi  pengaruh Amerika   di wilayah yang sungguh penting itu  yang  memang wujud satu  kelompongan kuasa sejak Soviet Union berundur  dan  gugur , dan kini muncul pula  China yang  mempunyai keperluan  minyak yang  dijangka akan  melampaui  keperluan  Amerika Syarikat.  Kerana itu pengawalan  Asia Tengah  dan  sumber minyak di  Lembah Caspian   merupakan  faktor  penting  ketika  kerja-kerja  mencari gali  sedang  dipergiatkan.

Demikianlah, sehingga digugurkan  bom berangkai untuk  memusnahkan nyawa mereka yang tidak berdosa, sebagai  pembalasan  secara  usaha sepakat antarabangsa   untuk membalas dendam tindakan ganas  yang  telah  mengorbankan banyak nyawa  di New York.

Tetapi tindak balas  yang  tidak berperikemanusiaan sebagai  serangan balas episod September 11 itu  telah dikuatkuasakan oleh pentadbiran Amerika  yang sebenarnya  bertujuan  memperkasakan penonjolan ketuanannya  di zaman pasca perang dingin. Sedangkan  usaha  penonjolan kuasa  itu  mempunyai satu  sejarah   tercatat yang panjang.

Tipu muslihat “peranan membasmi keganasan” memberi Bush  satu helah  untuk menekan Kongres agar menyetujui beberapa  undang-undang  yang  menghakiskan  kebanyakan asas keadilan  dan demokrasi  individu  Amerika. Blair mengikut langkah itu  secara membabi-buta dengan beberapa  undang-undang  anti keganasan yang  tidak pun  berjaya menangkap  seorang pun  pengganas  ketika  perang Irish dulu.

Dalam suasana   pengawalan yang zalim  yang menakutkan di AS dan Britain, sebarang usaha untuk memberikan penjelasan kepada sebab musabab  serangan dilakukan terhadap Amerika  telah disambut  dengan  tuduhan ganas   sebagai  “penderhaka.”


Apabila  diambil kira semua itu, segala  kemenangan  yang  penuh kepalsuan menunjukkan  betapa  mereka yang  memegang teraju kuasa di Washington dan London, dan mereka  yang bersuara lantang  sebagai proksi  mereka, akan faham juga, bahawa nyawa sesetengah manusia    mempunyai harga  yang lebih tinggi  berbanding  orang lain  dan pembunuhan satu puak manusia awam adalah satu   jenayah. Kalaulah  kita  terima hakikat itu, bererti kita mengalukan  berlakunya   segala kezaliman di banyak pihak, secara berulang-ulang.


Tamat.SPAR.

Hits: