Gani Patail Dilantik Peguam Negara

Datuk Abdul Gani Patail Ketua Bahagian Pendakwa Jabatan Peguam Negara telah di lantik Sebagai peguam negara.

Oleh Abdul Muin Majid

PUTRAJAYA, 19 Nov (Bernama) -- Datuk Abdul Gani Patail, ketua bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara, dilantik sebagai Peguam Negara yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ainum Mohd Saaid yang meletakkan jawatan kerana sebab-sebab kesihatan.

 

"Peletakan jawatan Ainum diterima oleh kerajaan hari ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim pada sidang media di sini.

Pelantikan Abdul Gani berkuatkuasa 1 Jan tetapi beliau akan memulakan tugas Peguam Negara sebaik saja Ainum bercuti tidak lama lagi, katanya.

-- LAGI