MB Kedah Tipu PM

MB Kedah bercita-cita menjadikan Kedah negeri maju pada tahun 2010. Oleh itu Kedah telah sediakan Pelan Tindakan Kedah Maju 2010 dan dilancarkan oleh PM pada 21 Sept. 2001. Dengan begitu bangga, Syed Razak telah memaklumkan pada sidang DUN Kedah bahawa ekonomi (KDNK) akan tumbuh pada kadar PURATA 15 peratus setahun untuk tempoh 10 tahun akan datang. Unjuran ini telah dikritik hebat oleh ADUN PAS/Keadilan kerana kadar ini terlalu tinggi dan tidak berpijak dibumi nyata.

Syed Razak bertegang leher mempertahankan unjuran tersebut.Katanya PTKM 2010 disediakan oleh pakar-pakar dari Kedah dan luar. Kedah tak akan hadapi masalah untuk capai kadar itu kerana sebelum ini KDNK Kedah telah tumbuh purata 9.6% untuk tempoh 1991-2000. Mengikut Syed Razak, walaupun untuk tempoh terdekat, kadar KDNK akan lebih rendah, tapi ianya akan berkembang melebihi 15% setahun dalam jangka panjang. Jadi sasaran purata 15% setahun masih boleh dicapai.

Hebat ilmu ekonomi Syed Razak. MTEN patut melantik Syed Razak sebagai pakar rujuk dan memulihkan kembali ekonomi Malaysia. Kita cuba guna-pakai logik Syed Razak mengenai ekonomi. Andai kata ekonomi Kedah memang hebat dan KDNK akan terus berkembang pada kadar lama - 9.6% untuk tempoh 5 tahun, ini bermakna untuk lima tahun terakhir(2005-2010) KDNK Kedah mesti tumbuh pada kadar melebihi 20 peratus setahun!!!!

Pakar ekonomi di MIER pasti terpinga-pinga dengan kehebatan Syed Razak.Belum ada negara didunia yang KDNKnya tumbuh 20% setiap tahun. Terpegun dengan kebolehan Syed Razak mengurus ekonomi Kedah, saya segera mendapatkan senaskah apa yang dikatakan "PTKM 2010" dari UPEN Kedah. Kebiasaannya dokumen "Pelan Strategik" akan menggariskan matlamat dan objektif pelan, sasaran pada peringkat makro/mikro, polisi & strategi pembangunan serta pelan tindakan. Dokumen ini akan menjadi panduan dan arah tuju pembangunan sesebuah negeri.

Setelah meneliti PTKM 2010 - dari depan hingga ke belakang, saya tidak berjumpa apa yang diharapkan dari sebuah senaskah dokumen yang begitu penting. PTKM 2010 hanya mempunyai maklumat ringkas mengenai angka/petunjuk ekonomi yang akan dicapai dan beberapa teras pembangunan ekonomi Kedah. Yang lain merupakan himpunan "laporan" pelbagai sektor ekonomi Kedah.Tiada huraian mengenai ciri-ciri dan kriteria sebuah negeri/negara maju. Setelah gagal memperolehi maklumat yang diharapkan dari "PTKM 2010", saya terus menghubungi pejabat UPEN Kedah untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Tembelang Syed Razak terbuka...... Pengarah UPEN, Dato' Ku Nahar mengesahkan bahawa "PTKM 2010" sebenarnya belum siap lagi. Dokumen itu sebenarnya ialah himpunan laporan awal J/K Kumpulan Kerja Teknikal pelbagai sektor ekonomi.

Menurut Dato' Ku Nahar ,Kerajaan Kedah telah melantik UUM sebagai konsultan untuk menyediakan PTKM 2010. Pasukan UUM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Wati masih dalam peringkat penyediaan pelan tersebut. Ianya dijangka siap awal tahun depan. Kalau belum siap, apa sebenarnya yang dilancarkan oleh PM??????? Pejabat SUK Kedah sememangnya tidak bersetuju dengan cadangan MB untuk mengadakan upacara pelancaran rasmi PTKM 2010 oleh PM kerana ianya belum lagi siap. MB tidak peduli semua itu. Syed Razak ingin "menunjukkan" kebolehannya kepada PM dan ingin buktikan bahawa pelantikan Syed Razak sebagai MB adalah keputusan yang tepat.

Upacara perasmian PTKM 2010 oleh PM dibuat dengan meriah dan penuh gilang-gemilang. Beribu-ribu pelajar dan pekerja kilang telah dikerah untuk meramaikan majlis tersebut.Disebabkan kedudukan kewangan kerajaan yang begitu lemah, agensi-agensi kerajaan dan kontraktor dipaksa memberi sumbangan untuk membiayai majlis tersebut. Di hadapan ribuan hadirin, PM telah melancarkan PTKM 2010 yang SUKU MASAK. Syed Razak telah berjaya menipu PM!!!!!!!.

Ataupun Syed Razakkah yang tertipu???? Mungkin PM sedang mencari calon lain untuk jawatan MB Kedah.........

Hits: