Kesilapan Tentera

(Military Mistake)

oleh: RUKI SAYID. Mirror – 21.11.2001.

 

 

Sekarang baru pukul satu tengah hari dan aku  merasa lapar. Sudah lapan jam aku tidak menjamah sebarang makanan  dan aku amat ghairahkan satu cawan kopi.

 

Tetapi, di bulan Ramadhan ini, seperti juga umat Islam sedunia, aku sedang berpuasa  bermula dari subuh sehinggalah  mentari terbenam selama tiga puluh  hari lamanya.

 

Ini bererti  tidak ada makan dan minum – waima setitik air  yang boleh disentuh oleh bibir, bermula  lima pagi   ketika  bermulanya  puasa, hinggalah 4.08 p.m. apabila  aku boleh berbuka

 

Menunggukan waktu boleh makan semula  aku sudah berpuasa  untuk 11 jam lamanya. Tetapi kenapa  aku lakukannya?

 

Ramadhan adalah satu  petanda  ketika ayat pertama Al Qur'an diturunkan kepada  Nabi Mohammad (saw) pada 610 SM, menjadikannya  salah satu  waktu yang  penting  dalam kalendar Islam.

 

Bulan  Ramadhan  memang mendapat  catatan istimewa dalam Qur'an sebagai  satu  bulan di mana  puasa itu  mesti diamalkan oleh setiap insan Muslim yang sihat. Yang dikecualikan adalah  wanita yang mengandung, sakit ataupun sedang  menerima rawatan dan perubatan.

 

Seseorang yang tidak mampu berpuasa dikehendaki memberikan  makanan kepada  insan yang memerlukannya, sebaik sahaja maghrib tiba.

 

Ibu  saya yang berusia  sekitar 70-an dan semakin pulih  daripada satu pembedahan, memang terkecuali daripada peraturan itu kerana bertegas mahu berpuasa kerana  ia menjadi satu ingatan  betapa baiknya  nasib kami..

 

Alangkah  beruntungnya  kita  kerana  sihat dan tinggal dalam keadaan yang selesa di rumah, menikmati  makanan dan  air bersih tanpa bersyukur.  Bulan ini  memberikan kita  peluang  menumpukan  minda dan mengingatkan badan  akan penderitaan  berjuta manusia lain di dunia  ini  yang berpuasa setiap hari kerana mereka  tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

 

Berpuasa tidak bererti kita  berhenti  berusaha. Saya masih pergi berkerja, ditekan oleh   kesesakan   lalu lintas selama dua  jam setiap hari dan cuba bertenang mengharunginya, tanpa  gam-kunyah untuk dimamah  dan ‘Starbucks’ untuk  melupakan keadaan  yang sesak.

 

Di hujung minggu  aku masih perlu  mengasuh anakku yang  berusia  enam tahun dan kawan-kawannya  sambil kerap mengingatkan diri  agar tidak  mengambil secebis kentang dari pinggannya ataupun menjilat sos tomato yang meleleh dari  mulut botol kepada  jariku yang  menahannya. Kalau itu berlaku bererti,  puasaku (atau Roza dalam bahasa kami)  dikira batal.

 

Di tempat kerja, memang sukar  untuk menumpukan usaha apabila  perut  sentiasa bergelora, sedangkan di persekitaran  semua yang ada  menikmati  sandwich, keropok kentang ataupun  minuman panas. Namun inilah satu latihan  untuk memperkuatkan keazaman diri.

 

Di kebanyakan tahun, Ramadhan muncul dan menghilang di Britain. Tetapi, pada tahun ini – kerana pengeboman di Afghanistan – ia bukan sahaja menjadi sebahagian  bahasa harian kita, tetapi sudah merupakan satu   sambutan yang lebih penting di kalangan ummah.

 

Kini Ramadhan menjadi satu peringatan kepada  beberapa peristiwa  yang terjalin enam minggu selepas Oktober – ketika bermulanya  serangan udara  terhadap Afghanistan.

 

Inilah satu negara yang  begitu tertekan dengan penduduknya yang telah merana disebabkan kemarau panjang yang  berlanjutan tiga tahun lamanya  dan kini  dijahanamkan oleh  serangan udara pimpinan Amerika.

 

Di musim Ramadhan, umat Islam seluruh dunia boleh bayangkan  apa yang diperlukan oleh  warga Afghan. Walaupun otakku memikirkan perlunya pengeboman itu  kerana mahukan kebaikan,  hatiku memberitahu perbuatan itu adalah salah – menggugurkan  bom yang    berkuasa besar ledakannya  kepada  sebuah negara yang  cuba  menghormati  satu bulan yang suci. Saya percaya inilah dia yang menjadi satu dilema kepada setiap umat Islam. Sememangnya, para pengganas  yang mencetuskan  serangan ngeri  kepada New York dan  Washington pada September 11, mesti ditangkap dan dimusnahkan  tanpa perlu dolak-dalik lagi.

 

Akan tetapi, untuk meneruskan kerja-kerja menggugurkan bom yang besar dan dahsyat  pada bulan Ramadhan itu adalah   merupakan pil  pahit yang sukar ditelan oleh  umat Islam.

 

Dunia  mudah lupa  betapa  taksubnya  umat Islam kepada  agamanya dan Islam bukan sahaja merupakan satu agama,  ia adalah satu cara hidup kepada   manusia.

 

Ramai yang  bersolat lima kali setiap hari, dan berjuta yang mengerjakan rukun Haji di Mekah setiap tahun.  Kanak-kanak  belajar mengaji Al Qur'an yang ditulis dengan  abjad Arab  sejak kecil lagi  dan  kita perlu perhatikan betapa penuhnya masjid ketika  sembahyang Jumaat untuk menyedari  betapa umat Islam mempunyai kebanggaan dalam akidah mereka.

 

Kalaulah Osama bin Laden berani  menyerang London pada   Hari Krismas,  reaksi yang akan didengar mungkin berbunyi ‘Beraninya dia membuat kerja  ini?’

 

Demikianlah,  peraturan yang sama  harus  diambil kira  ketika  mengebom Afghanistan di bulan Ramadhan.

 

Sedangkan  tentera Jarman dan British  berhenti berperang pada hari Krismas semasa Perang Dunia Pertama dulu untuk bermain bola di kawasan lapang yang tidak bertuan.  Kedua pihak  telah mengakui   ketika itu, bahawa semasa berperang,  mereka  cuma manusia biasa  dan kerana itu  menghormati  sesuatu pihak dengan penuh kehormatan,  walaupun untuk sehari sahaja.

 

 

Saya percaya  satu   usaha  mewujudkan  gencatan senjata, untuk membolehkan  bekalan makanan dihantarkan, dapat dijadikan satu iktibar kepada dunia luar betapa Barat  memahami  pentingnya   bulan yang suci ini.

 

Mungkin juga  semua orang (bukan  beragama Islam) berpuasa untuk satu hari. Ini akan  membawa kesedaran kepada semua   betapa  rakyat Afghan  menangani  kesengsaraan mereka  setiap masa.

 

Tamat.

Hits: