Bila   Ada  Perang, Kuasa Presiden  Menjulang

(In war, it’s power to the  president)

 

 

November 20 .msnbc.com

 

Serangan ganas pada  September 11  dan peperangan di Afghanistan  telah  melonjakkan pengaruh  pentadbiran Bush  sehingga  memberinya kuasa yang  menyengat  melampaui  pengaruh kerajaan Amerika  ketika  diterajui oleh  presiden pasca-Watergate, malahan  menyaingi   kuasa Franklin D.Roosevelt.

 

Di banyak bahagian, pentadbiran Bush telah bertindak   merangkul kuasa  yang  sepatutnya dikongsi bersama dengan  setiap  jabatan kerajaan. Dalam dasar  luarnya, Bush telah  mengumumkan  pengurangan  senjata  nuklear AS, tetapi tidak  pula dia merestui pengurangan itu dimaktubkan dalam satu perjanjian – yang semestinya  memerlukan pengiktirafan Dewan Senat. Dalam  menangani dasar   dalam negara, pentadbirannya  telah  mencadangkan satu  rombakan  terhadap ‘Immigration and Naturaliszation Service’ ( Hal ehwal  Imigresen dan  Kewarganegaraan) tanpa  mendapatkan   pendapat   wakil   rakyat terlebih  dulu.  Dalam dasar  perundangan pula, pentadbiran Bush  telah  merampas kuasa perundangan   dengan cara  Bush menandatangani  satu  arahan  bahawa pengganas boleh  diadili di mahkamah tribunal ketenteraan.

 

 

Semua tindakan itu telah dilaksanakan minggu lalu, adalah bertujuan untuk memperkasakan  pengaruh kuasa  Bush di Rumah Putih, termasuk segala inisiatif   menghadkan  penerangan hal ehwal risikan  kepada  ahli Kongres,  mengambilalih  kuasa  berbelanja  daripada  sistem perundangan, dan  meluaskan lagi  kuasa eksekutif   untuk memantau dan menahan  mereka yang disyaki  melakukan  keganasan.

 

Dalam sejarah Amerika, kuasa  presiden adalah  laksana samudera  yang   ada pasang surutnya,  disebabkan  keperluan, yang  meningkat  secara  lumrah  ketika  keadaan perang disebabkan  perlunya  mewujudkan satu  lambang penyatuan dalam kerajaan. Lyndon B.Johnson mendapat  sokongan hebat  ketika  resolusi  Teluk Tonkin bergolak, seperti  Roosevelt ketika  menangani Perang Dunia  II.  ‘The  War Poserw Act’ (Akta Peperangan)   dan segala  bentuk reformasi   oleh Kongres untuk  menghadkan kuasa presiden selepas  episod Watergate telah  melahirkan  eksekutif ulong yang  lemah, seperti  berlakunya  ancaman yang  lemah  daripada Soviet  Union.

 

 

Tempoh Presiden  ala  Maharajah

 

Kini, mengikut pendapat ramai   cerdik pandai, bush telah  mengembalikan status  “Imperial Presidency” (tempoh presiden ala  Maharajah). Frasa ‘Imperial Presidency’ ini pernah  diperkenalkan  oleh Arthur Schlesinger Jr. ketika  menggambarkan  pentadbiran Richard Nixon pada 1973.

 

“Kuasa  yang dihayun oleh Presiden Bush   masa kini  adalah  begitu menakjubkan,” kata Tim Lynch, pengarah  “Project on Criminal Justice di Lebertarian Cato Institute.

 

“Bayangkan  apabila  seorang manusia  boleh membuat keputusan apakah perang itu  boleh  diisytiharkan  terhadap Iraq.  Seorang  insan yang sama   boleh membuat  keputusan setakat mana  rakyat Amerika  boleh  memeram  rahsia dirinya.”

 

Rumah Putih  berkata, peningkatan  kuasa presiden adalah satu   tindakan   yang  betul dalam  keadaan  wujudnya krisis.  “Cara negara kita  dibentuk dulu, dan  cara  Perlembagaan  dirangka, memerlukan agar kuasa  pengendalian perang itu  bulat-bulat terserah  kepada Ketua Eksekutif  negara. “ Demikian pendapat  setiausaha  akhbar  Rumah Putih, Ari Fleischer.

 

“Bukanlah satu perkara yang ganjil ketika  berlakunya peperangan  tumpuan negara  terpaku kepada  ketua eksekutif  dan keupayaannya  untuk  mengendalikan peperangan itu  secara  hebat dan cepat.”

 

Tamat.


Hits: