Makna  Sebenar Thanksgiving
(The real meaning  of Thanksgiving)

oleh: Joseph Farah. WorldnetDaily.com

Khamis 22 November, 2001.


Memang  banyak metos dan  salah-tafsir    yang membabitkan  manusia  yang pernah menjadi pengasas  kepada tradisi  ‘American Thanksgiving’ (hari kesyukuran ala Amerika). Bertentangan  kepada   pendapat  yang popular, para  penghijrah  dulu (daripada Britain kepada tanah besar Amerika Syarikat) tidak pun memakai  ‘buckles’ pada kasut mereka  ataupun pada  topi  mereka. Bukan semua mereka itu yang tidak menjamah  minuman yang memabukkan. Ada  yang menghisap rokok dan meminum bir. Yang lebih penting lagi, ketika mereka pertama  kali menuai hasil tanaman dulu,  yang menjadi satu upacara  budaya dan  mencetuskan majlis ‘thanksgivings’  bukannya  dilaksanakan   kerana satu  peristiwa  mensyukuri   manusia   peribumi kerana  menyelamatkan  diri  mereka.

Mungkin ada  orang yang tidak sedar, begitulah yang masih diajar  di beberapa  sekolah swasta  di Amerika  hingga hari ini. Segelintir   buku teks disebabkan tidak berapa  selesa  membicarakan secara terbuka amalan ajaran Kristian, mencatatkan peristiwa itu  demikian caranya.  Kerana itu  saya mencadangkan agar  ibu bapa  hari ini  seharusnya memahami  sedikit fakta sejarah  untuk kebaikan  anak-anak mereka.

Namun, tidak ada  cara terbaik untuk  memisahkan  semangat keagamaan  daripada  warna-warni  ‘Thanksgiving’ – tidaklah   mengikut cara yang diimpikan oleh  para  penghijrah dulu, kerana itu adalah satu tradisi  yang  bermula  di zaman  Hebrew (Yahudi Kuno/Ibrani) ketika meraikan  Upacara  ‘Succoth’ dan  ‘Passover’.

Para peneroka yang bersifat penghijrah dulu  menyeberang samudera   menjejakkan kaki ke Amerika hanya  kerana satu  sebab – untuk  mewujudkan satu masyarakat  berbeza  di mana mereka mengabdikan diri kepada Tuhan   mengikut  fahaman mereka. Mereka lari meninggalkan England  kerana  King James 1 ketika itu  menangkap dan menghukum mereka  yang tidak  sanggup mengiktiraf Church of England sebagai institusi  keagamaan  yang  mempunyai  segala kuasa  sivil dan  keagamaan  yang  mutlak.

Perjalanan  yang memakan masa dua bulan  pada 1620 dulu, William Bradford dan beberapa  pemimpin  kumpulannya  telah menyiapkan satu  peraturan hidup yang luar biasa  yang disebut kini sebagai  ‘The Mayflower Compact.’ Kenapa  ia menjadi luar biasa?  Kerana   wujudnya  satu  rangka  perundangan yang  dianggap sama rasa sama rata, di kalangan masyarakat baru  itu. Tidak kiralah  kalau mereka  berpegangan teguh kepada agama ataupun sebaliknya hidup semacam ikan buntal sahaja. Dari manakah  mereka  mendapat  pemikiran yang revolutionari itu? Dari kitab suci  semestinya.

Ketika menjejakkan kaki  di ‘New World’ (dunia  baru) para  peneroka  itu  disambut oleh   kawasan hutan yang berbatu dan kontang serta sejuk keadaannya. Tidak ada  sesiapa  untuk  mengalukan ketibaan mereka, demikian yang dicatatkan  oleh Bradford.  Tidak ada  tempat  untuk  melindungi  mereka. Apatah lagi  kedai minuman untuk  melegakan dahaga. Ketika muncul  musim sejuk yang pertama, setengah  bilangan  peneroka   yang berhijrah itu  mati kerana  kesakitan ataupun pendedahan kepada keadaan. Isteri  Bradford turut  menjadi mangsa.

Walaupun keadaan hidup  menjadi bertambah baik dengan kemunculan  musim bunga,  mereka tidak juga  begitu  berjaya. Kenapa?  Selagi  lagi  buku teks di sekolah tidak menceritakannya, tetapi journal (catatan hikayat) Bradford  merakamnya. Sebab mereka tidak berjaya pada  awalannya  kerana  mereka  mengamalkan satu sistem  ‘sosialisme’.

Mengikut perjanjian  mereka yang mula-mula,  yang dipersetujui oleh setiap penghijrah dengan penaja mereka di London, memastikan setiap hasil  tuaian mereka dikumpul  di satu  pusat kumpulan  bersama.  Setiap anggota  masyarakat itu  berhak kepada satu  saham. Semua  kawasan tanah yang mereka bersihkan  dan  rumah  yang mereka bina  adalah kepunyaan  masyarakat itu.  Sebagai seorang gabenor, Bradford, menyedari  masalah  tersirat  dengan sistem  berkumpulan  itu.

“Penagalman yang dilalui itu  adalah satu amalan  biasa yang telah diuji bertahun lamanya... bahawasanya dengan mengambil  kuasa hara dan  mengumpulkan setiap anggota  masyarakat   ke pusat yang sama,  membolehkan mereka  bergembira dan  berjaya – seolah-olah  mereka lebih  bijaksana daripada  yang Esa,”  demikian Bradford  merakamkannya. “Akan tetapi, masyarakat  ini  menghadapi banyak masalah yang berkaitan   ketidakpuasan dan  melecehkan  kerjaya  yang sepatutnya dapat  dimajukan untuk kebaikan  dan melegakan mereka.  Anak-anak muda  yang  bertenaga   dan berupaya  kerja kuat  pernah merungut  betapa  mereka terpaksa  membanting tulang   untuk membantu  isteri-isteri orang lain dan  anak-anak mereka  tanpa sebarang pampasan .....dan ini dianggap sebagai  tidak adil.”


Alangkah  mengejutkan! Rupanya  sejak dulu  lagi manusia tidak sanggup berkerja  tanpa  sebarang insentif.  Bradford pun bertindak  memberikan  satu   petak tanah  kepada setiap keluarga  untuk  mengurus dan  mengerjakannya, sekaligus  membebaskan  kuasa  perdagangan bebas.  Apakah kesannya?


“Ini  memberikan kejayaan  yang  baik,” mengikut  Bradford, “kerna ia membuatkan semua  pihak menjadi   lebih berusaha, sehinggakan lebih banyak jagung  yang ditanam  berbanding sebelum itu.”

Kesannya, para peneroka itu  mampu  menghasilkan barang makanan yang lebih banyak melebihi  keperluan  mereka sendiri. Mereka pun   membina  tapak perniagaan dan  bertukar-tukar dengan peribumi  Red Indians. Keuntungan   yang mereka  raih  membolehkan mereka membayar hutang kepada para pedagang di London lebih pantas  dari  jangka masa  yang  dianggarkan. Kejayaan “Plymouth Colony” itu  menjadi tarikan  kepada  warga Eropah  dan  mencetuskan satu   penghijrahan   mega  yang disebut “The Great Puritan  Migration.”

Akan tetapi, kejayaan  yang  mereka  capai  itu tidak bergantung semata-mata  kepada sistem ekonomi.  Yang lebih  unggul ialah  ketaksuban mereka   menyembah  Yang Maha Esa dan mengikuti peraturan-Nya. Itulah dia asas  upacara  selamatan ‘Thanksgiving’ itu sebenarnya.  Para peneroka  yang berhijrah itu dulu, sedar bahawa setiap   yang mereka perolehi dan nikmati adalah pemberian hadiah daripada yang maha Esa – termasuk  duka nestapa. Tradisi Thanksgiving itu  telah diwujudkan  untuk  menghormati Tuhan yang Maha Esa dan bersyukur  kerana  pemberian-Nya dan Restu-Nya.

Hari ini (Khamis terakhir bulan November – penterjemah)  kita  teruskan  tradisi itu di rumah-rumah. Semoga Allah  memberkati anda, Amerika dan Selamat  Merayakan Thanksgiving.


Tamat.SPAR

Hits: