Pelahap Pergolakan  Perang 
(The War Profiteers)

oleh; Harvey Wasserman. http://www.columbusalive.com.com/2001....

Pintu  neraka   yang  paling  dalam  adalah  diperuntukkan  khas kepada  mereka yang rakus  dan meraih keuntungan  daripada  penderitaan orang  lain. Demikianlah yang akan dialami oleh  mereka yang  meraih keuntungan daripada pergolakan peperangan.

Ketika   pengebom Amerika  menghujani Afghanistan, dan Perlembagaan Amerika yang menyangkuti hak asasi  manusianya  dikecai-kecaikan atas nama patriotisme, khinzir-khinzir korporat (corporate hogs)  sedang menyondol  tabung  wang rakyat. Dengan bertopengkan  keadaan darurat negara, dengan berkipaskan   bendera  yang dikipar, mereka  menyondol dengan rakusnya  mengikut  cara yang  tidak mudah diperlakukan kalaulah  keadaan aman membolehkan  pengamatan   gelagat mereka. Malahan, sejurus berlakunya episod September 11,  akhbar The Wall Street Journal  telah  menerbitkan satu   artikel yang kini amat difahami  ramai,  mendesak  para  konservatif  dan korporat mengambil peluang  mengongsi   durian runtuh yang  melonjakkan  populariti Bush.

Berikut adalah bebrapa  catatan  kerja busuk mereka:

Pemaju  Nuklear

Perdebatan hangat yang  sudah berpanjangan  selama  30 tahun, menyerlahkan satu hakikat betapa para pengganas  boleh  meledakkan sesuatu  reaktor atom  dan menyebabkan bencana yang sungguh  besar padahnya. Perkara ini  amat difahami sekarang  oleh media, orang awam dan juga  ahli  kerajaan. ‘The Nuclear Regulatory Commission’ (Suruhanjaya Pengawalan Nuklear) NRC kini memperakui  betapa reaktor  nuklear tidak kebal  daripada serangan jet. Tentera national Guard sudah pun  dikerahkan  menjaga  sekitar 193 reaktor itu dan laluan udara sudah pun diubah. Tetapi,  langkah yang paling ketara – menutup semua reaktor -  masih tidak dibincangkan dan  disebut langsung. Siapa yang akan menanggung belanja peraturan  pengawalan yang  ketat  ini?

Apabila kos sebenar  diambil kira,  reaktor nuklear (nukes) adalah merupakan pengeluar bahan tenaga yang   paling   mahal, walaupun tanpa mengira  kos tambahan pengawalannya. Reaktor  (di Amerika) menyumbang hanya 18 peratus  bekalan eletrik,  yang merupakan hanya lapan persen   bahan tenaga – yang mudah digantikan  dengan    punca  yang lebih murah, lebih selamat dan lebih bersih dan lebih efisyen, tanpa  menyebut   punca kuasa angin dan kuasa solar. Tetapi  pemaju nukes adalah golongan yang menguasai pentadbiran Bush dan  Kongres.  Ketika  kita di Amerika  membayar   kos  penyeliaan  reaktor semasa ia sedang  terancam, industri ini  mendesak dilakukan pembaharuan kepada 1957 Price-Anderson-Act,  melindunginya  daripada sebarang   bahana berlakunya kemalangan  dan sabotaj. Lain kali kalau ada   tukang canang  nuke  berbohong  mengenai keselamatan reaktor, tanya dia “Kenapa  tidak ambil insurans  secara persendirian?”

Hits: