Amerika Merencana Perang Berlanjutan  Selepas Afghanistan 
(US To Contrive Successive  Wars After Afghanistan -Iraq)

baghdad.  20/11/01

AMERIKA SYARIKAT  AKAN  MENERUSKAN  USAHA   MEMPROVOKASI  KONFLIK   BERSENJATA di merata dunia sebaik sahaja  ia  berjaya   membungkus  perang salibnya  di Afghanistan, demikian pendapat  seorang  pegawai Iraqi  pada Selasa lalu. "Washington akan   merencana perang di sini dan sana  dalam usaha  mencetuskan  alasan  untuk mengekalkan bala tenteranya " menyibuk  di beberapa wilayah di bawah  tipu muslihat  menegakkan panji-panji yang mempertahankan maruah  Amerika Syarikat  "dan  apa yagn disebut sebagai sekutunya". Demikian  yang disiarkan oleh Atti-Thawra,  lidah rasmi   Baath Party  di  Iraq.

Amerika Syarikat "sedang berlagak  seolah-olah  dia  sahaja pemimpin unggul dunia, polis dunia  dan  hakimnya, dan seluruh dunia  mesti  menerima segala  peraturannya dan penghukumannya," kata akhbar itu.  Akbar  harian tentera  Al-Qadissiya berkata bahawa dengan  memanjangkan   bidang  "penekanan", AS sebenarnya mencari helah "menutup  tipu muslihat   yang menghantuinya  selepas menyerang Afghanistan dan mengisytiharkan perang kepada negara lain   yang tidak  menyokong perang  salibnya  itu."

Washington juga  ghairah mahu "memperkasakan  kepimpinannya   dalam order dunia," kata akhbar itu. Baghdad merupakan musuh ketat Washington  sejak Perang TEluk 1991, berpendapat ia  berkemungkinan menjadi sasaran   yang lagi satu  oleh Amerika Syarikat. Ini pun telah disebut-sebut  oleh Amerika dalam usaha untuk   meneruskan  kempen anti-keganasannya  setelah tamatnya  perang di Afghanistan nanti.

Tamat.

Hits: