Syabas laman web pro pembangkang

Pemimpin dan penyokong kerajaan tidak perlu kelam kabut kerana generasi anak muda kini terutama mahasiswa atau pelajar mula mengkritik mereka dari segala sudut. Kalau dahulu kerajaan BN bermaharajalela menabur fitnah di mana-mana tempat kerana kerajaan mempunyai kekuatan dengan penyokong yang ramai, tapi sekarang tidak.

Keadaan ini telah berubah semua fitnah kerajaan kepada pembangkang telah dipatahkan di aman-laman web dan pihak pembangkang mula bergiat tanpa sebarang arahan, malah di kalangan mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit semata-mata menyanggah fitnah-fitnah kerajaan BN yang ditabur sesuka hati mereka dari mulut-mulut yang tak terkawal itu.

Kerajaan BN cukup risau akan kebangkitan laman-laman web pro pembangkang dan agak tergamam kerana selama ini mereka menyangka dengan menyekat kebebasan media massa, mengongkong dan mengugut wartawan tiada cara untuk menangkis fitnah yang ditaburkan.

Dengan perkembangan ini pihak kerajaan berusaha dengan lebih keras dan jahat dengan perbelanjaan besar mengupah mereka-mereka yang tahu menulis yang boleh dibeli untuk membina laman-laman web pro kerajaan bagi menandingi laman-laman web pro pembangkang. Mereka ini diarah untuk menulis serta menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang serta mereka yang cuba untuk membongkar serta menyerlahkan kesilapan dan keburukan pemimpin kerajaan.

Jika dulu sasaran mereka hanya menyerang, tapi kini mereka mula menabur fitnah dengan pelbagai perkara yang remeh serta tidak beretika.

Kemantapan strategi laman web dan media media pro pembangkang nampak lebih professional dan terbuka. Ia boleh menjana minda pembaca untuk berfikir dan menilaikan sendiri fakta fakta dan mengajak rakyat berfikir dan memutuskan sendiri keputusan dari apa yang dinilaikannya. Tetapi berbeza dengan laman web pro kerajaan BN ini yang tak professional langsung, walaupun mereka ini dibayar dengan upah yang banyak. Mereka tak mampu berkerja sebagaimana webmaster laman pro pembangkang yang hanya berkerja sambilan sedangkan mereka berkerja sepnuh masa. Mereka tak kreatif dan bersikap emosi. Mereka lebih memaksa pembaca mengikut landasan pemikiran satu jalan sahaja.

Pembaca pula disogokan dengan fakta fakta paksaan di mana pembaca terpaksa mempercayai walaupun hati kecil mereka enggan mempercayainya. Pembaca mereka pula tidak dibenarkan membuat penilaian sendiri melainkan memaksa minda mereka menerima sesuatu walaupun mereka terpaksa lakukan.

Syabas teman-teman dari media-media dan laman-laman web pro pembangkang, teruskan usaha anda kerana kita kini berada di dalam kemenangan. Walaupun kita nampak lemah namun usaha kita kini setidaknya mempengaruhi dan memperbaiki minda minda bangsa yang kini lumpuh untuk berfikir akibat racun-racun yang telah di tubakan oleh media massa yang disogok oleh penulis-penulis tak beratika dan bermoral.

TepakBersulam 
paparazi_paparaz@hotmail.com

Nota webmaster: Memang menjadi harapan kita untuk menghidangkan berita yang mampu meliberalkan sikap keakuan yang dibina oleh pihak media pemerintah. Ini adalah menjamin kebebasan minda rakyat berfikir terhadap sesuatu isu dan membuat penilaian yang tepat. Justeru itu MR melakukannya dengan apa cara, menyediakan berita secara 'cut and paste' dari sumber yang lebih tepat dan kadang kala terpaksa menterjemahkan bagi memastikan berita itu difahami secara lebih meluas lagi. Kita melaksanakan penjanaan minda bukan untuk sesiapa melainkan untuk memastikan kebenaran itu diketahui oleh semua rakyat. Pada MR dasar liberal media pembangkang sudah sedia mudah difahami, manakala keekstreman media pemerintah perlu diliberalkan melalui berita dan artikel yang sedia mendedahkan pembohongan mereka agar rakyat tidak membuat penilaian yang terburu-buru oleh keterangan sebelah pihak sahaja  ~ webmaster

Hits: