The Star Warriors

September 11 membuktikan   betapa  hapraknya segala  sistem anti-peluru berpandu yang memang sudah tidak berguna sejak dulu lagi.  Tetapi semua  pedagang alat kelengkapan perang  masih ghairah mahu kerajaan lancarkan  projek  di angkasa lepas, yang  ada kaitan dengan  apa yang  sejak lama menonjolkan  “missile shield”  (penepis missail) yang bertaraf sialan. Dengan berlagak mengibar bendera  keperwiraan mereka, para pedagang sialan ini  telah  menyondol  belanjawan sebanyak   8 bilion dollar.

Pedagang  Minyak:

Para  setiakawan petroleum  di Rumah Putih  dan Kongres sedang  menyibuk mengambil peluang tragedi nasional ini dengan  merencana  satu   rancangan  pembekalan tenaga yang  penuh tipu muslihatnya. Contohhya ialah  penggerudian di  Alaska National Wildlife Refuge (Kawasan Perlindungan   Haiwan Liar Kebangsaan  Alaska) yang didakwa akan membebaskan kita daripada bergantung  kepada  bekalan luar negara. Tetapi sejak berlakunya  embargo pada 1973,  pedagang minyak  ini  telah  melanggari janji mereka menyediakan ekonomi  bekalan tenaga  alternatif  yang berasaskan   sumber bergantian dan efisyen.  Kini kita  masih  mengimport lebih banyak minyak berbanding  dulu.

Gimik  yang  difikirkan  berunsur  patriotik  ialah  dengan memasang  saluran paip  untuk minyak   sepanjang 800 batu, yang baru-baru ini memeranjatkan seorang  pemburu yang mabuk yang menganggap saluran itu adalah  seekor  anakonda (ular besar dan panjang) raksasa. Tembakan pertamanya  telah  menyebabkan keseluruhan sistem saluran itu ditutup, dan mencetuskan pencemaran  alam yang tidak  dapat dibayangkan bahananya. Bayangkan apa yang akan dilakukan oleh pengganas   sebenar kalau melihatkan projek  yang berharga  berbilion dolar itu?  Bila agaknya kita  mahu menggunakan  kuasa solar?

Penyangak Korporat Yang  Biasa:

Bertopengkan kesibukan perang, pentadbiran Bush   sedang   mengusul akan satu rancangan raksasa  yang disebut “stimuls package” (imbohan  penggalak) yang sebenarnya merupakan satu  rebat cukai yang  besar – kerana menyorot  ke belakang   sampai pertengahan 1990-an -  untuk  dinikmati oleh  syarikat besar yang  rakus  dan tamak haloba. Antara yang akan menikmatinya ialah Enron, satu syarikat  gas  gergasi di Houston  yang telah mencurahkan  berjuta dollar  kepada tabung Republican,  Firma ini diketuai oleh Kenneth Lay, kroni Bush.  Dulu, Enron dianggap satu syarikat yang sungguh cemerlang sehinggalah muncul  berita sebenar  yang didedahkan  di internet mengenai kehaprakan pengurusannya yang tidak cekap dan pelbagai  kegiatan  yang  haram. Enron  mencuba membuat penukaran usaha daripada  bahan bakar fossil kepada   ‘electronic data transmission’ tetapi gagal melaksanakannya.  Kini, Republican yang berstatus  penggalak “free market”  mahu menganugerahkan  kegagalan mereka  dengan  wang rakyat.  (Sebab   mereka sudah belajar daripada cara Mahathir   mengupah Tajuddin Ramli dan Halim Saad dan anak-anaknya kerana kehaprakan  menguruskan  syarikat masing-masing dan  diganti dengan wang rakyat!!!!!)

Perkhidmatan Penerbangan

Perkhidmatan Amerika  merupakan  perkhidmatan yang paling teruk mengecewakan rakyat Amerika. Selama bertahun merfeka telah menentang   usaha untjuk   mencapai  satu piawaian keselamatan.  Sebahagian bessar   kesalahan   terjadinya  Episod ngeri September 11, adalah disebabkan kedegilan mereka  memasang kunci  pada pintu masuk  kabin juruterbang (cockpit) Begitu juga dengan  menggaji petugas  di udara dan  membayar  pegawai keselamatan sewajarnya. Disebebkan  sikap yang mengaibkan itu,  mereka kini menerima lebih  15 bilion dollar wang rakyat Amerika, sambil menghentikan beribu  pekerja yang tidak berdosa dan  mengagihkan bonus  yang lumayan kepada para pegawai tingginya.

Pencemar Alam Sekitar:

Bertopengkan  pergolakan perang,  Jabatan  Dalaman  yang dipimpin oleh Gail Norton, sedang menghapuskan  apa juga bentuk   perlindungan alam sekitar yang masih ada, dengan mengagihkan   kawasan yang besar-besar kepada   perlombongan,  pembalakan, penternakan tenusu, sebagai contohnya. Di waktu yang sama, lihatlah nanti bagaimana Homeland Security Force  ( satu pasukan keselamatan negara yang baru ditubuhkan) akn menyerang  pergerakan pencinta alam yang tidak pun ganas itu. Seperti yang dijanjikan oleh Joe McCarthy, semuanya akan  bergema semula.

Panglima Dadah

Ketika  Menara  Pusat Dagang Dunia tumbang dulu, turut  terbenam ialah  berjuta dollar hasil pasaran opium  yang  pernah disalurkan kepada tabung  Taliban oleh Bush seperti pembayaran paling akhir  pada  musim  bunga  yang  lalu.  Osama bin Laden dan kumpulan fasis Afghan  adalah merupakan  ciptaan  perang dadah  dan minyak. Keseluruhan Dunia Ketiga,  kaedah menangani  masalah dadah kebangsaan  adalah persis  seorang lelaki yang terlebih berat badannya  yang mahu  menghentikan   sifat  suka makan dengan memusnahkan   beberapa   kedai kueh dan  membunuh mereka yang  mengeluarkan tepung gandum.   Sejak  1970-an   Amerika Syarikat telah   membelanjakan  berbilion dollar meracuni   pokok dadah dan  memenjarakan  penghisap dadah. Kalaulah  wang itu dibelanjakan untuk  memperkasakan kawalan menentang  keganasan,  Menara  Pusat Dagang Dunia   tentu  masih tegak dengan megahnya.

Tamat.  8 November, 2001.

Hits: