Talks promise only hot air
By Syed Saleem Shahzad (Terjemahan)

KARACHI - With United Nations-brokered talks on a new broad-based Afghan government due to begin in Bonn on Monday (moved from Berlin for security reasons), inflexible positions on the part of the Northern Alliance and its main supporters, Russia, Iran and India, are likely dampen any chances of a multi-ethnic and truly representative government being agreed upon.

Most experts believe that the conference will be an exercise in futility as it will take place without Taliban representation. Despite their military defeats - the latest being their surrender on Thursday in the northern city of Kunduz, leaving them only in control of their southern bastion of Kandahar, home of their supreme leader Mullah Omar, and nearby provinces - they cannot be discounted.

The Taliban are still the only organized force in the Pashtun belt in the east of the country, and the dismissive way in which the forces now controlling Kabul have ruled out any participation of the Taliban in talks indicates that they are really trying to encourage warlordism to keep the majority Pashtuns fractured and ineffective.

The talks will now go ahead with some Afghan Pashtuns, grouped around former king Zahir Shah, and representatives of the Northern Alliance's government, made up of minority groups of Tajiks, Uzbeks and Hazaras, while Pashtuns make up 40 percent of the country of 20 million people. Also present at the open-ended talks will be representatives of the so-called Peshawar and Cyprus groups involving refugees and the Afghan diaspora.

Already, though, there are signs of fragmentation in some of the parts of Afghanistan held by Northern Alliance troops. For instance, Herat to the west was captured by the joint forces of the Hizb-i-Wahadat and those of Ismail Khan, the former governor of the city. But the two sets of troops then clashed and Khan has now taken almost total control.

In the Pashtun-dominated eastern provinces, Kunhar is an example of how the country might look in the future. Initially it was handed over by the Taliban to the Hizb-i-Islami of Gulbaddin Hikmatyar, a hardline Pashtun warlord. Now it appears that five rival groups have emerged, each with an independent commander. These include Commanders Mullah Zareen, Kamdad, Rozi Khan, Najamuddin and Amanullah.

The disintegration into fiefdoms is also evident in Nangarhar province where Haji Qadeer was initially nominated the chief, but strong pockets of both factions of the Hizb-i-Islami, Younis Khalis and Hikmatyar, still exist. The city of Jalalabad in the province, close to Pakistan, is under Qadeer's control. He had lived in exile in Peshawar while the Taliban were in power from 1996. He is the brother of Abdul Haq, who was executed by the Taliban in October while trying to foment a rebellion in their ranks.

In this situation, without the Taliban, Pashtun representation in Bonn will be meaningless because no-one will be able to talk on behalf of the scores of warlords and their scattered groups, who already have shown an inclination for looting and plundering, just as they did in pre-Taliban days.

The people who will speak for the Pashtuns are those who are in exile and dare not set foot in Afghanistan as they no longer have roots in the tribal-based society. These include former monarch Zahir Shah and Syed Ahmed Gailani, and even he is only Pashtun from the language he speaks; ethnically he is a Syed, a minority Sufi Muslim sect in Afghanistan, and viewed as an Arab.

Given this picture, Burhanuddin Rabbani, the leader of the Northern Alliance, has rightly called the conference a "symbolic" effort to establish a broad-based government as past attempts over many decades to impose peace on Afghanistan have proved fruitless. Undoubtedly, too, it will turn into a media circus.

Iran, Afghanistan (Northern Alliance), Russia and to some extent India have formed their own agenda, and everything is likely to follow their program, while the interests of the main investors in the drama - the US, Britain and Pakistan - have been reduced to virtual observers.

The Northern Alliance has already demanded the withdrawal of foreign troops, mostly British, from Afghan soil, and does not want any more to return. At the same time, secret diplomatic efforts are under way with Iran, India, Russia to form a regional defense alliance.

Turkey, Uzbekistan and Russia back the Uzbek warlord General Rashid Dostum, who controls Mazar-e-Sharif, close to the border with Uzbekistan. Herat, close to Iran, is under Ismail Khan who was operating from his base in Iran.

Afghanistan has a history of unrepresentative governments. Among the former mujahideen forces, the militia of Ahmad Shah Masoud, assassinated shortly before September 11, had better links with the former communist regime of the late 1980s. As a result, when the mujahideen attacked Kabul from the north and from the south, on the advice of the Soviets, Najeebullah, the then head of Afghanistan's communist government, surrendered to Masoud rather than any other group. Masoud's group, the Jamiat-i-Islami, led by Burhanuddin Rabbani, was pre-dominately Tajik and as such not truly representative of the country. Civil war was the inevitable result.

Since 1992, 12 major attempts, mostly sponsored by United Nation or Islamic nations, have been made to instill some sense of peace and order in the country, but none have succeeded.

Similarly, five accords have been signed, mostly by leaders who were in exile. None of these have been effective, including one agreed upon in Mecca, the spiritual heart of Muslims. This paved the way for the Taliban to move in and impose their strict discipline, and at least they were of the same ethnic group as the majority of the populace - Pashtun.

It is a misconception, then, to think that with the reversals of the Taliban thousands of people can simply vanish into thin air. Given the relentless bombing by the US and its allies, the Taliban made an agreement with Gulbaddin Hikmatyar several weeks under which they declared, in a face-saving gesture, that they were handing over power to his local commanders. In fact, this was a ruse to see an end to the bombing and to prevent the Northern Alliance from striking out of Kabul at them. The Taliban forces, very much intact, have silently melted into the two factions of Hizb-i-Islami.

((c)2001 Asia Times Online Co, Ltd. All rights reserved. Please contact ads@atimes.com for information on our sales and syndication policies.)


Perjanjian  Yang Menjanjikan Omongan Kosong

oleh: Syed Saleem Shahzad

 

 

KARACHI – Perundingan  yang ditaja oleh PBB  untuk menubuhkan  kerajaan  campuran  dijangka  bermula di Bonn pada  Isnin ini (setelah dipindahkan  atas alasan keselamatan daripada Berlin). Pendirian   yang bersulam kedegilan  di pihak Pakatan Utara dan  penyokong  utama mereka, Russia, Iran dan India  merupakan  peleceh segala  ruang tertubuhnya   hasrat yang  diidamkan.

 

 

Ramai pakar  berpendapat  bahawa persidangan  itu  hanya merupakan kerja  sia-sia  kerana ketiadaan wakil  Taliban, walau pun mereka dianggap pihak yang tumpas dalam peperangan itu.  Khamis  lalu. Taliban mengaku kalah dan menyerahkan   pertahanan mereka di bandar Kunduz di wilayah Utara. Ini bererti Taliban hanya   mempunyai kuasa yang terhad kepada  kubu kuat tradisi di Kandahar,  yang juga merupakan  kediaman  pemimpin agama mereka Mullah Omar,  dan beberapa  provinsi  lain yang mereka tidak dapat sahkan.

 

Namun, Taliban masih merupakan  pasukan yang  tersusun  di wilayah Pashtun di bahagian  timur negara  Afghanistan, dan  cara  putar-belit   segala  kuasa  mentadbir  Kabul masa kini  sudah tentu  mengenepikan  sebarang  penglibatan Taliban dalam  perundingan. Sekaligus  mereka  mahu menggalakkan  kemunculan semula  sistem masyarakat berpanglima  semata-mata  sebagai helah untuk  mengenepikan majoriti Pashtun  agar terus  berpecah dan  menanah.

 

Perundingan itu dijangka diuruskan  dengan  beberapa pemimpin Pashtun  yang  berkumpul di bawah naungan  bekas raja Zahir Shah dan  perwakilan   kerajaan  Pakatan Utara, yang  dianggotai oleh  kumpulan  kecilan  Tajik, Uzbek dan  Hazara.  Sedangkan  Pashtun merupakan  40 persen  penduduk negara itu yang berjumlah 20 juta semuanya.  Yang turut  diundang menghadiri perundingan itu adalah  beberapa  perwakilan  daripada  apa yang disebut sebagai kumpulan Peshawar dan Cyprus, yang  melibatkan  para  pelarian  dan  ‘Afghan diaspora’. 

 

Setakat ini sudah terbayang  perpecahan  di beberapa  wilayah Afghanistan  yang  dikatakan telah dikuasai oleh   tentera Pakatan Utara. Contohnya,  Herat yang terletak di bahagian barat  telah dirampas oleh  pasukan bersekutu  pimpinan  Hizbi-Wahadat dan  askar  pimpinan Ismail Khan, yang pernah menjadi  gabenor   bandar itu. Kemudian dua  pasukan  yang  mulanya bersatu itu  telah  berperang  sesama mereka  sehingga membolehkan Khan mengambil  kuasa mutlak kawasan  itu.

 

Kunhar  yang merupakan wilayah timur  yang  didominasi oleh  Pashtun, berkemungkinan   menjadi  contoh  di  masa  depan.  Pada  awalannya   ia  telah diserahkan oleh pasukan Taliban kepada Hizbi Islami  pimpinan Gulbaddin Hikmatyar, seorang  panglima perang Pashtun  yang  tegas. Kini,  nampaknya  lima  kumpulan  yang  bertentangan  sudah  muncul pula, setiap satu menonjolkan  seorang  komander  yang  bebas. Mereka adalah  Komandr Mullah Zareen, Kamdad, Rozi Khan,   Najamuddin dan Amanullah.

 

Perpecahan  menjadi kawasan  berpuak-puak ini  adalah  amat menyerlah di wilayah Nangarhar di mana  Haji Qadeer  yang pada mulanya  dilantik sebagai ketua,  tetapi kini diasak  oleh beberapa pasukan    Hizbi  Islami, Younis Khalis dan  Hikmatyar.  Bandar Jalalabad  yang hampir dengan Pakistan, sedang dikuasai oleh  Qadeer.  Dia pernah   lari  untuk hidup dalam buangan  di Peshawar  ketika Taliban  berkuasa  dari  1996.  Beliau  adalah adik kepada Abdul Haq,  yang pernah dihukum tembak oleh Taliban pada Oktober  dulu  ketika  merencana  satu  pergolakan  di kalangan  akar umbi  pertubuhan Taliban.

 

Demikianlah,  tanpa  Taliban, perwakilan Pashtun di Bonn  akan tidak membawa sebarang makna  kerana   tidak ada sesiapa yang   layak berucap   bagi pihak  beberapa ramai panglima perang  yang  berselerak  kumpulannya. Mereka ini sudah pun menampakkan  nafsu  merompak  dan  menyauk, seperti  kelakuan  mereka  dulu sebelum munculnya  Taliban untuk meredakan keadaan.

 

Mereka yang akan bersuara lantang  bagi pihak Pashtun adalah  mereka  yang hidup di luar negara  dan tidak berani menjejakkan kaki di bumi Afghanistan  kerana mereka sudah tidak mempunyai   hubungan  akar umbi  dengan masyarakat  yang  berpaksikan  kabilah. Mereka   ini  termasuklah  Zahir Shah  dan Syed Ahmed Gailani,  yang dianggap  Pashtun kerana  kepintaran  berbahasa Pashto, sedangkan sebenarnya  dia  adalah  seorang Syed, anggota  minoriti  berfahaman Sufi di Afghanistan dan diiktiraf sebagai   berdarah Arab.

 

Berasaskan senario ini, Burhanuddin Rabbani, pemimpin  Pakatan Utara, memang  menggunakan istilah yang tepat  ketika  menggambarkan persidangan itu sebagai satu ‘lambang’ sahaja dalam usaha  untuk  mewujudkan satu kerajaan  campuran  yang melibatkan semua pihak disebabkan  segala usaha dulu-dulu untuk   menegakkan  keamanan di Afghanistan  tidak pernah  mencapai  kejayaan. Sudah tentu, usaha  ini pun akan menjadi satu  sarkas  media  sahaja.

 

Iran, Pakatan Utara  (Afghanistan), Russia dan  mungkin juga  India telah merencana  agenda  mereka yang berasingan, dan segalanya akan berlaku mengikut  program mereka,  sedangkan  kepentingan  pelabur utama  dalam drama  ini – AS, Britain dan Pakistan  - sudah  bertukar peranan menjadi  tukang  perhati sahaja.

 

Pakatan Utara sudah pun mendesak  pengunduran    askar asing, terutama sekali  British, daripada bumi Afghan dan  tidak mahu mereka datang  semula.  Di waktu yang sama,  usaha diplomatik  sedang  bergolak melibatkan  Iran, India, Russia   untuk  menubuhkan satu  pakatan  pertahanan serantau.

 

Turki, Uzbekistan dan Russia  menyokong  panglima perang Jeneral  Rashid Dostum, yang  kini menguasai Mazhar e-Sharif, yang berdekatan dengan  sempadan Uzbekistan.  Herat yang  dekat dengan  Iran kini dikuasai oleh  iImail Khan  yang memang  beroperasi dari pengkalannya  di  Iran.

 

Sejarah Afghanistan memang disulam oleh  kerajaan  yang  tidak tetap perwakilannya. Di kalangan  bekas  pasukan  mujahidin, pasukan pimpinan  Ahmad Shah Massoud,  yang mati dibunuh  sejurus  sebelum  peristiwa September 11, mempunyai  hubungan rapat dengan  bekas regim komunis   di akhir 1980-an dulu. Kesannya,  ketika mujahidin menyerang  Kabul dari  utara dan selatan, Najeebullah yang  menerima  nasihat   Soviet, kerana dia  ketika itu merupakan  ketua  kerajaan  komunis Afghanistan, telah menyerah kalah  kepada Massoud   dan  tidak  kepada kumpulan lain. Kumpulan Massoud, Jamiat-i-Islami,  adalah diketuai  oleh  Burhanuddin Rabbani, dan  dianggotai secara besar-besaran  oleh Tajik yang  tidak  merupakan  perwakilan yang  sesuai  untuk menyeluruhi negara. Inilah sebab tercetusnya  peperangan saudara.

 

 

Sejak  1992,  terdapat 12 usaha  besar  yang kebanyakannya ditaja  oleh PBB ataupun  negara-negara  Islam,  telah diusahakan  untuk mengembalikan keamanan  dan  menyusun semula  negara itu. Tidak ada satu pun yang berjaya.

 

Begitu juga, setelah  termeterinya  lima  buah  perjanjian,  kebanyakannya  oleh  pemimpin yang hidup  dalam buangan. Tidak satu pun  yang berkesan, termasuk  yang  disetujui di Mekah, kota suci umat Islam. Inilah yang menyebabkan Taliban  mengambil peranan  untuk  melaksanakan satu  undang-undang  ketat,  dan  setidaknya  mereka  adalah  daripada  kumpulan kabilah yang sama – Pashtun.

 

Dengan demikian, adalah satu tanggapan yang salah   memikirkan  bahawa  pengunduran  Taliban itu  membawa erti  ribuan  manusia boleh menghilang  hanya dengan petikan jari sahaja.  Apabila mereka diganyang oleh  AS  dan sekutunya  puak Taliban membuat perjanjian  dengan Gulbaddin Hikmatyar  selama beberapa minggu  sehingga  mereka  mengisytiharkan, dalam usaha  menjaga air muka,  bahawa  mereka menyerahkan kuasa  kepada  komander tempatan. Inilah satu  muslihat perang  untuk melihat apakah  dihentikan segala pengeboman  dan untuk mengelak  usaha  Pakatan Utara  menyerang mereka  daripada  pinggiran Kabul.  Pasukan  Taliban, yang masih  perkasa secara  selamba  telah  menganggotai  dua  kumpulan  di bawah naungan  Hizbi Islami.

 

 

Tamat.

Hits: