Beberapa Isu Semasa

1. Kemangkatan Yang DiPertuan Agong

   Salam takziah untuk Yang Teramat Mulia Raja Pemaisuri Agong, Raja Muda  
   Sultan Idris dan seluruh kerabat Di Raja Selangor dan rakyat Selangor amnya.
   Semuga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas baginda Sultan.
 
2. Isu Gani Patail
    Selepas kontroversi isu kenaikan pangkat si Mokhtar Dolah, timbul pula isu
    kenaikan pangkat Gani Patail yang bakal di lantik Peguam Negara. Jika kita ingat
    kembali (rujuk arkib web laman reformasi) ketika dulu pernah meramalkan bahawa
    peristiwa ini akan berlaku. Sememangnya ramalan tersebut betul dan benar belaka
    Selain mereka berdua, si Aziz Shamsudin turut sama terlebih dahulu menerima
    habuannya. Yang pasti perlantikan Peguam Negara Wanita pertama tempoh hari
    hanyalah sandiwara sementara yang di rancang untuk memberi jalan terlebih 
    dahulu kepada si Mokhtar Dolah. Kes Peguam Negara Wanita itu berkaitan
    pecahamanah dalam sekuriti 'memaksa' beliau memberi jalan kepada Gani Patail.
    Maka kesampaianlah hajat dan habuan seperti mana pernah di janjikan. Selagi
    badan kehakiman masih di bawah kuasa dan pengaruh esekutif mahathir, saya
    tidak nampak isu kontroversi badan perundangan negara akan berakhir setakat ini
    sahaja. Saya tahu dan dapat mencium bau strategi dan putar belit Mahathir ini.
    Tidak berapa lagi Ketua Hakim Negara akan bersara.....maka para-para
    PENYANGAT yang di ketuai oleh Mahathir sudah pasti tidak akan melepaskan
    peluang ini untuk memperkukuhkan pengaruh mereka dalam badan ini maklumlah
    pilihanraya tahun 2004 dah semakin dekat! Apo nak di kato!
 
3. Tak berani Mengutuk Amerika musnahkan Afghan kerana....   
    Asean Summit bersidang tetapi tutup agenda pasal Amerika serang Afghan. Begitu
    juga dengan persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang. Jika kita tengok siaran
    CNN dan gerakan propaganda Amerika sekarang ini telah menyeleweng kepada ke
    arah prejudis terhadap semua orang Islam di dunia. Amerika sedang berusaha
    melabelkan setiap orang Islam adalah pengganas, penjahat, militant dan anti
    kristian dan yahudi. Mahathir dan kerajaan turut sama mengutuk militant
    mujahid dan heboh sedunia pasal penangkapan ISA yang berkaitan dengan
    militant di negara ini kerana nak tunjuk bahawa 'kami' seiring dan sefahaman
    dengan orang putih maka ibaratkan memberi 'kredit' percuma kepada Amerika.
   
    Kita tengok walau canggih sekali badan perisikan dan peralatan ketenteraan
    Amerika, sehingga sekarang masih garu kepala kebodohan tak dapat membuktikan
    kes serangan WTC, kelam kabut mengawal Anthrax dan kebodohan mencari
    Osama. Macam-macam andaian di buat di mana kedudukan Osama....entah-entah
    ada kat Terengganu senang lenang sedang makan kerepok lekor Losong.
 
Sebenarnya dan di akui Amerika telah tersalah strategi. Sepatutnya mereka menggunakan badan perisikan CIA dan sekutunya untuk memerangkap dan menangkap Osama terlebih dahulu, kemudian barulah Al-Qaeda dan Afghanistan. Bukankah kaedah tersebut lebih mudah daripada serang dulu kemudian baru cari Osama. Bom sana-sini seluruh negara Afghan macam orang hilang akal. Itulah tindakan mengikut nafsu dan bongkak. Kerana nak tunjuk lagak kuasa, setelah bom sana-sini sampai sekarang otak buntu mencari Osama. Tak ke bengong tu! Susah betul nak cari Osama tu, sampai reward US25 juta. Inilah propaganda kemaruk Amerika. Seperti mana yang kita pernah di maklumkan, memang benar Amerika ada muslihat untuk perkukuhkan kuasanya di rantau itu untuk mengimbangi kuasa nuklear yang ada pada Pakistan apatah lagi banyak minyak ooi!
 
 
Sekian dari saya.
 
 
Dr.Yusof MD

Hits: