Pasukan  Khas Amerika Terbunuh 
(Special Forces Killed) 

http://www.couriermail.news.com.au/... 

Sekurang-kurangnya 35orang askar pasukan khas Amerika  telah mati  terbunuh dan ramai lagi yang luka parah dalam pertempuran dengan   askar Taliban di  selatan Afghanistan, demikian  akhbar Pakistan melaporkan. 

Berita itu tidak pula  dilaporkan  dalam akhbar harian, The News. 

Pegawai AS tidak dapat dihubungi  untuk mendapatkan komen mereka.

 ‘The  News’  menyebut sumber yang tidak dinamakannya  sebagai berkata  bagaimana askar Amerika itu  mengalami tamparan  hebat dalam satu serangan yang dilancarkan pada Khamis (Thanksgiving) oleh  askar Taliban  dan pasukan al-Qa'eda. 

Askar Amerika itu  mendapat bantuan helikopter yang turut  menyerang “tetapi mereka telah diserang dan terpaksa berundur  secepatnya,” kata akhbar itu. 

“Sekurang-kurangnya 35 anggota pasukan AS itu telah  terbunuh  dan ramai lagi yang tercedera.”

Tidak ada  lagi   berita lanjut  mengenai  pertempuran tersebut. Sepuluh buah  pesawat C-130 telah bersedia  menerbangkan  mayat  mereka ke Amerika Syarikat, katanya. 

“Pentagon dan  Cetcom  (US Central Command) menjadi  gusar dengan perkembangan ini  dan ada laporan mengatakan   peraturan baru  dikeluarkan   untuk  menangani  situasi begini”

tamat

Hits: