Inilah manusia yang tidak takut terbang 
(This is One Guy With No Fear Of Flying)

oleh: ARJUNA RANAWANA

Empat bulan yang lalu, Tony Fernandez menjadi insan yang dicemburui oleh kawan setugas di Warner Music. Beliau baru berusia 37 tahu, tetapi kini menguasai satu kawasan pasaran yang bermula di India sehingga ke Indonesia kerana itulah tugas seorang timbalan presiden syarikatnya di Asia Tenggara. Dia memandu kereta syarikat yang berjenama Jaguar, dibekalkan satu stereo yang berharga $10,000 di pejabatnya dan beliau kerap menjelajah kawasan pasarannya bersama bintang rakaman dan eksekutif industri hiburan. Tiba-tiba pada bulan Julai, Fernandes tinggalkan jawatannya di Warner, menggadaikan rumahnya dan menggunakan segala wang simpanan untuk menyertai satu pakatan niaga menyelamatkan satu syarikat penerbangan yang bertaraf nombor dua di Malaysia yang sedang nazak. Nama syarikat itu ialah Air Asia. Sebelum September 11, syarikat penerbangan dunia sudah pun menghadapi masalah dan tindakan Fernandes itu sudah tentu tidak dilihat sebagai satu pilihan yang bijak. “Ramai orang berfikir saya sudah gila,” kata Fernandes.

Peristiwa ngeri September 11 tidak membantu keadaan industri yang sudah merudum. Tetapi Fernandes berpendapat dia boleh memberi nafas baru kepada Air Asia dan keyakinannya itu melepaskan ngap kelegaan bekas tuan punya syarikat itu, DRB-Hicom, yang sudah lama mahu menepis syarikat itu sejak dua tahun sebelum itu. Ketika itu syarikat tersebut sudah pun menjelir panjang dengan $37 juta hutangnya, mencari seorang pembeli bukannya mudah. Fernandes berbincang dengan mereka dan meyakinkan kerajaan Malaysia dan juga syarikat penyewa pesawat General Electric bahawa dia mampu memulihkan keadaan tanpa banyak warna-warni dalam perkhidmatannya.

Fernandez dan tiga orang rakannya terpaksa membayar satu ringgit dan mengambil alih hutang Air Asia sebanyak $12 juta dollar. Empat bulan selepas melepaskan jawatan empuknya dulu dan dua bulan selepas berlakunya tragedi negeri di New York, Fernandes pun memulakan tugas barunya. “kalau diambil kira betapa banyak perkhidmatan udara yang mengurangkan perbelanjaan mereka, dan perkhidmatan dalam negeri yang susah membuat keuntungan, beliau (Fernandez) mesti merupakan seorang yang berani, “ kata Sebastian Chang daripada DBBS Research di Kuala Lumpur.

Fernandes berkata masanya adalah bertepatan. Sejak September 11, harga sewaan pesawat secara ‘leasing’ sudah menjunam sehingga 40% jatuhnya. “Saya mampu mendapatkan pesawat baru (model Boeing) dengan harga yang sama,” kata beliau. Lagipun, banyak perkhidmatan penerbangan menghentikan pekerja mereka dan ini bererti dia boleh mengambil pekerja yang berpengalaman. Fernandes percaya pengembara Malaysia akan menerima perkhidmatan udara yang menjimatkan belanja mereka dan masa. Kerana itu dia meniru sistem niaga salah satu syarikat perkhidmatan yang paling berjaya di dunia yang memberikan khidmat tanpa kemewahan, ‘Ryanair ‘ di Ireland (yang pada mulanya meniru sistem Southwest Airlines di AS). Malahan, Conor McCarthy, seorang bekas ketua operasi Ryanair, adalah rakan kongsi di Air Asia yang baru dan merupakan ketua penasihat kepada Fernandez.

Perkhidmatan baru Air Asia akan memotong harga tambang di laluan yang biasa, dan menentukan pesawat mereka berpatah balik lebih kerap lagi berbanding dulu dan menghentikan layanan makan dan minum. “Kerja-kerja menyimpan dan menyusun serta menyediakan 200 hidang makanan dalam sesuatu penerbangan adalah terlalu mahal,” kata Fernandez. Menghentikan hidangan makan dapat mengurangkan bilangan kakitangan dalam pelayaran daripada enam menjadi tiga. Untuk menentukan pesawat sentiasa lebih lama di angkasa, Fernandes berkata setiap penerbangan dijangka menghabiskan hanya 25 minit ketika berlabuh pada setiap masa. Seandainya penumpang terlewat, mereka terpaksa terlepas peluang menggunakan tiket mereka. “Kami tidak akan menunggu kelewatan mereka.”

Semua ini bertujuan untuk menentukan harga tiket serendah yang memungkinkan mereka mampu bersaing. “Kalau Fernandes mahu mencuba perkara ini, dia terpaksa bersaing dengan bas,” kata Chang. Ini tidak pernah diambil kira oleh tuan punya Air Asia yang dulu. Ketika itu laluannya yang biasa ialah antara Kuala Lumpur dengan Langkawi. Kini taukeh yang baru sudah menambah tiga jet komersial untuk menjadikan jumlah pesawat syarikat menjadi lima. Fernandes berkata, syarikatnya akan mengenakan tambang antara Kuala Lumpur ke Penang satu hala sebanyak $30 sahaja. Ini akan memotong harga MAS yang mengenakan $47, dan dapat menandingi harga tambang bas yang kini berada pada kadar $15.” Keseluruhan rencana niaga kami memang mahu menangani cabaran itu,” kata Fernandes.

Bakal taukeh besar penerbangan itu kini menghabiskan masa terakhirnya di Warner Music di bahagian ‘downtown’ Kuala Lumpur. Sebagai tanda perpisahan, Warner membenarkan beliau menggunakan pejabatnya sehinggalah tamat tempoh sewaan pejabat itu, beberapa minggu lagi. Warner menghadiahkan Jaguar itu kepadanya, tetapi dia tidak mungkin dapat stereo di pejabatnya. Fernandes tidak kisah, hidupnya pun memang tidak banyak digembar-gemburkannya.

Tamat.

Hits: