Bunuh saya sebelum AS melakukannya: Osama
(Kill me befoe Americans get me: Osama)
 
Awalkata: Awas  ini mungkin satu  tipu muslihat  Amerika untuk  memasang perangkap minda  kepada askar Taliban... kita terjemahkan sebagai bahan ilmiah sahaja - penterjemah)
 
 
AFP,  Riyadh, November 21.
 
Osama bin Laden  yang kian diburu oleh  pasukan khas  kerana  menjadi perancang utama  serangan ngeri September 11,  telah  memberi arahan kepada pembantu beliau  untuk membunuhnya  sebelum dia ditangkap oleh askar Amerika, demikian laporan sebuah akhbar  hari ini (RAbu).
 
Pejuang  kelahiran  Arab Saudi itu  telah  membuat wasiat  melalui rakaman video  menggesa  lebih banyak serangan  terhadap Amerika  dan  segala kepentingannya, demikian  dilaporkan oleh Al-Wataan.
 
"Osama Laden telah memberitahu   beberapa   orang yang rapat dengannya betapa  dia  sedang  mengakhiri  penghujung  hidupnya," kata akhbar harian itu sambil memetik laporan  "sumber diplomatik  AS dan  Eropah" di Paris.
 
"Dia tidak merelakan  rakyat Amerika, ataupun askar  Pakatan Utara, membunuhnya   dan tidak ingin  ditangkap  sebagai orang  tahanan  oleh mereka  kerana itu bererti satu  kekalahan besar  kepadanya.
 
"Kerana itu Osama Laden telah memberi  pesan kepada  para pembantunya  yang terus bersamanya  hingga ke saat akhir nanti seandainya  dia terkepung oleh musuh dan tidak ada jalan  untuk melepaskan diri," demikian  kata akhbar harian Arab itu lagi.
 
Osama Laden telahpun  meminta semua pembantunya  mengangkut  sumpah dan berikrar di hadapannya  bahawa mereka akan  melaksanakan  ikrar mereka  dan mereka semuanya  bersetuju, kata  akhbar itu.
 
"Malahan Osama Laden telah meminta salah seorang anak lelakinya  menembak beliau   untuk mengelakkan dia ditangkap oleh askar Amerika atau askar musuh pasukan Afghan.  Dia percaya akalah lebih baik mati  di tangan  orang-orangnya  dan anaknya, dari disauk oleh para musuhnya.
 
Dia telah merakamkan   wasiatnya   secara rakaman  video, yang mungkin disiarkan   seandainya beliau  sudah mati. Dalam rakaman itu, Osama Laden menggesa lebih banyak serangan  terhadap  Amerika  di mana juga di dunia ini, kata Al-Watan.
 
Maklumat yang  tidak boleh disahkan itu, dilaporkan telah diterima  oleh  pentadbiran AS  beberapa hari yang lalu dalam satu  majlis taklimat yang memberi penerangan  mengenai   jumlah   pegawai tentera dan keselamatan  Taliban yang sudah berpaling tadah.
 
Sumber Pakistan yang tidak  disebut  namanya dan  wartawan Pakistan Hamid Mir,  yang telah menemubual  Osama Laden di Afghanistan, telah  memperakukan  maklumat itu, kata  akhbar harian  tersebut.
 
Akhbar itu menambah, betapa Osama Laden telah  berpindah-randah  sejak jatuhnya  Mazar e- Sharif  minggu lalu "ditemani oleh  200  pengawal yang bersenjata lengkap daripada orang Arab dan pejuang Islam bukan Afghan yang merupakan anggota  al-Qa'eda.
 
Al-Watan berkata, mengikut maklumat yang diterima oleh Amerika Syarikat,  besar kemungkinannya  Osama Laden menyorok   di kalangan   satu kumpulan kecil  pengikutnya  dan  ahli keluarga  mereka di  pergunungan  di persekitaran  kubu-kuat Taliban di  Kandahar.
 
Dia memang sudah lama dulu lagi menyediakan  beberapa  tempat persembunyian di pergunungan   dan  melengkapnya  dengan  kemudahan untuk bertahan  berbulan lamanya, kata akhbar itu.
 
Al-Watan berkata, Washington menganggapnya sebagai "satu kemudahan seandainya" Osama Laden dapat dibunuh  berbanding dia ditangkap  hidup-hidup dan terpaksa pula  mengadilinya  di  mahkamah.
 
Pada  Khamis lalu, Washington telah menaikkan  wang upahan untuk maklumat  yang mendorong  tertangkapnya  Osama Laden  daripada  lima juta dollar kepada 25 juta dollar. (Tetapi, puak Taliban kemudiannya  menawarkan  upah sebanyak 50 juta dollar  kalau  sesiapa  dapat  membawakan kepala George Bush - penterjemah).
 
tamat.

Hits: