Bagaimana Mahathir Berdusta  Sehingga Tercabut Nyawanya

(How  Mahathir  lied his way to Doom)

 

oleh:  Spirit  of truth.24.11.01.

 

Ketika  Mahathir  berdusta  mengenai kelakuan  songsang  Anwar Ibrahim, dia sebenarnya  telah  menabur  benih  kemusnahan dirinya. Seperti  yang termaktub dalam Al Quran:

 

“Dalam hati mereka  ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka seksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.”

 

                                     Ayat 10, al-Baqarah.

 

Surah  ini   memperakukan tanpa berdolak-dalik, betapa penyeksaan  menanti  seorang  manusia yang amat gemar berdusta, dan Mahathir  sudah  berbohong  untuk memperkasakan  konspirasinya sehingga berjaya seperti yang direncana. Dia   melakukan   kesalahan besar (khasak) kerana  merencana  saksi  palsu  untuk  menjahanamkan seorang manusia  yang tidak  berdosa. Seorang pemimpin yang  bergantung kepada dusta  untuk mengukuhkan kuasanya, dan  menyalahgunakan  kuasa  eksekutifnya untuk  menghalalkan segala bentuk pendustaan itu, adalah seorang yang sudah  haprak hidupnya. Si bangsat yang haprak seperti itu tidak dapat bertahan lama,  kerana terpaksa berdepan dengan  kesilapan besarnya, dan lambat laun akan terpaksa berdepan dengan segala kesan pembohongannya, yang sudah pasti  akan membengkak   untuk menelan diri si pendusta itu  juga.

 

 

Otak Mahathir semakin mereput  kesan pembohongan yang berturut-turut

 

Seseorang yang suka berdusta adalah manusia  yang  mempunyai perwatakan yang  bercelaru, seorang pendusta seperti Mahathir  adalah lebih  dahsyat  dari itu, kerana dia  semakin  dihantui   gesaan untuk  terus  berdusta  sebagai  pelindung   pembohongan  yang pertama, dan semakin dia berbohong dan menipu  orang akan membenci perangai itu, dia  akan kehilangan  maruah dan martabat  dan akhirnya  keupayaan mentalnya akan tersumbat,  menyebabkan dia nyanyuk dan  melarat. Demikianlah  keadaan minda   diktator yang zalim ini,  yang terlalu rakus  mahukan kuasa sehingga  memaksa dirinya    menjadi  pendusta  teragong  negara. Kini, Mahathir sudah menjadi satu  lambang  pembohongan, yang diraihnya ketika dia mula-mula  merencana konspirasi  untuk   menjahanamkan  Anwar Ibrahim.  Pendustaannya   telah  merobah mindanya, mengganggu pemikirannya,  sehingga mendorongnya   ke bibir  jurang  keaiban moral yang  dalam. Bahana dosa  yang diperolehinya   gara-gara pendustaan itu,  terserlah  dalam perlantikan  seorang pegawai perundangan    menjadi  ketua peguam negara. Gani  Patail, a legal moron (seorang pegawai perundangan yang  bangsat) telah dipilih  oleh Mahathir kesan kecelaruan minda yang sudah tidak mampu menilai  antara yang baik dan  yang  sebaliknya.  Mahathir akan terus  melakukan  kesilapan seperti  ini sehinggalah  dia sendiri musnah  dan melakukan  gelagat keanak-anakan, dan  masa semacam itu memang tidak akan  lama lagi.

 

 

Pembalasan  Yang Menanti  Mahathir – hidup ataupun mati

 

Pembalasan daripada  janji Allah,  lambat laun akan datang menziarahi Mahathir, dan ini adalah merupakan satu  kemestian  yang merupakan penentuan  takdir. Apakah ini  muncul dalam bentuk kuasa Allah yang sekaligus  mencetuskan proses  pembersihan  terhadap  semua  pihak yang terlibat,  di mana  bahang api  penyeksaan akan mendera Mahathir yang selama ini   melakukan  kerja  jijik yang menyalahi tatasusilaan dan mengajar manusia  agar tidak berdusta  semata-mata kerana  mahu hidup bergaya.   Pembalasan ini akan memastikan betapa  yang  berdosa itu  akhirnya akan didera  mengikut  penentuan Allah, tanpa  ada sesiapa yagn dapat dikecualikan, kerana  seandainya seorang  pendusa dapat terlepas dengan cara menggunakan kuasanya, seluruh dunia  ini akan  hancur kerana  pendustaan manusia.  Para pendusta  yang  merempat merata  dan  berbohong hidupnya akan  membawa kemusnahan  tamadun manusia  kerana sesuatu  masyarakat itu tidak boleh hidup  dengan  bertiangkan  pembohongan.

 

 

Kemusnahan  Mahathir  tidak boleh ditepis oleh  propaganda segala dusta

 

Hari berganti hari,  penyeksaan  di hatinya  terus  membara, sedangkan usianya sudah menjangkau tangga 77 tahun, kematian  akan menyambar  tanpa ada pengisytiharannya, dila-bila masa di mana juga  untuk  penzalim ini yang kuat  berdusta. Inilah yang menyebabkan dia jadi lebih terkenal sebagai pendusta  yang paling hebat,  pendakwa yang paling dahsyat dan  penzalim yang paling jahat.  Dia tidak akan mampu  menebus segala dosa dan dusta. Adalah amat sukar untuk dia  membetulkan semula segala  pendustaan  yang dilakarnya  terhadap Anwar  Ibrahim, kerana dia sudah berada di satu tahap  yang menjeratnya,  yang tidak akan melepaskannya  kerana setiap kali sesuatu dusta itu dicanang ia tidak dapat  ditarik balik  laksana  bayang. Segala jentera propaganda, semua  khadam dalam kabinetnya,  pihak media yang menjadi  hamba abdinya dan beberapa  kumpulan mafia yang bertungkus lumus  menentukan pendustaannya itu  diserlahkan laksana satu kebenaran, tidak mampu  membuat sesuatu menukar setiap  pendustaan itu. Kematian  Mahathir  sudah semakin hampir, sebagai  pendusta  yang paling unggul, penghukum bertaraf algojo, dan seorang penzalim yang sungguh ganas  yang sanggup  mendera  rakyatnya sendiri  semata-mata kerana  gilakan  kuasa.

 

Mahathir sudah ditentukan oleh  kuasa  balasan Illahi, dan dia akan mati juga nanti, sebagai  insan yang sungguh tidak berhati perut, pendusta besar yang sudah nyanyuk  dan gila yang  belum pernah  dialami  oleh rakyat Malaysia sebelum ini.

 

-Semangat Kebenaran-

 

24.11.01

Hits: