AS  Mengambil Askar Russia  Untuk   Diupah Berperang  di Afghanistan

(US Recruits Russian Mercenary  Soldiers To Fight in Afghanistan)

 

http://www.paknews.com/main.php?id=7&date1=2001-11-22

 

 

MOSCOW (PNS) -  Media  Russia  telah  mendedahkan satu  lagi bahan bukti  betapa  AS sedang  mengrekrut   veteran perang Russia  untuk  kembali  berperang  di Afghanistan, tetapi berita ini dinafikan oleh kedutaan AS di sana.

 

Satu laporan TV menunjukkan  seorang  askar simpanan  yang berusia 40 tahunan, dan pernah berperang di Afghanistan  selama 10 tahun  ketika  penaklukan Soviet  pada 1980-an dulu,  sebagai berkata dia akan berlepas untuk berperang  lagi  menentang Afghan, tetapi kali ini  di sebelah pihak AS. Demikian  mengikut laporan IANS.

 

Beliau enggan  membiarkan kamera merakam  gambar mukanya  ataupun memberitahu namanya. Veteran perang itu  berlagak  bahawa tidak ada satu ceruk  bumi  Afghanistan yang tidak pernah  dijejakinya.

 

Walaupun  kedutaan AS di Moscow enggan  memberikan komen, seorang lagi rakyat Russia   yang ditunjukkan dalam program itu berkata dia telah  bertemu warga Amerika yang  menguruskan  pengambilan tenaga  askar upahan  itu.

 

Dalam satu lagi siaran, pengawal keselamatan di kedutaan AS  telah  dirakam  memberitahu para wartawan  betapa  mereka sudah keletihan  disebabkan ratusan  pertanyaan  rakyat Russia  yang  mahu tahu di mana  pusat  pemilihan  tenaga  kerahan  upahan  itu. Rakyat  Russia  naik seronok mengetahui  gaji  yang tinggi, dan  kerana  itu ramai yang datang  itu bukan sahaja daripada Moscow, tetapi  daripada Tula, Rezan dan Pskov, demikian  seorang pengawal keselamatan  menyebutnya.

 

Media Russia telah melaporkan wujudnya pusat   pengambilan tenaga di Moscow, St. Petersburg, Nizhi, Novgoroddan beberapa bandar Russia yang lain, secara  rahsia.  Veteran perang  Afghan  itu  dikatakan telah  ditawarkan  sebanyak $5,000 dollar sebulan untuk berjuang   bersebelahan askar Amerika Syarikat.

 

Duta AS di Moscow, Alexander Vershbow pada hari Isnin dulu telah menafikan   bahawa kedutaannya  terlibat dalam  pengambilan veteran Russia.  Menteri Pertahanan Russia Sergei  Ivanoc,   turut menafikan  wujudnya   usaha itu  kerana kata beliau mengikut  undang-undang Russia adalah satu  kesalahan  bertaraf jenayah  kalau  mengambil askar upahan  di Russia.

 

Tetapi pemerhati ketenteraan  di sini  percaya  Russia   mungkin telah memberikan keizinan  kepada AS  untuk mengambil  veteran perang  Afghan, memandangkan dua negara itu kini  sudah memperbaiki hubungan  antara dua  negara. 

 

Tamat.

Hits: