Mendesak kebangkitan reformasi tulen

Anda sudah tahu reformasi itu ertinya pembaikan, peningkatan, perubahan dan pembaharuan. Ia berasal dari istilah Inggeris reformation yang telah diMelayukan, reformasi. Istilah Arabnya, islah. Perjuangan reformasi ialah perjuangan menuntut perubahan yang tulen, menyeluruh, asli dan ikhlas.

Reformasi seperti itu disebut reformasi sistem. Tidak kisah parti mana yang memerintah. Tidak kira pemimpin mana yang memerintah. Yang maha penting, sistem di negara ini berjalan untuk kesejahteraan rakyat, untuk kebajikan rakyat, untuk keselamatan rakyat.

Dalam reformasi tulen, pemimpin-pemimpin negara tidak utamakan diri sendiri, anak-anaknya dan kroni-kroninya. Pemimpin itu akan mengutamakan rakyat. Dalam pembahagian kekayaan ekonomi negara, mereka yang layak akan diberikan keutamaan. Sekarang keadaan ini tidak wujud lagi. Sebab itu, kita menganjurkan reformasi.

Reformasi tulen bermakna peluang-peluang rakyat untuk menyertai proses demokrasi terjamin. Suara rakyat dicerminkan melalui keputusan-keputusan kerajaan dan pemimpin kerajaan. Parti-parti yang memerintah akan berunding atau meminta pendapat rakyat. Bukannya buat keputusan ikut kepada mereka sahaja. Sekarang keadaan ini tidak wujud lagi. Sebab itu, kita menganjurkan reformasi.

Reformasi tulen bermakna undang-undang digunakan untuk melindungi rakyat daripada: (1) ancaman sesama rakyat (2) ancaman dari orang berkuasa (3) ancaman dari kerajaan sendiri. Undang-undang diluluskan di Parlimen. Oleh itu, wakil-wakil rakyat harus tunduk kepada rakyat yang melantiknya. Bukannya tunduk kepada partinya atau pemimpin partinya. Suara rakyat haruslah lebih tinggi atau diambil kira dalam usaha menggubal & meluluskan undang-undang.

Sekarang keadaan itu tidak wujud. Undang-undang, akta-akta & peraturan digubal untuk menjaga kuasa pemerintah. Rakyat ditindas ~ contohnya Akta Pengambilan Tanah. Penyelewengan kerajaan cuba ditutup ~ contohnya Akta Rahsia Rasmi. Rakyat tidak dibenarkan bersuara dengan bebas ~ contohnya Akta Mesin cetak dan Penerbitan. Rakyat ditakutkan membangkang dan menegur kerajaan ~ contohnya Akta ISA dan Akta Polis. Siswa-siswa sebagai golongan bijak pandai tidak dibenarkan terlibat dalam politik ~ contohnya Akta Universiti & Kolej Universiti.

Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk melantik sesiapa sahaja dan parti mana sahaja. Rakyat yang membuat keputusan-keputusan. Sekarang keadaan ini tidak wujud lagi. Sebab itu, kita menganjurkan reformasi.

> Polis dan mahkamah digunakan untuk menegakkan kebenaran dan mencari keadilan. Polis & mahkamah mesti bebas dari badan-badan, pemimpin-pemimpin & pengaruh politik. Sebab apa? Sebab polis dan mahkamah tidak boleh berpihak. Polis dan mahkamah hanya ikut & tafsir undang-undang yang dibuat di Parlimen. Di Parlimen, wakil-wakil rakyat yang menggubal undang-undang. Oleh itu, polis & mahkamah hanya menjalankan kuasanya & tugasnya atas cita-cita rakyat. Tetapi kini tidak wujud keadaan itu. Polis dan mahkamah ikut telunjuk PM dan kroninya. Kes PM dan kroninya mesti menang. Sebab itu, kita menganjurkan reformasi.

Apa maknanya kita menganjurkan reformasi tulen? Ertinya, mesti ada semakan dan penilaian ke atas badan-badan ini. Jangan biarkan Parlimen, polis, mahkamah, pembahagian projek & tender berada di bawah telunjuk nafsu segelintir manusia. Rakyat mesti menubuhkan jawatan-jawatankuasa penilaian & semakan ini di bawah perlindungan undang-undang. Barulah pemimpin politik tidak boleh berbuat sesuka hati. Ingat! Kita jadi macam ini pada hari ini kerana sistem kita sudah kalut dan karut.

Marilah bergerak melancarkan RE-FOR-MA-Si tulen.

TepakBersulam 
paparazi_paparaz@hotmail.com

Hits: