Siapakah Yang di-Pertuan Agong ke 12 ? 

1.   Sultan Terengganu (Timbalan YDPA sekarang) 
2.   Raja Perlis 
3.   Sultan Kelantan 
4.   Amirul Mukminin wal Musyrikin Mahathir (Negara Islam Malaysia)

Sehingga Yang di-Pertuan Agong baru itu dipilih oleh Majlis Raja-raja yang dijangka akan bersidang dalam masa 4 minggu, Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menjadi pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baru.   TETAPI Mahathir tidak mahu Sultan Mizan menjadi YDPA ke 12, kerana hajat Mahathir menghapuskan nama Islam telah di tolak oleh Majlis Raja-raja yang telah di pengerusikan oleh Sultan Mizan (Timbalan YDPA) dengan cara bijaksana.   Masa itu Almarhum Sulan Salahudin sedang gering.   Kalau YDPA ke 11 yang jadi pengerusi mungkin "ISLAM" telah berjaya dibuang sebagaimana idaman Mahathir.

Mahathir telah berjaya melucutkan "kekebalan" raja-raja,   tetapi "kekebalan" itu sudah berpindah kepada Mahathir.    Taraf raja-raja berdaulat telah jatuh, menjadi orang-orang suruhan Mahathir. Berbagai hajat nafsu buas Mahathir telah direstui oleh YDPA ke 11, antaranya:

1.   Penyerahan PuteraJaya. 
2.   Pemecatan Anwar Ibrahim. 
3.   Salah guna mahkamah dan polis. 
4.   Tolak memorendum rakyat di hadapan Istana Negara. 
5.   Pemecatan Mufti Ishak Baharom yang memperjuangkan Islam. 
6.   Mengharamkan ceramah Islam. 
7.   Merompak royalti minyak Terengganu.

Mahathir hanya menggunakan nama "Yang di-Pertuan Agong" untuk menyelamatkan dirinya sendiri.   Apabila Al-Maunah di tuduh mencuri senjata di Sauk, Mahathir guna mahkamah supaya mereka di bicarakan atas kesalahan "durhaka kepada Yang di-Pertuan Agong".

Apabila rakyat berhimpun secara aman di Kem Tahanan ISA di Kemunting polis menyeru "Dengan titah perintah Yang di-Pertuan Agong anda semua dikehendaki bersurai."    Orang ramai menjawab "Hoooii sejak bila Mahathir jadi Yang di-Pertuan Agong ? "

Sebagai langkah untuk memujuk raja-raja, dijangka Mahathir akan melantik Tengku Razaleigh Hamzah menjadi menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak lama lagi.    Rafidah Aziz menjadi Menteri Kewangan.

Tengku Razaleigh adalah bapa saudara kepada Sultan Kelantan.  Mahathir mahukan Sultan Kelantan atau Raja Perlis menjadi YDPA ke 12 kerana menganggap mereka akan akur kepada segala kehendak Mahathir.

Rakyat masih mempunyi harapan tinggi kepada Majlis Raja-raja. Rakyat mengharap supaya Yang di-Pertan Agong ke 12 adalah seorang Raja Berdaulat yang memayungi kesejahteraan rakyat dan bukan orang suruhan yang rela menjadi alat kehendak nafsu buas Mahathir.

Hamba suruhan Allah.

Hits: