Asas Pedoman Kepimpinan I

Seperti mana yang telah saya janjikan, Asas Pedoman Kepimpinan telah dapat saya siapkan dan akan di maklumkan kepada webmaster secara berperingkat-peringkat untuk siaran web ini. Selalulah mengunjungi web mindarakyat kita.

 
Bahagian I : Asas Perjuangan
 
Tanyalah pada diri kita sendiri........apakah objektif atau matlamat perjuangan kita? Saya mengajak tuan/puan bersama saya memperjuangkan dua perkara utama dan harus komited:
a) Kedaulatan Demokrasi Tulen.
b) Kedaulatan Islam.
Tidak timbul soal tolak ansur. Malah dua faktor ini telah pun termenteri dalam perlembagaan negara kita. Maka kita semua mesti akur dan menghormatinya. Tetapi sejauh mana kita di didik dan di bimbing oleh pemeritahan kita sekarang ini supaya menghormati perlembagaan kita itu? Saya tidak nafikan kita ini di ibarat seperti "Ketam mengajar anaknya berjalan lurus".
 
Contoh terbaru ialah dalam dua ruang akhbar Berita harian 25/11/2001: Gambar Mahathir dan KPN Norian Mai tidak memakai songkok berkabung. Patutkah mereka ini di jadikan teladan. Gambar tersiar itu bukannya ketika mereka di rumah, dalam tandas maupun ketika 
main golf pun tidak tetapi sewaktu dalam tugas! Adakah mereka ini di anggap menghina atau melanggar perintah berkabung kemangkatan Yang Di Pertuan Agong? Semua rakyat setuju bahawa mereka sememangnya telah melanggar perlembagaan dan melanggar arahan istana. Kecuali bakal peguam negara kontroversi Gani Patail akan berhujah sebaliknya dan membuktikan di kepala mereka itu ada bisul menunggu pecah sahaja!
 
Setelah kita tekad dan komited memperjuangkan demokrasi tulen bersama Islam, bertanya pula otak intelektual saya ini: Manakah arah tuju perjuangan kita ini?. Sesungguhnya perjuangan kita teramatlah besar.....iaitu mengreformasikan corak pemerintahan yang wujud sekarang ini. Perjuangan ini bukannya untuk esok, lusa atau untuk tahun 2004 tetapi sepanjang hayat di kandung badan. Tiada titik nokhtah perjuangan kita malah sebaliknya terus berusaha memekarkan perjuangan kita. Ya! saya bermaksud mengreformasikan corak pemerintahan dan bukannya menumbangkan kerajaan yang wujud sekarang. 
 
Bersama dengan saya lagi esok di Bahagian II: Mengreformasikan Pemerintahan Negara.
 
 
Dr.Yusof MD 
Hits: