Tazkirah Ramadhan ( 35 ): Hadis Fadhilat Ramadhan - 5

Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanyasanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya.

Saya baru sahaja habis membaca artikel petikan dari surat khabar 'The Guardian ( UK ) '. Ianya menceritakan bagaimana penduduk Kabul yang mengusahakan ladang ganja merasa gembira kerana mereka sudah boleh bercucuk-tanam ganja semula setelah Kerajaan Islam Taliban jatuh ke tangan puak Abdullah B. Ubaiy iaitu Kumpulan Pakatan Utara. Hasil jualan ganja di Afghanistan sebelum Pemerintahan Islam Taliban ialah sebanyak berjuta-juta dollar dan merupakan pendapatan terbesar puak pemerintah ketika itu. Setelah Puak Taliban mengambil-alih teraju pemerintahan sekitar tahun 1996, mereka telah mengharamkan tanaman ganja kerana ianya bercanggah dengan Syariat Islam, Walaupun ianya menjadi sumber ekonomi terbesar negara itu. 

Perkara kedua yang ingin saya terangkan ialah propaganda media barat yang menipu dan memfitnah puak Taliban seterusnya dengan niat untuk memburuk-burukkan Islam. Semasa di Sepanyol dahulu saya sendiri juga agak terkeliru kerana CNN sepanjang hari menayangkan ladang-ladang ganja di Afghanistan, mereka mengatakan bahawa 85% sumber ekonomi negara tersebut hasil dari jualan ganja dan Puak Taliban mengambil 10% cukai atas penjualan. Begitulah media-media kuffar mempermainkan orang-ramai dengan berita-berita fitnah mereka sehinggakan kita juga akan terjerumus mempercayainya jika kita tidak mengambil maklumat dari sumber yang benar! Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan Tentera Islam Taliban dan memberi semangat Jihad untuk terus mempertahankan pemerintahan Islam di Kandahar, Insya-Allah.

Kita akan mengambil pengajaran dari hadis yang ke lima hari ini.

HADIS 5 : ( Terjemahan )

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : ' Sesiapa yang berbuka sehari dari Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat mengqadhanya walaupun berpuasa seumur hidup, walaupun sekiranya dia dapat melakukannya'.

Huraian Ringkas.

Mengikut ahli feqah, mereka dengan jelas telah menulis bahawa orang Islam yang makan secara terang-terangan tanpa sebarang uzur di bulan Ramadhan boleh dihukum bunuh. Hukum itu hanya boleh dijalankan sekiranya ada Pemerintahan Islam. Tetapi, sekiranya tidak ada maka golongan fasik itu bolehlah bersuka-suka sementara masih hidup di dunia ini. Perbuatan mereka tidak akan terlepas daripada hukuman Allah s.w.t. kelak. Keduanya sudah jelas Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa tidak ada waktu pun yang dapat menggantikan seperti waktu Ramadhan untuk mereka mengqadhakannya. Bagi manusia yang berfikiran waras sudah tentu dapat membayangkan betapa hebatnya saat-saat di bulan Ramadhan ini jika dibandingkan dengan 11 bulan yang lain.

Semoga Allah s.w.t. menerima puasa kita dan amalan baik kita, Insya-Allah.

.......bersambung lagi, Insya-Allah.

H.M.Subuh

Hits: