UTUSAN MALAYSIA

Surat terbuka untuk pemimpin UMNO Terengganu

Saudara Pengarang,
SAYA ahli UMNO dari dulu hingga sekarang dan mungkin hingga ke akhir hayat. Surat ini saya tujukan khas untuk para pemimpin UMNO Terengganu.  Sekarang ini kita berada di pertengahan jalan di dalam perjalanan menghadapi pilihan raya umum 2004. Sesuatu perlu dilakukan oleh kepimpinan UMNO Terengganu agar `pisang tidak berbuah dua kali'. Perkara utama yang saya hendak perkatakan ialah soal perpaduan di kalangan pemimpin UMNO Terengganu. Selama ini kita hanya bercakap dan memberikan tumpuan kepada perpaduan di kalangan akar umbi. Percayalah perkara utama yang perlu diperbetulkan ialah soal sikap dan perpaduan di kalangan pimpinan negeri. Pada hemat saya, ada kalangan pemimpin UMNO Terengganu yang tidak meletakkan matlamat perjuangan UMNO di hadapan dan lebih mementingkan matlamat politik peribadi.

Ulasan
Bukan hanya UMNO Terengganu bahkan UMNO di tempat2 lain juga  lebih mementingkan PERUT mereka. Macam mana nak kaya sahaja, rakyat biar dia MAMPUS..Itu merupakan sikap pemimpin UMNO dulu, kini dan selama-lamanya


Di bahagian saya, semasa pertandingan jawatan bahagian dulu, ketua bahagian turun padang memohon simpati untuk mendapatkan sokongan. Atas sebab tidak mahu UMNO berpecah, semua orang memberikan sokongan yang padu dan beliau menang. Tetapi sayangnya apabila menang ramai pemimpin yang berwibawa `dicantasnya'. Alasan beliau, mereka tidak setia kepadanya.UMNO bahagian saya ini seolah-olah dimiliki oleh individu tertentu, bukannya milik ahli. Inilah satu bentuk, corak dan gaya kepimpinan UMNO di Terengganu yang sangat merugikan parti.

Ulasan
Bukan hanya UMNO Terengganu bahkan Mahathir ( Tok Guru UMNO ) pun buat perkara yang sama. Budaya UMNO sememang suka memperkudakan  orang lain. Lepas diperkudakan orang macam anjing,  dia akan campak orang tersebut macam sampan.  Kita boleh tenguk sendiri bagaimana Mahathir memperkudakan Musa Hitam, Gafar Baba, Anwar  dan Dolah Beduei. Sekarang kita lihat bagaimana isu yang digunakan oleh Mahakeling. Dia menyatakan kuasa asing hendak menjajah, kita hendak bersatu demi agama, bersajak dalam TV,,,,,,,,, semuanya itu supaya rakyat menyokong dia. Mahakeling terus kekal………


Baru-baru ini, rakyat disogokkan dengan cerita penyelewengan `wang ihsan' oleh orang tertentu. Semua orang tahu isu ini hanya mainan politik dan semata-mata fitnah.
Sungguh menghairankan, beberapa kali saya menghadiri majlis perjumpaan UMNO di bahagian saya, tidak ada usaha langsung oleh UMNO bahagian ini untuk menyangkal dakwaan atau tuduhan tersebut.


Ulasan
Rakyat hanya disogok dengan cerita ROYALTY MINYAK tapi tak dapat pun,,, kalo dapat sikit yang banyak pemimpin UMNO. Parti yang banyak memfitnah adalah UMNO.


Kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, percayalah bahawa isu ini bukannya datang daripada pihak lawan tetapi daripada kalangan pemimpin UMNO sendiri dan bersedialah dengan isu-isu lain yang boleh `memanaskan kerusi'. Mereka yang mula menyebarkan fitnah ini bukannya ahli biasa, tetapi orang yang berpengalaman dan bercita-cita besar dalam politik. Saya ingin menyeru kepada semua ahli UMNO Terengganu, berikanlah sokongan yang padu kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu kerana mereka ialah orang yang paling layak memimpin UMNO Terengganu pada hari ini. Saya ingin menyeru kepada semua ahli UMNO negeri Terengganu supaya menjadikan kejayaan pasukan bola sepak negeri menjuarai Piala Malaysia satu pengajaran yang amat berguna kepada perjuangan parti kita.

Ulasan
Saya cadangkan supaya saudara masih duduk dalam UMNO juga ,,,, gunakan UMNO untuk memecah belah mereka….. supaya kemenangan kepada Parti lawan. Saudara ujudkan perbalahan  didalam UMNO mintak duit banyak2. Buat pakatanuntuk mecabar Jawatan Ketua Bahagian……. Biar dia keluar duit…..


Lihatlah betapa kepimpinan dan pengurusan dahulu, walaupun diberikan kesempatan yang begitu lama dan dalam serba kemewahan kita tidak dapat memenangi piala ini. Tetapi di bawah pengurusan baru yang serba daif, kita hanya memerlukan masa tidak sampai tiga tahun untuk membawa pulang piala kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Kita perlu membuat perubahan. Yang tua janganlah tamakkan kuasa dan yang muda janganlah gelojoh. Kepada kepimpinan UMNO negeri janganlah berharap sangat wang ihsan UMNO akan dapat menawan semula Terengganu. Kalau sebelum ini UMNO Terengganu begitu berjasa pun boleh kalah, inikan pula wang ihsan. Malah wang ihsan ini akan menjadi isu besar yang akan diputar belit. Janganlah juga memandang `sebelah mata' apa yang dibuat oleh pihak lawan walaupun nampak mudah. Bagi saya faktor ambil mudah, kurang `cakna' dan sikap pemimpin yang banyak bersandiwara dan tamakkan kuasa merupakan punca utama kekalahan UMNO Terengganu dalam pilihan raya yang lalu.

Ulasan
Parti pembangkang sememangnya mahukan pemimpin UMNO menunjukkan sifat2 yang macam itu…….tamak, haloba, rakus, kaki perempuan, kaki minum arak……itu merupakan PEMANGKIN untuk parti pembangkang kekal di Terengganu.


Kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, percayalah bahawa apa yang didengar dan dilihat hari ini bukannya suara atau gambaran hati UMNO Terengganu yang sebenarnya. UMNO Terengganu hari ini amat menuntut keikhlasan hati, kesetiaan, pengorbanan dan perpaduan di kalangan pemimpin sama ada yang tua atau muda. 

- CUCU TOK SETIU, Terengganu.

Ulasan
CUCU TOK SETIU, Terengganu  saya pesan jangan iklas dalam perjuangan UMNO nanti yang kena tipu kita jugak. Yang kaya raya pemimpin mereka


Hits: