Usul Pulang  ke Asal
(Back to squre one)
oleh: Absar Alam - Islamabad
(Artikel asal ada  di Al-ahram  Weekly)

Kemunculan   beberapa  anggota  komando Russia  yang  tidak di ketahui  bilangannya di pengkalan  udara Bagram, dekat  Kabul  pada Isnin lalu, menunjukkan  munculnya  seorang   lagi pelakon baru   dalam drama yang sedia ada -  dan yang ini memang  ternyata  pro-Pakatan Utara – sedangkan  inilah ketikanya   pihak pembangkang itu  dikritik hebat oleh  pasukan  bersekutu  yang dipimpin oleh  AS  kerana  merampas kuasa  di  Kabul.

Britain sudah pun  menggerakkan  100 orang  anggota  komando  untuk  menjaga  keamanan   dan melindungi  masyarakat  awam  dari  gangguan  yang  mencetuskan  pembunuhan bersahaja.  Namun,  masalah  keselamatan  sudah menjadi genting  setelah lima wartawan Barat terbunuh  di siang hari oleh  pengganas yang tidak dikenali  pada  Isnin  lalu di Sirobi,  berdekatan  Jalalabad. Tiga orang wartawan   telah  bertolak ke Kabul daripada  Jalalabad tanpa  sebarang  iringan  pasukan  kawalan. Di  Sirobi,  mereka  telah ditahan oleh  orang  yang bersenjata,  dan diarah  keluar  daripada  kereta  dan dibunuh serta merta.  Wang adalah  motif   sebenarnya   pembunuhan.

Ekoran pengunduran  Taliban, bekas panglima perang  telah kembali semula memacak  kawasan  jajahan  mereka.  Bandar Kabul dan  persekitarannya  sudah menjadi kawasan yang dikawal oleh  pemimpin Tajik, Burhanuddin  Rabbani, yang juga  merupakan bekas presiden Afghanistan. Sehingga 1996, Rabbani merupakan  orang    yang paling  berdarjat di Afghanistan. Namun, keengganan   berkongsi kuasa dengan pihak lain   mencetuskan krisis politik yang akhirnya  berkesudahan dengan  penyingkirannya  daripada Kabul oleh pasukan  Taliban. Di  Mazar-i-Sharif, komander Uzbek Jeneral  Abdurrashid  Dostum  mengendalikan pentadbirannya sendiri. Wilayah Bamiyan  ialah di bawah   kuasa kumpulan Shia  Hazara. Herat pula  dikuasai oleh seorang pemimpin popular Ismail Khan.



Keadaan di wilayah lain  masih belum jelas  kerana  sekitar 3,000  anggota  pasukan Taliban masih  berjuang  mempertahankan   Konduz  minggu ini  daripada dirampas oleh Pakatan Utara.  Mereka sedang  terkepung, dan  sekitar 2,000 anggota Taliban itu  adalah  warga Arab dan Pakistan, asalnya. Mereka  masih  lagi  merundingkan satu   penyerahan diri  secara bersyarat  dengan  Pakatan  Utara.  Namun,  Pakatan Utara  masih tidak mengampunkan   anggota  bersenjata  daripada negara asing  di kalangan Taliban itu. Pakatan Utara  telah   memberikan kesanggupan  menerima penyerahan  warga Afghan, tetapi  tidak berminat dengan  orang  asing.


Bandar Kandahar di selatan,  merupakan    kampung   halaman  puak Pashtun  yang  merupakan tiang seri  kumpulan Taliban. Kerana  itu   Kandahar  masih merupakan  pusat  semangat  dan kubu kuat   kerajaan Taliban. Tidak jauh dari situ  ialah  Quetta yang terletak di bahagian Pakistan. Pada minggu ini   para pemimpin suku kaum  Pashtun  ini  telah bersidang   untuk  merencana satu  peralihan kuasa  daripada  Taliban Pashtun kepada   kumpulan  Pashtun  yang bukan  ahli Taliban. Puak Pashtun  bukan Taliban  sudah pun memberikan kata dua  agar  peralihan  kuasa itu disetujui ataupun  mereka  terpaksa  menghadapi  padahnya. Duta  Taliban  ke Pakistan, Mullah Abdul-Salam Zaif  ketika  berada  di  Quetta  sekembalinya  daripada  Kandahar kelmarin, telah  memperakukan  keazaman  Taliban  untuk  mempertahankan  Kandahar  sehingga  peluru  terakhir.

Apapun kesudahannya, selatan Afghanistan akan  dikuasai  oleh   panglima  Pashtun.  Haji  Abdul Qadir seorang  komander, dan adik kepada   Abdul Haq yang  pro-Amerika  tetapi mati dibunuh  beberapa minggu lalu,  sudah pun  menguasai Jalalabad.  Qadir  telah  mengetuai  satu  kafilah  beratus  kenderaan, bersama  beberapa dozen wartawan, daripada  Peshwar  ke  Jalalabad minggu  lalu, ketika  mengambil alih kuasa  bandar  itu. Para penduduk di situ  sudah  pun mengumumkan  perlantikannya  sebagai  seorang  gabenor  di wilayah  itu.

Wilayah Nangarhar di  bahagian utara  Afghanistan  telah pun  dirampas oleh  Maulvi Younis  Khalis,  seorang   komander Pashtun yang terkenal sejak  era Russia  pada 80-an  dulu. Walaupun  beberapa  komander yang  berbeza dan  panglima perang  suku-kaum  telah membagi-bagi   Afghanistan kepada   beberapa   wilayah    di kalangan   mereka, penguasaan  itu   berakhir  hanya beberapa batu  di luar  kawasan pusat  kuasa  mereka. Dengan  demikian, keadaan  telah  menyorot  kembali kepada  keadaan 1996, ketika  perang-saudara   menyala  bersemarak  menyeluruhi Afghanistan.

Apabila dicengkam oleh  kerakusan   semua  panglima perang Afghan ini, yang  bunuh-membunuh  antara satu dengan lain  untuk kuasa  dan  wang, menghumban  negara  itu  ke kancah  kecelaruan   apabila  orang yang bersenjata  luas  bergerak merompak, merogol dan  mengganas dengan  bebasnya. "Kami tidak akan pulang   ke Afghanistan  selagi  semua  penyamun   yang mengganas itu  sudah  pergi,” kata Razia  seorang pelarian yang   menduduki  satu kawasan  setinggan  di bandar Rawalpindi, Pakistan. Sebagai  seorang wanita Tajik, Razia  kehilangan dua orang abang  yang berjuang  menentang   Soviet Russia  dan beliau berkata  dia tidak  selesa dengan   pasukan  angkatan tentera  Pakatan Utara, pasukan Taliban  ataupun bekas perdana menteri   Pashtun  yang   ganas dulu,  Gulbuddin  Hekmatyar  untuk memerintah  Afghanistan. Hanya  Raja Zahir Shah yang  mampu  membawa  kedamaian  di  negara  saya,” kata Razia  yang  mempunyai  tiga orang anak lelaki..

Apa  pun  pergolakan  perang  yang  akan  terus  berlaku, peranan  utama  dalam percaturan itu masih  dipegang  oleh  Amerika Syarikat,  yang kini  sedang  menyibuk  mengesan pemimpin al-Qaida Osama bin Laden,  pemimpin Taliban  Mullah Mohamed Omar dan  lain anggota   Al-Qa'eda  di  Afghanistan.

Namun,  ada sumber diplomatik  yang  menyebut  bahawa  pihak  bersekutu memang  menjangkakan  tercetusnya  semula   panglima perang  merata-rata.

“Perkara ini memang  sudah  dijangkakan.  Inilah   kesan  kelompongan politik  yang  wujud  dan apabila  banyak  senjata   bersepah di Afghanistan. Lagi pun ramai  bekas panglima perang sudah lama  menunggu  masanya  untuk  berlaku keadaan  seperti  ini sejak lima tahun yang  lalu. Seandainya  usaha  antarabangsa  untuk   mewujudkan satu   kerajaan  sementara   lembab  jadinya,  keadaan akan  menjadi bercelaru  lagi,” kata seorang  diplomat barat.

Adalah dijangkakan, apabila  AS  sudah   selesaikan masalah mereka  dengan  Osama Laden,  ataupun Kandahar   tumpas  daripada  cengkaman Taliban,  usaha  untuk  mewujudkan  satu   kerajaan sementara yang dianggotai oleh semua puak di Afghanistan akan mula  bertindak  mengikut  rentaknya.

Tamat.

Hits: