Pesawat Pejuang Israel Bersedia  di Turki Untuk Menyerang Iraq
(Israeli Jets in Turkey to  bombard Iraq)
Turkey-Israeli, Politics, 28/9/2001.



Satu laporan asing  yang  berpengkalan di  London, berkata   dalam  keluarannya  Khamis  dulu, sambil memetik satu sumber daripada  tentera Israel.  Sumber Israel itu  menyebut bahawa pesawat pejuang  Israel  sudah pun ditempatkan  di  Turki   bersedia  untuk  melancarkan serangan  udara  Iraq  mengikut arahan  perdana menteri Israel Ariel Sharon.

Sumber itu menyebut  Sharon   berkemungkinan   melancarkan serangan udara  seandainya Iraq melancar  peluru berpandu  ke arah Israel seperti mana  yang  dilakukannya  ketika  Perang Teluk  (ketika Iraq  menakluk Kuwait)

Harus disebut di sini,  Israel tidak pun membalas serangan  Iraqi   ketika  itu di atas permintaan A.S.  Kali ini mengikut Sharon,  seandainya  Iraq menyerang lagi, serangan balas yang dikuatkuasakan tidak akan didahului oleh satu  perundingan  dengan  A.S.  Demikian  laporan sumber yang    mempunyai hubungan   rapat dengan  kumpulan  ‘JANES’. Namun,   majalah itu tidak pula  menyebut  di mana  pesawat Israel itu disimpan  di  Turki.

Di sini juga harus dirakamkan bahawa Turki dan Israel  mempunyai  satu perjanjian  pertahanan  yang  membolehkan  pesawat  dua negara itu  disimpan  di pengkalan   sekutunya.

Tamat.

Hits: