Asas Pedoman Kepimpinan II

Asas pedoman kepimpinan 1

Assalamualaikum. Selamat bersua kembali.

Hari ini apa kata jika saya bawa teman sekelian meneliti dan memikirkan tajuk kedua saya:

Bahagian II: Mengreformasikan Pemerintah & Kerajaan

Tajuknya mudah di sebut tetapi tidak semudah dipraktikkan. Mungkin ada sebahagian teman seperjuangan kita yang tidak bersetuju pendekatan saya ini malah lebih berminat memilih 'menukar kerajaan lama kepada kerajaan baru 100%' dengan apa cara sekalipun. Kepada mereka yang berminat menubuhkan kerajaan 100% baru, saya cadangkan golongan ini jangan menggunakan perkataan 'reformasi' lagi, saya mencadangkan lebih elok menggunakan  slogan baru berbunyi 'Mengevolusikan Kerajaan'....apa macam setuju?

Fahaman sebenar reformasi ialah perubahan. Apakah bentuk perubahan yang ingin kita lakukan? Rujuklah kembali kepada asas perjuangan bahagian I. Demokrasi tulen dan Islam dalam pemerintahan merupakan dua elemen utama perjuangan kita. Dalam bahagian selanjutnya saya akan huraikan pula dua elemen ini.

Adakah suasana teramat cemas sehingga pemerintahan negara sekarang ini perlu segera direformasikan dengan dua elemen di atas? Bukankah negara ini sememangnya negara demokrasi berparlimen, dipimpin oleh Perdana Menteri Islam apatah lagi baru-baru ini beliau mengisytiharkan negara ini sebuah negara Islam. Nah! apa nak lagi......semuanya dah lengkap! Jadinya kenapa masih bercita-cita sangat nak tumbangkan pemerintahan sekarang ini?

Saya akan berkata perlu dan amat perlu pemerintahan sekarang ini direformasikan. Kita semua mesti komited walaupun proses reformasi itu nanti mengambil masa satu abad. Faktor paling utama betapa perlu pemerintahan sekarang ini di reformasikan  kerana ianya dikuasai dan di uruskan oleh orang-orang yang fasik! Maknanya negara ini di perintah oleh orang-orang Islam yang tidak mengamalkan Islam dalam pemerintahan. Rasuah, dusta, bohong sana-sini, fitnah, korupsi, haram di halalkan, murtad diperlekehkan, menghina hukum agama, Al-Qur'an, Nabi dan Ulama  sememangnya permainan orang-orang fasik. Apabila mereka menyukai perkara-perkara tadi maka jiwa rohani mereka juga tidak ikhlas dan suci. Mereka tidak boleh di jadikan teladan kepada generasi baru kita. Tunjukkan kepada saya seorang pemimpin UMNO bersih daripada sikap fasik? Jangan terkejut kerana semuanya fasik. Dalam kerjaya, mereka tidak ada nilai-nilai keadilan, tiada nilai murni dan harmoni sesama manusia termasuk yang bukan Islam. Golongan fasik ini berpendapat buat dosa dulu nanti bila hampir nak mampus bolehlah taubat nasuha kepada Allah s.w.t

Satu kesilapan besar sistem demokrasi kita ialah memberi sepenuhnya kepada Perdana Menteri menguasai kuasa eksekutif negara sehingga Raja-raja Melayu dan parlimen boleh tunduk kepadanya. Apatah yang lainnya terutama badan perundangan negara yang menjadi tulang belakang sistem keadilan negara dan juga badan kepolisian sebagai tunggak keselamatan negara. 

Oleh itu adakah demokrasi negara ini semakin terhakis?

Bersambung di lain hari.

Dr.Yusof MD