Pinjaman IMF  untuk Turki  dilencongkan  kepada Industri   ketenteraan  Israel
(IMF Loans for Turkey transferred  to the  Israeli Military industries)

Turkey-Israel, Politics 24/11/01.

Laporan akhbar Turki  pada   Jumaat lalu  menyebut  bagaimana  pinjaman  daripada IMF (International  Monetary Funds)  kepada Turki yang selama ini  disebut-sebut oleh  menteri  ekonomi Kamal Darwish  akan tiba,  untuk menyelamatkan  negara  daripada dibanting oleh   ekonomi  yang  merudum,  rupanya telah  digunakan untuk   menyelamatkan  beberapa  syarikat   industri  ketenteraan  Israel, dan bukannya  untuk  memulihkan ekonomi Turki.

Akhbar harian  Turki ‘Millet’  berkata   ia menjangkakan  sekitar USD 700 juta dollar daripada  pinjaman IMF itu  akan  dikirimkan  kepada  syarikat  pembuat  Israel yang  berkenaan. “AMA”, begitulah syarikat  Turki itu,  dan pinjaman  Turki akan  menyelamatkannya  daripada  dihenyak  krisis  kewangan   yang  pernah ditanggungnya  untuk  begitu  lama.  Kemudahan ini   diberikan  melalui satu  perjanjian   yang akan ditandatangani  antara  kementerian  pertahanan Turki dan  syarikat  yang disebut  namanya tadi  untuk  membolehkan   pengubahsuaian  kepada  170 buah   kereta kebal  yang digunakan oleh  angkatan tentera Turki .


Akhbar itu menjelaskan  bahawa  syarikat Israel itu  akan menerima sebarang  syarat   daripada   ketua  turus angkatan  tentera  Turki  untuk  menurunkan  harga tawaran tender (yang asal),  dan  memperuntukkan  beberapa   bahagian  kepada  beberapa  syarikat Turki. Kemudian Turki  dan Israel  akan  menandatangani  perjanjian itu  yang belum  pernah dimeterai sejak bermulanya   Millennium baru.

Tamat.,


Hits: