Bush:  ‘Bersedia  Dengan Berita  Kematian'

(Bush:  Be Prepared For loss  of Life)

CBS  News

 

 

WASHINGTON:  Peperangan  memerangi  keganasan  di Afghanistan  (dikatakan) telah berjalan  dengan sungguh memuaskan  sehingga  pegawai AS merasa liat  untuk  memperakukan adanya  anggota  tentera Amerika  yang  mengalami kecederaan.

 

Beberapa anggota  tentera  AS   mendapat kecederaan  Ahad lalu  disebabkan bom Amerika, demikian kata pegawai  Pentagon.

 

“Kecederaan  yang  ditangung  memang serius, dan tentu sekali kita mengharapkan mereka akan cepat sembuh,” kata Gen. Richard Myers, pengerusi  lembaga  ketua  turus  tentera. 

 

Sekitar satu  dozen  askar  pasukan khas berada  dalam sebuah  kota bikinan  abad ke-18   di pinggir  Mazar-e-Sharif  yang digunakan sebagai penjara  kepada pejuang  Taliban yang telah menyerah diri, dan di situlah   berlakunya  peperangan.  

 

Menurut  Myers, sebutir  bom  A.S telah tersasar  jauh,  menghunjam   kawasan  yang dikawal oleh  pasukan munafik Pakatan Utara dan   mencederakan  lima orang askar Amerika  dan  beberapa   orang  askar British.

 

Selama  ini pegawai A.S. memang  telah menaruh harapan   dapat  mengelakkan berita  kecelakaan dan kerana itu tidak pun   bercakap  lama mengenainya  pada sesi  taklimat Pentagon pada  hari Isnin.

 

Kisah   askar Amerika  yang tercedera itu  hanya  dibuat  sebagai  perbincangan ringkas sahaja  setelah  para wartawan ditunjukkan  satu  video  yang  mengena kota lama itu   dan  memusnahkan bangunan yang  dikuasa oleh Taliban.

 

Presiden George Bush berkata  rakyat Amerika tidak boleh  mengelak terbabit dengan peperangan  membasmi  keganasan ini, walaupun  ada anggota tenteranya yang   menemui kecelakaan.

 

“Amerika mesti bersedia dengan  kematian,” kata Bush. “Saya  percaya rakyat  Amerika akan faham bahawa  kita mempunyai satu  perjuangan besar  yang memerlukan  pengorbanan.”

 

Hits: