Pakistan Tidak Akan Sokong  Serangan  Darat  Amerika

(Pakistan Says It Will Not Support US  Ground  Troops)

Oleh: Mariana Baabar – The  News – Pakistan. 27/11/01

 

 

 

ISLAMABAD -  Pakistan telah menyatakan Isnin lalu, dengan tegasnya, bahawa  ia tidak  menyokong  pengerahan komando  AS  dan  lain lagi anggota  tentera   yang telah  mendarat di pengkalan udara   Afghan  di pinggir  Kandahar pada  26 November.

 

“Dari awal  dulu  lagi Pakistan telah menyatakan  bahawa ia  tidak akan berkongsi   bahan risikan, menyediakan  pengkalan udara,  ruang angkasa dan  laluan  untuk pesawat   pasukan  sekutu  dan  sokongan logistik kepada mereka. Kita  tidak berganjak  dalam perkara  ini,” demikian kata  General  Rashid Qureshi, seorang  jurucakap  tentera,  memberi  taklimat  kepada  jabatan asing. Namun, katanya,  Pakistan tidak akan menarik sokongannya  terhadap  A.S.

 

Dia telah menjawab  soalan  mengenai  ratusan  komando AS  yang mendarat  di pingir  Kandahar.  Lapuran   media asing  melaporkan   kehadiran komando yang bertujuan  memberi rangsangan ‘psikologi’ kepada  puak  Pushtun yang  bersikap anti-Taliban, di samping  usaha  utama mereka -  menangkap  Osama bin Laden dan  ahli   jaringannya  (Al-Qaeda), yang dipercayai  masih berada  di  Kandahar.

 

Walau bagaimana  pun, Qureshi berkata  dia tidak dapat  mengulas  kenapa  komando AS  dikerahkan  di pinggir  Kandahar, kerana  ia  merupakan sebahagian  taktik  pasukan  bersekutu. Sebelum itu,  dia mengakui  bahawa Pakistan tidak diberikan  maklumat seperti  ini.

 

 

Apabila  disoal mengenai reaksi Pakistan  terhadap   penyusupan  anggota al-Qaida  ke wilayah  Pakistan  daripada  sempadan Afghanistan, General itu berkata:  “Kami tegas dengan  pendirian bahawa tidak ada  pergerakan   menyusupi  Pakistan. Seandainya ada juga  yang  melakukannya, undang-undang  akan menentukan hukumannya.  Tindakan  secukupnya telah  dilaksanakan  di sempadan, dan  pemantauan sudah pun ditingkatkan.  Askar biasa sudah pun  dikerah  untuk  membantu pasukan  yang  lama bertugas di sempadan dan setiap  laluan  memang  sentiasa diawasi.

 

Qureshi  mengesahkan   beberapa kawasan  di Pakistan yang telah  dibom oleh   AS, tetapi  tidak menyebabkan sebarang bencana. Apabila disoal kekerapan  kawasan Pakistan  yang kerap dibom, dia menjawab:  “Mereka bukannya sengaja  menggugurkan  bom itu  di Pakistan. Ini  adalah  bom yang  tersilap  sasarannya, setakat sepuluh ela  di luar kawasan Afghanistan.”

 

 

Namun, Pakistan dijangka   membangkitkannya   dengan rakan sekutunya. “Kami memang sentiasa berhubungan dengan  rakan  sekutu. Kami harap perkara  ini akan diambil kira,” katanya.  Apabila disoal lagi, dia menjawab tidak mungkin sebarang pengeboman  itu  akan menjejas  bangunan  strategik Pakistan.

 

Jurucakap  Jabatan Luar berkata apabila disoal,  bahawa Pakistan  telah  pun mengemukakan beberapa  soalan  kepada  ICRC (Palang  Merah Antarabangsa)  dan  PBB  mengenai  pembunuhan   terbaru di  Mazar-e-Sharif  yang   melibatkan  ramai warga  Pakistan.

 

 

“Kami telah menyatakan bahawa   tahanan perang  harus  dihormati mengikut undang-undang sejagat.  Inilah  yang ditekankan . Majlis keselamaan PBB. Tetapi kita tidak ada  butiran lanjut  insiden itu.Kami telah meminta  ICRC dan PBB  menyelidik apakah ada  warga Pakistan  yang terbabit dan  kami mahukan  butirannya,” kta  Khan.  Ditanya  apakah ada  pertemuan dengan Pakatan  Utara secara rasmi ataupun tidak,  Khan berkata  tidak ada sebarang  pertemuan  yang pernah  dilaksanakan.

 

“Namun kami mempunyai  hati terbuka untuk perjumpaan  seperti ini dengan semua  pihak  Afghan. Saya pernah  bermesyuarat  dengan   semua pemimpin Pakatan  Utara   empat tahun dulu, dan kami memang  berhubungan dengan  semua  pihak. Ada segelintir  pemimpin  munafik Pakatan Utara  itu  seperti  Haji Qadeer  dan   yang  kini berada di  Bonn datang ke Pakistan  walaupun kami tidak  bermesyuarat dengan  mereka,” kata  Khan.

 

Apabila ditanya apakah  yang diharapkan oleh Pakistan  dalam pertemuan  di Bonn, Khan telah menjawab:   “Keamanan di Afghanistan  adalah satu  petanda baik  untuk Pakistan. Kami idamkan satu  kerajaan  peralihan  yang stabil secepat mungkin, yang akan  menyekat   penghijrahan  pelarian  manusia  di negara ini. Apabila  berlaku  pemulihan dan  pembangunan semula, tiga juta  pelarian   di sini  tentu akan pulang  semula.”

 

 

Khan telah menyebut  Lakhdar Brahimi (wakil PBB)  pernah  berunding dengan  Pakistan  mengenai persidangan  Bonn ketika  dia  berbincang panjang di  Islamabad. “PBB  telah menghantar  jemputan mereka secara terus,” katanya kepada satu soalan. Khan juga  berkata harapan Pakistan agar persidangan itu   mencapai kejayaan  dan  memberikan peluang  kepada orang Afghan.

 

“Mereka seharusnya  melupakan segala perselisihan  lama yang  menjerumuskan Afghanistan. Mengikut  resolusi  PBB, sebuah  kerajaan  yang melibatkan semua  kaum  diperlukan  untuk  menjadi asas  hasil kejayaan,” katanya. Menyentuh  perwakilan  Pashtun di Bonn,  Khan berkata  tidak pun ada  sebarang  bancian  untuk satu  waktu  yang lama tetapi mengikut taksiran,  terdapat antara 55 hingga 60% Pashtuns  dan 15-20 peswen Tajik dan  kumpulan  yang  lain.

 

“Semua kumpulan etnik  seharusnya  berpuas hati dengan  persidangan  itu seperti juga  dengan   kerajaan  yang baru  nanti,” katanya. Apabila  ditanya apakah Pakistan berpuas hati dengan   perwakilan Pashtun di Bonn, Khan berkata bahawa Islamabad  tidak mempunyai   senarai nama   mereka  yang  bersidang,  kerana  PBB  akan  mengeluarkan nama-nama perwakilan  itu semua. “Hanya selepas itu  kami dapat  berkata apa-apa  sama ada  ia mencukupi ataupun tidak. Tidak perlu kita  bersikap pesimis  kerana masyarakat antarabangsa  menyokongnya,” kata  beliau. Sambil   membuat komen  mengenai  pertemuan di Islamabad pada  hari Selasa  ini, Khan berkata bahwa  persidangan mengenai   pembangunan-semula itu   telah ditaja  oleh  Bank Dunia.

 

Tamat.

Hits: