Semua  Untuk Satu, Yang Satu  Untuk Minyak Itu

(All For One, And One For Oil)

oleh Daniel Cave/ Salon.com

http://www.workingforchange.com/

 

 

 

11.10.01.  Pertalian  pentadbiran Bush dengan industri minyak dan gas adalah sedalam  telaga  minyak  di tengah  laut.  Keluarga Presiden Bush elah lama menguruskan  syarikat minyak sejak 1950 lagi. Timbalan Presiden Dick Cheyney  telah  menghabiskan masa  di akhir 90-1n  sebagai CEO (Chief Executive Officer) Halliburton, sebuah syarikat  perkhidmatan industri minyak yang TERBESAR di dunia. Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Condoleezza Rice adalah salah seorang  anggota lembaga  Chevron,   yang  menyemadikan  nama beliau pada  sebuah kapal membawa minyaknya.  Setiausaha (Menteri)  Perdagangan  Donald evans pernah menjadi CEO kepada Tom Brown Inc. – sebuah syarikat  gas  yang mempunyai  kawasan  penggerudian di  Texas,  Colorado dan Wyoming.

 

Pertalian  itu semua  tidak  berakhir  dengan peribadi  yang  ternama. Keluarga  Osama bin  Laden dan beberapa ahli  istana Arab Saudi telah banyak menyumbang kepada peneguhan  usaha  perniagaan  keluarga  Bush, termasuklah di waktu  industri  tenaga Amerika   bertungkus lumus  membantu  Bush  untuk menang  pilihan raya (menjadi gabenor Texas dan  presiden Amerika).   Dari sepuluh  penyumbang terbesar  kepada kutipan dana  untuk  mengongkosi  program  pilihan raya  Bush, enam penyumbang itu  mempunyai  pertalian dengan   perdagangan  minyak  ataupun pernah  terlibat dalam  industri  itu, demikian  laporan  yang  disebut oleh ‘Center for Public  Integrity’.

 

“Memang tidak dinafikan bahawa ini (pentadbiran Bush  di White House) adalah satu pentadbiran  industri  minyak,” kata Peter Eisner, seorang  ketua  pengarah  sebuah pertubuhan NGO yang  membuat kajian  terhadap  kempen kewangan Bush. “Anda tidak boleh   membincangkan kerjaya  George Bush  Sr. (bekas presiden) ataupun anaknya  yang  menjadi presiden sekarang  tanpa bercakap mengenai  industri  minyak.”

 

Akan tetapi, ada perkara  lain  di sebalik setiap percakapan itu – keperluan menentukan  dengan jelas bagaimana pertalian kepada  industri minyak dan  gas membawa kesan kepada   dasar pentadbiran  dalaman  dan  juga  luar negara adalah  satu   perkara  juga. Berapa besarkah  cengkaman  pengaruh   industri  minyak  itu? Apakah  pengeboman Afghanistan itu sebahagiannya  -- seperti tohmahan  ramai pengkritik – satu usaha industri minyak mahu  menyediakan satu  laluan  paip gas  dan  saluran paip  minyak?  Apakah pentadbiran Bush  berupaya  bertahan  mengelak daripada  bergocoh  dengan   Arab Saudi?   --  negara  asal  kepada (apa  yang dikatakan) 15 dari 19  perampas pesawat  udara --  kerana  tidak mahu  menyusahkan  Exxonmobil dan  beberapa  syarikat minyak yang lain  yang  mempunyai pelaburan besar di sana? Ataupun   lebih menganehkan, apakah  hubungan baik dan erat antara Bush dan keluarga istana Saudi  mampu  menambah tekanan  terhadap Israel untuk  mempersetujui  satu  perundingan  damai?

 

 

Apakah  semua  ini  begitu  mudah  lenggoknya? Sejak  Peperangan  Dunia  Kedua, industri minyak   kerap diperalatkan  oleh  kerajaan AS sebagai  sasaran dasar  luar  negara, dan  bukan sebaliknya. Semua   presiden  telah   secara amnya  memahami kepentingan  ekonomi minyak, peranannya sebagai   pelicin  yang  memacu  kapitalisme. Malahan, pentadbiran yang  paling  konservatif   selalu  memberi penekanan  kepada   matlamat geopolitik – contohnya  ialah  pengekangan  kuasa dan pengaruh Soviet Union – dengan  menyisihkan  kepentingan   industri  minyak.  Beberapa  rencana  tenaga  pentadbiran Bush menunjukkan betapa pentadbirannya  tidak akan mengambil jalan lain  daripada  tradisi  bertolak ansur ini.

 

Masalah yang terdapat pada  tradisi  ini  menunjukkan  bahawa apa yang disebut “cheap  oil strategy” (strategi  minyak  murahan)  kelihatan semakin jelas  sebagai satu kegagalan. Konsep bergantung  kepada  keluaran minyak di seberang laut sudah menunjukkan peningkatan sejak  dekad yang  lalu – sama  peningkatannya  dengan  sentimen anti-Amerika  yang membuak di dunia Arab  -- membuatkan   pembekalan  minyak  asing  kelihatan semakin  kurang selamat.  Lagi pun, beberapa bentuk dasar negara yang  mendesak diwujudkan cara penyimpanan dan pembangunan  sumber tenaga yang boleh dikitar  nampak semakin  menonjol, kalau pun  dianggap  masih tidak perlu.

 

Demikianlah kedudukan  keadaan   yang  menjadikan  pentadbiran Bush begitu penting,  bukan  disebabkan  rencana persekongkolan Bus-Cheyney  mahu terus  mengganyang Iraq untuk  memberi  keyakinan dan laluan yang selamat  kepada  ExxonMobil, (walaupun  perkara itu  adalah bukan dianggap  sesuatu  yang  sungguh menjaminkan) tetapi  inilah dia  kumpulan  manusia  di dunia  ini yang diharap dapat melakukan perubahan  kepada pelbagai persoalan  yang  ada sangkut-paut  kepada  sumber tenaga.  Semua  rakan dan taulan mereka,  kewangan, dan pendapat dunia  mereka  adalah  dipacu  oleh  pelicin  berminyak.

 

 

Hubungan Bush  kepada industri minyak tidak pula  bererti  bahawa industri minyak  menentukan  hala-tuju  dasar  luar  negara. Tetapi ada satu bentuk jaminan yang mereka sarankan  bahawa tidak ada  sebarang   pertukaran dalam dasar   tenaga Amerika.  Selagi Bush dan Cheyney  berpengaruh   di  persada  kuasa, penggunaan  minyak  secara banyak  akan terus terpasak.

 

Kemesraan  minyak dan politik  adalah satu  tradisi keluarga Bush. Selama beberapa  generasi, keluarga dan sahabat mereka   telah bergelumang dalam industri   tenaga, dengan berulang-alik di beberapa  bilik  persidangan  pengarah  syarikat  minyak  dengan  ruang  legar  di Washington.

 

Datuk  kepada  presiden Bush sekarang,  telah  melakar corak industri  minyak Amerika. Sebelum dia memenangi  kerusi  senate Connecticut pada 1952,  dia telah membantu anaknya George Bush (bekas presiden Amerika selepas Reagan) menerima  sumbangan sebanyak  $350,000   dollar  untuk  memulakan satu syarikat minyak yang dinamakannya Zapata Petroleum.

 

 

Ketika Bush  masih menjadi senator dulu  dia  telah  mencongak   perihal industri  minyak dan  peranan  anaknya ketika dia berada di Washington. Mengikut yang ditulis oleh  Herbert Palmer,  “George Bush: The Life of A Lone Star Yankee,” ada satu sumbangan  paling besar  yang muncul satu tahun setelah  Bush menjadi  seorang  senator. Ketika itu  dia telah membentang satu  ura-ura   untuk kerajaan pusat    menarik cukai daripada  perniagaan seberang laut  - termasuk minyak -  untuk  menyumbang  kepada satu tabung dana kerajaan pusat  untuk  pendidikan. Atas nama hak  asasi   perdagangan  setiap  negeri  dan  perniagaan bebas,  rang undang-undang itu   telah  gagal diluluskan. Inilah yang membantu  syarikat  minyak termasuk Zapata  untuk berkembang  maju. Malahan,  sejurus  selepas gagalnya   pembentangan rang undang-undang itu, Zapata melompat menceburi usaha  penggerudian  di  kawasan  samudera – dan   berkesudahan  dengan   Zapata menjadi  satu  usaha  perniagaan  yang  paling berjaya.

 

Ketika  minyak  naik melompat  pada 50-an sehingga 60an dulu  keadaan keuntungan  yang melimpah ruah itu  memberikan   peluang  kepada George Bush untuk  menyauk keuntungan  yang besar. Sekaligus dia  mengenali lebih ramai  kawan, terutama sekali james baker, yang kemudiannya  menjadi  seorang  peguam kepada syarikat  minyak milik Bush  pada 1963,  selepas menyatukan  Zapata  dengan Penn untuk  bertukar nama  menjadi Pennzoil.

 

 

Kemudian, Bush  membawa bersama kawan-kawannya   ke Washington. Mula-mula  dia  menjadi seorang  ahli Dewan, kemudian menjadi   ketua kepada Jawatankuasa  Republican National dan naik setakuk menjadi timbalan presiden sebelum naik terus teratas menjadi seorang presiden. Ketika itu dia  tidak memilih ramai  orang  yang  berkaitan dengan industri minyak untuk  menganggotai  pentadbirannya seperti yang dilakukan  oleh  anaknya.  Namun, seperti juga  Prescott Bush,   tidak pula  dia  mahu berkecuali  dalam hal ehwal minyak  dan menggunakan kuasa  untuk  meraih  peluang  menonjolkan  industri  itu. Peranannya yang paling terserlah   menguntungkan  industri minyak  bermula  pada  1981. Ketika  beliau  memegang   pangkat sebagai  timbalan presiden kepada Ronald Reagan, dia bertindak  menyongsang  pendirian Rumah Putih  dan  pergi  melawat Arab Saudi  untuk merayu  agar dihentikan  penggelonsoran  harga  minyak. Namun, Bush  mempertahankan tindakannya  itu dengan berkata  bahawa dia  hanya  melindungi   kepentingan keselamatan Amerika secara melindungi  pengeluar dalam negara, yang mempunyai  kos yang lebih  tinggi berbanding  pengeluar  di  Teluk Parsi. Tetapi  harga minyak yang tinggi, memberikan  keuntungan lain pula: dengan melindungi  industri pekerjaan  dalam negara,  ia  membantu  memperkasakan  kempen  yang bermula di Texas pada 1980, untuk  menjulangnya  menjadi  presiden.

 

Harga minyak yang tinggi  juga membantu secara  jelas anak Bush, George W. Bush yang memulakan kerjayanya  pada 1978 – 12 tahun  seleps ayahnya   menjadi ahli  Kongres Amerika  -- dan ketika  itulah  beberapa   orang rakan ayahnya   melabur  dalam satu  syarikat minyak yang dinamakan ‘Arbusto’  (perkataan Sepanyol ini sama maknanya dengan perkataan ‘Bush’ dalam bahasa Inggeris, yakni ‘semak-samun’  laaaa!!!!   Soalannya sehingga kini apakah yang dia  semak dan apa pula yang dia  samun? Semacam  seorang  kawan barunya  yang sudah  menjadi diktator  sejak 20 tahun lalu  di  rantau ini laaa!!!!). Berbeza dengan ayahnya, George W. Bush telah menguruskan syarikat itu  dengan akaunnya  sentiasa berdakwat merah. Seperti yang didedahkan oleh   Joe Conason dalam  tulisannya di Harper’s, tahun lalu,  sebelum pilihanraya presiden bermula,  pelabur asal  syarikat itu  dan ramai orang lain  telah menyumbang dana untuk mengapungkan syarikat itu sebanyak tiga kali. Tetapi  akhirnya setelah  jelak dengan proses penyelamatan itu, syarikat itu telah bergabung dengan Harken Energy  pada 1986, dan  ini telah melengkapkan  petanda  betapa   berpengaruhnya Bush  dengan pucuk pimpinan  negara.  Dua tahun selepas  pergabungan itu, Abdullah Taha Bakhash, seorang bekas  pengarah jabatan  cukai pendapatan Arab Saudi, telah membeli 11 persen  saham Harken  melalui syarikatnya Traco International.  Pada tahun yang sama Harken  menang satu kontrak  menggerudi minyak  di Bahrain.

 

 

“Harken tidak mempunyai  sebarang pengalaman peringkat   antarabangsa ketika  itu,” kata Eisner di Centre for Public Inegrity (CPI)  yang menerbitkan satu  laporan  yang terperinci   bagaimana Bush  naik melonjak  dalam satu tajuk yang berjodol “The Buying of The President: 2000” (Bila Wang Menentukan Presiden: 2000).  Eisner menyebut betapa “Itulah pertama kali mereka  berdagang di luar negara.”

 

Beberapa  laporan  akhbar  ketika itu  mempersoalkan motivasi Bahrain. Malahan  Wall Street Journal yang selalunya  suka berdiam dalam hal itu telah melaporkan pada 1991 betapa kontrak itu  “adalah satu usaha  untuk  menyedapkan  seorang anak presiden.”

 

Keluarga Bush telah  menafikannya   dengan berkata bahawa kontrak itu  diperolehi dengan sah. bagaimana pun, kontrak  di Teluk Parsi itu  melonjakkan Bush  untuk berhubungan rapat dengan  kumpulan elit  istana Saudi dan melakar satu laluan  kencana yang  sungguh  pantas dan  sungguh berharga.

 

“Perkara itu bukan  merupakan satu  hal kontrak sahaja,” kata Eisner. “Iaada sangkut paut kepada kisah Harken  menjadi satu alat   yang  memperkasakan ‘Texas Rangers’ (satu pasukan  permainan) dan persiapan untuk  menjadi gabenor Texas. Ini bukan perkara kebetulan. Perjanjian  kontrak di Bahrain adalah   merupakan tiang seri  kepada  kehidupan  Bush.”

 

 

Beberapa pakar  mencadangkan perkara itu  tidaklah sesuatu  yang buruk, apabila satu keluarga  presiden yang memang pakar dalam industri minyak terbabit  dalam kontrak semacam itu. Lagi pun  minyak adalah komoditi penting   yang menyumbang  kepada  keselamatan negara  dan  ekonomi  dalam negara. Soalnya, Bush sudah menjadi begitu taksub  untuk menjadikan kepentingan minyak sebagai  teras yang menentukan  dasar tenaga dan persekitaran  negara.  Selepas menerima sumbangan yang berjuta banyaknya  daripad a industri minyak  ketika  berkempen untuk menjadi  gabenor Texas,  dia telah  meluluskan  perundangan  yang memberikan pengecualian cukai kepada pengeluar bahan tenaga  tempatan, dan pada 1997,  dia membenarkan  mereka  untuk  menulis  draf undang-undang  mereka sendiri. Apabila dia mengetahui  bahawa  agensi  kerajaan negeri Texas mahu  merencana  menyekat janakuasa eletrik yang dibina sebelum 1971  dikecualikan  daripada  perundang  pencmaran alam negeri itu, Bush telah  mengajak dua orang  pakar  menyediakan satu   rencana alternatif:  Vic Berghini daripada  Marathon Oil Inc. Dan Ansel Condray seorang  pegawai daripada  Mobil.

 

 

Rencana alternatif itu  mencadangkan satu   program  penyusutan keluaran pencemaran secara sukarela yang tidak akan mendera  syarikat yang  mengingkari   kawalan ketas. Sudah tentu  program itu gagal. Satu kajian yang dilaksanakan oleh  ‘Environmental Defense Fund’ (Dana  Perlindungan  Alam) yang diterbitkan enam bulan selepas Bush   mengumumkan program nya  mendedahkan betapa hanya tiga syarikat  dari  sejumlah 26 syarikat minyak   yang betul-betul telah mengurangkan  keluaran  asap yang mencemar. Dua thun kemudian, disebabkan tekanan  masyarakat Bus  telah meluluskan satu  rang undang-undang menghendaki   janakuasa mengurangkan  kepulan asapnya  sebanyak separuh yang sedia  ada, sebelum 2003. Namun ada pengecualiannya, segala  permohonan  yang diminta oleh  industri itu  masih dikekalkan.

 

 

Kisah politik Bush  memang  disokong-kuat oleh  masyarakt  minyak baik di dalam kerajaan  mahupun  di pihak swasta.  Bush  terus menggunakan kuasanya  sebagai seorang presiden  untuk membantu kawan-kawan dalam industri minyak, sedangkan Cheyney menggunakan pengalaman dan hubungan lamanya dalam kerajaan dulu  untuk memperbaiki   temboloknya.

 

Iraq sudah  dijadikan satu  contoh  yang sungguh dramatik. Sama ada secara sedar ataupun sebaliknya, Cheyney telah melanggar tata susila  peribadinya   untuk  menaikkan keuntungan   syarikat minyaknya.  Pada Ogos 2000,dia telah memberitahu  Sam Donaldson, bahawa, sebagai  ketua  Haliburton,  “saya mempunyai satu pendirian  tidak akan mengapa-apakan Iraq,  termasuk  melakukan sesuatu  yang dianggap  sah daripada kaca mata undang-undang.” Namun, seperti yang didedahkan oleh Financial Times,  Cheyney  telah merestukan  penjualan  kepad Iraq   yang  bernilai $23.8 juta dollar  pada 1998dan  1999.  Cheyney yang pernah  mengaut gaji bernilai $36 juta dollar  sebelum menjadi timbalan presiden,  sebenarnya telah  menyauk keuntungan yang tinggi  ketika proses menghancurkan Iraq  didalanginya  ketika  menjadi  menteri pertahanan Amerika  ketika  Perang Teluk dulu. Walaupun  penjualan   pelantar minyak dan segala kelengkapannya itu adalah perniagaan  yang  sah,  ada stu resolusi PBB  yang  memberi hak kepada Iraq untuk   membina  semula  industri minyaknya --  penjualan   Cheney itu dibuatnya melalui  anak syarikat  di Eropah “untuk mengelakkan  hubungan tegang  dengan  Washington dan  membahayakan perhubungan mereka  dengan kerajaan Saddam Hussein,” demikian   laporan Financial Times pada 8 November 2000.

 

Cheynehy juga  telah membantu  Haliburton  mendapat  durian runtuh   daripada  pinjaman yang diberikan  oleh  kerjaan  Amerika. Dia berjaya  mendapatkan pinjaman  bernilai $1.5 billion dollar untuk Halliburtgon   berasaskan  skim pembiayaan yang disokong  oleh  caruman cukai -– dan ini adalah  satu pinjaman yang amat besar berbanding $1000 juta dollar yang pernah mereka pinjam  dalam tempoh lima tahun sebelum Cheyney mengambil alih syarikat itu.  Ketika Cheyney menafikan  bahawa lonjakan  Halliburton tidak ada kena mengena  dengan  kedudukannya  sebagai  timbalan presiden,  beberapa dokumen Jabatan Negara  yang diperolehi oleh  Lon Angeles Times  menunjukkan  betapa pegawai kerajaan Amerika telah membantu  mengiklan Halliburton  di Asia  dan juga Afrika. Malahan sebuah anak syarikat halliburton yang bergiat  cergas dalam kelengkapan perang – Brown & Roots – merasakan nikmat kemewahan sebaik sahaja  Cheyney  mengambil alih syarikat itu. Dalam tempoh  1990 hingga 1995, nilai kontrak syarikat  hanya sekitar  $1.2 bilion dollar. Tetapi setelah  Cheynehy mengambil alih  kontrak yang diperolehi  antara  1995 hingga  2000 naik mencanak  sehingga $2.3 billion  dollar.

 

 

Beberpa  pegawai pentadbiran Bush  telah  mendapat keuntungan   daripada  pengalaman  lama mereka   ketika  bertugas dengan kerajaan. Ayah Bush dan  bekas setiausaha negara Amerika  ketika  pentadbirannya,  James Baker  -- adalah  peguam  yang  memperjuangkan Bush  ketika  dia  menghadapi masalah  perkiraan undi  di Florida – kini  bertugas di  Carlyle Group, sebuah  firma  pelaburan  yang baru-baru  ini  menerima pelaburan daripada  keluarga  bin Laden  dan  ahli  keluarga  Arab Saudi yang  lain. Bekas Setiausaha Negara  kerajaan Reagan, George Schultz menganggotai lembaga pengarah Chevron  sebelum kemunculan Condoleeza Rice.

 

Rice menjadi ahli lembaga  Chevron  pada 1991, setelah berkhidmat setahun  lamanya  di Majlis Keselamatan Negara Bush Sr.  Dia telah dibayar  $35,000 setahun  dalam bentuk ‘annual retainer’ (pampasan tahunan),  $1,500  dollar  bagi setiap   persidangan  yang dihadirinya,  dan  kemudahan  membeli saham  bernilai  ratusan ribu  dollar, meningkut  catatan  dokumen yang sahih. Dia dikatakan  telah ditawarkan semua itu kerana pengalamannya dengan  bekas Soviet Union, jauh  lebih lama sebelum pesawat perang Amerika   menabur bom di Afghanistan yang berjiran dengan beberapa negara bekas Soviet  Union itu. Dia banyak menghabiskan masa di Chevron  untuk  kerja-kerja merencana  penggerudian minyak di  Lautan Caspian.  Chevron (bersama Mobil)  sudahpun  mengeluarkan  70 persen minyak yang dikeluarkan di  kawaan minyak  Tengiz di  Kazakhstan, mengikut laporan Ahmed Rashid dalam bukunya  “Taliban”. Syarikat itu sudah pun berusaha  kuat  untuk  merencana pembinaan saluran paip yang membolehkan dipertingkat  pengeluaran minyak. Pada 1993, ketika Rice menjadi anggota  lembaga pengarah,  syarikat itu telah merencana satu projek untuk   membina saluran  paip  menghala  kepada satu pelabuhan Russia  di  Lautan Hitam.  Pihak pembangkang  di Russia  telah  menentangnya  dan  projek itu terpaksa ditunda  kepada satu masa  yang  tidak ketahuan  tempohnya.  Namun, Chevron masih memegang  45 persen saham dalam  projek itu --  setelah diambilkira  hubungan  mesra antara Russia-Amerika, ramai yang  menjangkakan  projek itu akan berjaya  juga akhirnya.

 

 

Hubungan  yang semakin mesra antara A.S dan Iran  akan turut mencerahkan  masa depan Chevron.  Ketika perundingan   mengenai  saluran paip membabitkan telaga  minyak Tengiz itu  gagal beberapa tahun dulu,  Chevron telah  meminta  pentadbiran  Clinton meluluskan  satu lesen yang boleh  ‘ditukarganti’. Keizinan itu  membolehkan minyak  daripada telaga Tengiz  diangkut  dengan kapal  merentasi lautan Caspian  ke Iran, dan sebagai  bayarannya, Chevron dibolehkan  menjual  minyak Iran  yang sama harganya  daripada  Teluk Farsi.  Permohonan dan cadangan itu tidak pernah diluluskan, tetapi  apabila  diambilkira  hubungan baik  Rice dalam hal ini, ramai yang mengsyaki  bahawa Chevron tidak lama lagi akan  memainkan peranan besar dalam  dasar luar Amerika, sama ada di Iran ataupun di  Caspian.

 

 

Para pengkritik pentadbiran Bush  menyatakan bahawa stabiliti rantau Caspian akan  menguntungkan  semua kawan-kawan  Rice di Chevron, dan seandainya dia kembali semula menganggotai  lembaga pengarah syarikat itu.  Mereka juga berpendapat,   usaha  bergantung terus kepada  minyak Saudi  akan  memberi keuntungan kepada  syarikat lama Cheyney  dan  ayah Bush, dan akhirnya presiden akan turut  untung sama apabila  wasiat bapanya  menjadi  kenyataan.

 

Akan tetapi, sudah semakin  terdedah  sekarang  ini, betapa  nafsu serakah syarikat  minyak  mencampuri  perjalanan dasar luar Amerika mencetuskan kesannya. Setidak-tidaknhya,   serangan  pengganas   telah  menumpulkan pengaruh   industri  tenaga.   Sebelum September 11, Arab Saudi telah  dilapor mendesak AS  menekan Israel   untuk bersetuju berdamai dengan   Palestin. Mengikut  laporan   Newsweek, Bush sudah menunjukkan   riak persetujuannya. Tetapi setelah berlakunya  episod ngeri Sept. 11 itu,  kemungkinan  Amerika sanggup   menyetujui permohonan  Saudi itu  telah  menghilang, disebabkan  (apa yang dikatakan)  wujudnya  banyak kaitan  Saudi  kepada serangan itu.

 

 

Dalam hal ini   sejarah laluan pengaruh minyak  terhadap  dasar luar  Amerika   memang  mendasari  laluan  sejarah  negara  itu.  Pengajian semula segala  bahan bukti  yang ada  menunjukkan  betapa masa sebagai penentuannya,  industri minyak itu sudah semakin kehilangan  sengat pengaruhnya. Tetapi itu tidak bererti  bahawa  pentadbiran Amerika yang ada, akan melakukan sesuatu   yang radikal  untuk merubah  pergantungan AS  terhadap  minyak luar negara – lainlah kalau   Bush meniru gelagat  Nixon  mengejutkan China dengan melawatnya, dan menggunakan   hubungan rapatnya dengan industri minyak itu  untuk memaksa persetujuan   terhadap   bahan tenaga  yang boleh dikitar semula  dan  simpanannya.

 

Tamat.

 

 

Catatan: Damien Cave ialah seorang penulis kanan di Salon.

Hits: