UTUSAN MALAYSIA MENYIARKAN PENDUSTAAN ASTORA

Prakata webmaster: Penyiaran artikel ini menunjukkan betapa kita begitu terbuka dalam menilai pendapat orang lain, apa lagi jika mereka amat bertentangan dengan kita. Demi perbincangan 'ilmiah' kita berharap para netters tidak mudah menerima atau menolak sogokan pendapat mereka, kecuali dengan pertimbangan yang amat wajar ~ webmaster 

Oleh: Astora Jabat

TAHUKAH anda bahawa Malaysia terkenal di kalangan negara-negara Arab sebagai negara yang mempunyai beberapa orang Perdana Menteri selain daripada Perdana Menteri yang menerajui pucuk pimpinan negara seperti Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sekarang?

Sebagai contoh, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipanggil Perdana Menteri di negara-negara Arab. Beberapa tahun lalu ada orang Arab bertanya penulis, berapa orang Perdana Menteri ada di Malaysia? Penulis menjawab, Malaysia tidak seperti Kemboja dan ia hanya mempunyai seorang Perdana Menteri.

Ketika itu penulis belum mengetahui bahawa ada pihak memberi erti Menteri Besar sebagai Perdana Menteri dalam bahasa Arab. Penulis baru mengetahui perkara itu ketika menghadiri muktamar tahunan Pas di Kuala Terengganu dua tahun lalu di mana Abdul Hadi diumumkan dalam bahasa Arab sebagai Perdana Menteri Terengganu.

Oleh kerana pada masa lalu ada pihak yang menterjemahkan istilah Menteri Besar ke dalam bahasa Arab secara tidak tepat, maka Nik Aziz dan Abdul Hadi pun dipanggil ra'is al-wizara' di negara-negara Arab, iaitu panggilan untuk jawatan Perdana Menteri.

Malangnya, walaupun kini terdapat ramai orang menyedari bahawa terjemahan itu tidak tepat termasuk Nik Aziz dan Abdul Hadi sendiri, tetapi tidak ada seorang pun yang sanggup membaiki dan membetulkannya. Mungkin ada menteri-Menteri Besar di Malaysia yang diperkenalkan dan dipanggil sebagai Perdana Menteri di negara-negara Arab berasa seronok dengan panggilan itu. Justeru, mereka berasakan tidak perlulah dirobah perkara itu.

Ulasan : Kalau ada kesalahan dalam panggilan Bahasa Arab samada Mentri Besar atau Perdana Menteri ada kesan apa ke??? Matawang jatuh keeee ?….pelabur tak datang ? keee..???  kena serang dek Amerika keee ???Mahathir terdeman sepuluh tahun kee?

Abdul Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Emiriyah Arab Bersatu, Al-Jazeera pada 31 Oktober lalu diperkenalkan oleh pengacaranya, Ahmad Mansour sebagai Perdana Menteri Kesultanan Terengganu.
Sebenarnya terjemahan harfiah terhadap istilah Menteri Besar ke dalam bahasa Arab ialah al-wazir al-kabir atau kabir al-wizara'. Tetapi istilah al-wazir al-kabir atau kabir al-wizara' tidak ada dalam penggunaan bahasa Arab pada hari ini. Sebagai pentadbir tertinggi negeri, sepatutnya Menteri Besar diberi erti al-wali atau ra'is hukumah al-iqlimiah saja.

Ulasan : Saudara Astora nak ajar orang  Bahas Arab keee??? Bagaimana saudara Astora nak ajar kita orang Bahasa Arab ,, Saudara belajar di Mesir pun tak habis… Tak ada Degree .

Abdul Hadi dalam wawancara al-Jazeera itu tidak mahir menggunakan bahasa Arab dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan kepadanya. Selain itu beliau menggunakan Arab tahap rendah yang tidak sesuai sebagai seorang yang ditonjolkan sebagai ulama besar Pas. Penulis percaya anak-anak murid dan pengikut Abdul Hadi yang pernah mendapat pendidikan di negara-negara Arab tidak dapat berbangga dengan kebolehan bahasa Arab tok guru mereka.

Ulasan : Kenapa saudara nak merendahkan ilmu orang lain ???? Pengetahuan Bahasa Arab suadara tu terlalu tinggi keee???   Sekurang2 dia mempunyai Degree dari Madinah Master dari Mesir ??? Saudara Astora ada apa…" telor busuk dari Siam"  ???? Ini yang jadi masalahnya dengan sikap para penyokong kerajaan atau UMNO. Sekira kita kutuk atau merendahkan Dr, Mahathir  melenting marah. Tapi kalo they orang kutuk pemimpin penbangkang wa duh. Sedap mulut saja. Tak ada modal lain kee nak jatuh ken orang. Kalo kita ada pemimpin boleh cakap Inggeris macam mahathir tu,,, kita ada juga pemimpin yg boleh cakap Arab. Apakah Bahasa Arab Hamid Osman ata Hamid Zainal Abidin tu Bahasa Arab tinggi??? ???

Malah jika mereka dapat menilai cara Abdul Hadi melontar idea-ideanya ketika menjawab pertanyaan, tidak dapat tidak mereka mesti berasa lebih tersinggung lagi. Ada kalanya apa yang ditanya oleh wartawan Al-Jazeera perkara lain, tetapi Abdul Hadi menjawab perkara lain. Sesetengah jawapan beliau tidak menjawab soalan langsung seperti mengenai pemimpin politik rendah moral yang berada dalam penjara kini. Begitu juga mengenai Osama bin Laden yang ditanya oleh seorang penonton, apakah orang paling kehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) itu merupakan kesinambungan terhadap Khulafa Rasyidun atau terkeluar daripada Islam?

Ulasan : Jangan kita suka merendahkan kewibawaan orang lain??? Dah desperate sangat kee UMNO nak cari sokongan rakyat. Sampai boleh cakap macam itu. Idea orang lain tak bagus idea lebih baik lagi. Semua negara2 dalam dunia nak belajar dari Malaysia. Seolah2 negara lain dalam dunia nie bodoh sangat. Teknologi kita tercangih dalam dunia dan negara lain tak changih ???????Saudara  ASTORA nak naik cakap sikit kempen macam ini tidak dapat sokongan pun bahkan rakyat rasa BOSAN, MENYAMPAH DAN MELUAT-LUAT. Mahathir pun dalam temuramah TV tidak menjawab soalan pun, orang Tanya lain dia pi jawab lain. Kenapa saudara tak komen??????Takut dengan Mahathir???? .

Beliau menjawab dalam bahasa Arab: ``Haza yahtaju ila intizar'' yang bermaksud, (perkara) ini perlu ditunggu. Seorang penonton berbangsa Ghana mempertikaikan Abdul Hadi yang disebut oleh seorang pemanggil dengan gelaran syeikh iaitu ulama. Ini kerana dia yang pernah menuntut di Malaysia selama lima tahun mengenali Abdul Hadi sebagai ahli politik.

Rakyat Ghana itu juga mengungkit tentang peraturan-peraturan dan undang-undang baru yang mahu dilaksanakan oleh Abdul Hadi ke atas orang bukan Islam termasuk mengenakan cukai kharaj ke atas mereka. Abdul Hadi terang-terang berbohong dengan menuduh akhbar-akhbar Malaysia yang bertanggungjawab menimbulkan perkara itu.

Berikut di bawah ini diturunkan beberapa perkara yang diungkitkan oleh Abdul Hadi dalam wawancara dengan TV Al-Jazeera dan diikuti dengan ulasan penulis terhadap jawapan-jawapan beliau:

Ahmad Mansour mula membentangkan soalan kepada Abdul Hadi tentang kesan ekonomi ke atas Malaysia selepas serangan yang dilancarkan oleh puak pengganas ke atas New York dan Washington pada 11 September lalu dan perang yang dilancarkan oleh AS ke atas Afghanistan pada 7 Oktober lepas.

Abdul Hadi memberi jawapan bahawa memang kedua-dua kejadian itu memberi kesan kepada Malaysia. Abdul Hadi ditanya tentang tindakan Malaysia membantah serangan AS ke atas Afghanistan, apakah mungkin ia menyebabkan pemindahan pelaburan asing ke negara-negara lain seperti Korea Selatan, China, Taiwan dan Hong Kong? Dalam jawapannya, Abdul Hadi mendakwa pemindahan pelaburan asing berlaku sebelum kejadian 11 September lagi. Ini kerana, upah pekerja di China, misalnya, lebih murah daripada Malaysia. Begitu juga dengan Vietnam.

Seterusnya Ahmad menyebut bahawa Malaysia adalah antara sebilangan kecil daripada negara-negara Islam yang mampu merealisasikan pembangunan ekonomi serta pembangunan teknologi dengan pendapatan per kapita melebihi AS$3,000 dolar setahun dan ia dianggap sebagai antara pendapatan per kapita yang tertinggi jika dibandingkan dengan negara-negara Islam lain.

Abdul Hadi tidak berani membantah kenyataan Ahmad itu. Padahal jika dia bercakap di Malaysia sama ada semasa berceramah mahupun ketika menjawab soalan para wartawan, Abdul Hadi yang sangat sensitif dengan isu negara Islam itu sudah tentu akan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Tentang kenyataan kemajuan yang dicapai Malaysia pula tidak ragu-ragu lagi jika ditanya oleh para wartawan di negara ini beliau akan berkata seperti sikap kebanyakan pemimpin Pas, iaitu apakah yang dimahukan daripada kemajuan yang tidak islamik itu.

Soalan yang sama jika dituju kepada Mursyid Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah pasti jawapannya akan berbunyi seperti yang beliau selalu sebut dalam ceramahnya iaitu pembangunan macam itu tidak perlu dibanggakan kerana Firaun pun sejak beribu-ribu tahun mendahului Dr. Mahathir Mohamad dalam membangunkan negara

Ulasan : Kita tidak perlu banga pun dengan kemajuan pembangunan di Malaysia. Ianya tidak dimilki oleh rakyat nya sendiri. Berapa persen yang  rakyat dapat ??. Banyak lagi kampung yang daif. Walaupun kita ada BANGUNAN BERKEMBAR TERTINGGI DALAM DUNIA. Orang luar yang lebih senang dari orang Melayu. Orang Siam pun dia boleh bagi senang di negara ini dari orang Malaysia  sendiri e ????

Malah Nik Aziz juga sering berkata di dalam ceramah-ceramahnya jika mahukan pembangunan seperti Malaysia ini, apakah bezanya dengan yang dilakukan oleh AS dan negara-negara Eropah, Jepun dan lain-lain. Nik Aziz berkata, kita tidak mahu pembangunan seperti itu kerana kita mahu pembangunan mengikut cara Islam.

Bagaimanakah pembangunan cara Islam yang dimaksudkan Nik Aziz? Apakah beliau pernah melakukan pembanguan cara Islam di Kelantan? Jawabnya, tidak ada. Sebaliknya yang ada ialah merebut kayu balak, bersaing membina rumah besar dan membeli kereta mewah.

Ulasan : Kalau lah tidak ada pembangunan seperti yang di dakwa oleh suadara Astora. Saya nak Tanya berapa orang di Kelantan yang telah mati kebuluran di Kelantan atau Terengganu?. Cuba bagi tahu siapa yang di antaranya telah membina rumah besar? Kalau ada rumah yang sampai RM200 juta . Siapa lagi yang beli kereta mewah.? Atau ada yang beli jet peribadi sampai RM200 juta? Siapa di antaranya  lagi ada saham di papan utama yang bernilai jutaan ringgit ? Sepatutnya saudara ASTORA kena detail dan jelaskan siapa, dimana, berapa. Jangan beri General Statement. Semua oarng boleh buat tuduhan yang macam, itu. ????

Ahmad seterusnya menyoal Abdul Hadi tentang saiz pelaburan negara-negara Arab di Malaysia. Beliau berkata, mengikut perangkaan terbaru, jumlah pelaburan negara-negara Arab di Barat hampir mencecah AS$800 juta dolar, tetapi sebesar manakah saiz pelaburan negara-negara Arab di Malaysia?Abdul Hadi tidak menyebut tentang saiz pelaburan negara-negara Arab di Malaysia. Sebaliknya beliau bercakap tentang pelaburan negara-negara Arab di Asia Tenggara yang dianggap amat kecil.

Ditanya pula tentang keamanan di Malaysia di mana Ahmad berkata, biasanya para pelabur mencari negara yang aman untuk melabur dan mereka berhijrah ke negara-negara Barat atas sebab ini. Bagaimanapun, Ahmad berkata, kini berlaku banyak perubahan dalam undang-undang di Barat di mana terjadi sekatan ke atas kebanyakan harta orang Arab.

Yang menjadi persoalan, kata Ahmad, adakah Malaysia mempunyai keamanan yang dicari oleh para pelabur ini? Abdul Hadi nampaknya teragak-agak untuk menjawab soalan ini. Beliau mengaku bahawa keamanan ada di Malaysia, tetapi pada waktu yang sama beliau berkata keamanan terdapat juga di negara-negara Arab dan negara-negara dunia ketiga.

Memang ada negara-negara Arab yang aman, tetapi banyak juga negara Arab yang tidak aman. Begitu juga negara-negara dunia ketiga. Penulis tidak mengetahui bagaimana Abdul Hadi boleh menjawab begitu. Bilakah dianggap Algeria aman? Begitu juga Iraq? Berapakah negara dunia ketiga yang aman di Afrika?

Berbincang tentang keamanan Malaysia, penulis ingin bertanya Abdul Hadi, siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan keamanan yang amat berharga itu?

Sudah tentunya bukan Pas kerana parti itu sentiasa menjadi petualang yang selalu berusaha untuk mengadakan tunjuk perasaan yang boleh menimbulkan kekacauan dan rusuhan. Ini kerana dalam kamus politik Pas, kekacauan dan rusuhan adalah kemenangannya dan itulah yang dilakukan oleh parti itu ketika kemuncak krisis politik tahun 1997-1998 yang membawa Abdul Hadi ke kerusi kekuasaan dalam pilihan raya tahun 1999.

Ulasan : Saudara kena bukti siapa yang lebih petualang ???? Saudara kena buktikan jangan hentam sebarangan sahaja ?? Oh,,,, jadi selama ini rakyat Terengganu pilih Hadi Awang sebagai Menetri Besar kena kekacaun dan rusuhan lah?????

Abdul Hadi tidak dapat menerima pendirian Dr. Mahathir berhubung serangan AS ke atas Afghanistan yang cuba dinilai secara rasional oleh pengacara TV al-Jazeera itu di mana pengacara itu berkata, Dr. Mahathir telah mengeluarkan kenyataan pada 30 September lalu menyeru negara-negara ASEAN supaya tidak menyertai kempen AS ke atas Afghanistan dan ia dilihat sebagai satu cabaran yang jelas kepada AS.
Abdul Hadi mendakwa pendirian sedemikian diambil bagi menjaga pendirian masyarakat umum di Malaysia, lebih-lebih lagi melihat kepada keputusan pilihan raya umum 1999 di mana 60 peratus daripada pengundi bersama dengan pembangkang terutama Pas.

Pemikiran Abdul Hadi masih terikat dengan suasana konflik politik tahun 1997-1998 dan beliau masih tidak sedar bahawa fitnah yang pernah digunakan oleh beliau sehingga mendapat kemenangan pada tahun 1999 itu telah menjadi bahan sejarah. Pas mulai sekarang sehingga tahun 2004 adalah tidak berbeza dengan Pas pada tahun 1997 dan sebelumnya.

Ulasan : Saya cadangkan supaya pihak Utusan Malaysia memberhentikan Saudara Astora Jabat ATAU ASTORA JAHAT  memberhentikan menuLis dalam ruangan tuan. Rencana yang ditulis sungguh memalukan , tidak menunjukkan rencana yang berbentuk ilmiah ( tidak ada ilmu kosong ). Tapi oleh keran dia penjilat Ponggong Mahathir maka Utusan akan membiarkan dia terus menulis dan menulis.????

Hits: