Peperangan Siapakah Ini?

(Whose War  IsIt?)

 

0leh:  Patrick J.Buchanan.  USA Today.  26/09/2001.

 

 

Dalam keghairahan beliau  menjejaki  Osama bin Laden   dan kumpulan pejuang beliau yang  dikatakan  telah   mengganas  pada  Sept. 11, Presiden Bush telah menrima  sokongan   padu  daripada  rakyat  Amerika yang  menyerupai  episod  Pearl  Harbour. Tetapi kini,  Bush sudah disedarkan  betapa peperangan ini tidak boleh berakhir  dengan terpenggalnya  kepala  Osama  Laden  dan  terhumbannya  Pemerintahan  Taliban.

 

 

Satu  surat  terbuka sebagai ingatan  kepadanya   telah  ditandatangani  bersama  oleh  41  orang  pakar  dasar  luar  negara,  termasuk  William  Bennet,  Jeane  Kirkpatrick,  penerbit  ‘The Weekly Standard’ dan ketua  editor  ‘The  New Republic’ -  yang  merupakan  keseluruhan  kumpulan neo-konservatif.

 

Apakah yang perlu dilakukan  oleh Bush  untuk  mengekalkan sokongan  Mereka?  Serang   Hazbullah  untuk  menghancurkannhya, dan  serang balas  Syria dan Iran seandainya  mereka  gagal  memutuskan hubungan  dengan Ebola   dan  menggunakan kuasa  ketenteraan  untuk  menggulingkan  Saddam Hussein. Kumpulan neocon  ini  telah  memberi  amaran  kepada  Bush, seandainya  beliau  gagal  menyerang  Iraq “bererti satu petanda  yang  memungkinkan kita   menyerah kalah  dalam   perang   memerangi  pengganas  sejagat.”

 

 

“Tujuan kami menulis ialah untuk  memberikan sokongan   kami terhadap anda  dalam  melaksanakan  tugas  yang  mesti dilakukan  untuk  menentukan  kemenangan  dalam  perang  ini,” kata  surat  itu  pada  akhirnya.

 

Di situlah terselitnya  satu ugutan  untuk  menarik sokongan  seandainya  Bush tidak  meluaskan  peperangan  untuk  mengambil kira  semua  musuh Israel, ataupun seandainya  dia  meneruskan   pembabitan gabungan  AS-Sekutu negara  Arab yang direncana oleh  Ketua Setiausaha  Negara Collin Powell.  Antara  mereka  yang  turut  menandatangani surat  itu   termasuklah  Richard Perle,  pengerusi   Majlis  Dasar  Pertahanan pentadbiran Bush, yang  merupakan satu  kumpulan  penasihat  penting.

 

Jelas  surat itu  merupakan  satu  bahagian  dasar  perang  yang ganas  yang  mula  meledak di Washington. Apakah peperangan ini  berasaskan rencana  Powell ataupun   Peperangan  Perle ?

 

Satu  keputusan  Yang  Kritikal

 

Keputusan muktamad  Bush nanti  akan  menjadi bahan  sejarah  yang sungguh  kritikal  persis  keputusan muktamad Truman   mengizinkan  MacArthur  menyerang  Yalu, dan  keputusan  FDR  menyekat  kemaraan  angkatan tentera  pimpinan  Eisenhower  untuk membenarkan  Stalin  menguasai  Berlin.

 

Bagaimanakah  presiden  bertindak  masih belum diketahui.

 

Dalam ucapannya  kepada  Kongres  satu minggu  yang  lalu,  Bush  mengumumkan  “Mulai hari ini, setiap negara  yang  menyorokkan  ataupun  menyokong   keganasan akan dianggap  oleh Amerika Syarikat  sebagai satu  regim yang  liar.” Nampaknya Presiden   ghairah  menawarkan pengampunan, ataupun  pelonggaran  bersyarat,  kepada  negara   luar  yang dianggapnya  liar seandainya  mereka  turut  serta  memihak Amerika, dan  menghapuskan  sel pengganas  di  negara  mereka.

 

Malahan Setiausaha  Pertahanan  Donald Rumsfeld  telah memberikan isyarat   betapa  yang penting  ialah  bukan di sebelah mana  negara  luar  itu  memihak, tetapi  di apakah  pendirian  mereka. Pada  hari Ahad, dia memberitahu  CBS: “Apa yang kita  teliti sekarang  ini  ialah bagaimanakah  gelagat negara ini seterusnya.”

 

Pasukan  Powell semakin siap kini. Sama  ada  disebabkan  takut  ataupun  berunsur  opportunis, Linya, Syria, Iran  dan  Kerajaan  Palestine  telah  mengutuk  serangan keganasan  September 11.  Pakistan sudah pun  menyertai  pasukan itu  dan  Sudan  sudah pun  memberikan  kesanggupan  untuk berkerjasama.

 

Seruan agar  peperangan itu diluaskan medannya  sudah mula  diterbitkan dalam media  neo-konservatif. David Tell   mahukan perang  itu  beukan  berasaskan  keganasan  yang  diterima, tetapi  diluaskan  untuk  menyeluruhi “setiap kumpulan ataupun kerajaan  yang  menunjukkan  sokongan ataupun  mengekalkan mereka  di  masa  depan.”

 

Bennet  mahukan Kongres mengisytiharkan perang  terhadap  kumpulan  “Islammilitan” dan   “kuasa  peperangan”  digunakan  terhadap   negara  yang menaja   pelbagai bentuk keganasan seperti  Lebanon, Linya, Syria, Iraq, Iran  dan juga  China.  ‘The Wall Street Journal’  mahukan serangan  “ditujukan terhadap khemah  pengganas  di  Syria, Sudan, Libya dan Algeria, dan mungkin juga  di  beberapa bahagian  di  Mesir.”

 

 

Senarai Mereka

 

Pakar  keganasan, steve Emerson, mencatatkan   Lembah Bekaa di Lebanon  sebagai  catatan utamanya. Benjamin Netanyahu    mengambilkira  beberapa  “Empayar  Keganasan”  yang perlu dimusnahkan itu   termasuk:  Hams, Ebola, “persembunyian  Heszbollah,” dan juga  Iran, Iraq dan  Taliban Afghanistan.  Tom Donelly dan Gary Schmitt daripda  ‘Project  for the New American Century’  mahukan  Iraq  diserang untuk ditakluk   sekarang, "JANGAN TUNGGU  UNTUK  MENGGEMBELINGKAN  SETENGAH JUTA  ASKAR.......cabaran terbesar  ialah  menjajah  Iraq  setelah  pertembungan  itu  tamat.”

 

Buat  masa ini, Bush  menumpukan  perhatiannya  kepada  Osama  Laden dan Taliban. Tetapi, apabila semua  itu  berakhir,  dasar besar  peperangan  dekan  ditentukan:  Apakah kita  musnahkan  persekutuan AS-Arab-Islam ciptaan Powell  dengan  menggunakan  kuasa  Amerika  untuk  menakluki  Iraq? Apakah  kita  ubah  pula  perikatan  itu  untuk  mengisytiharkan  peperangan  Israel sebagai  peperangan Amerika?

 

 

Risiko Yang   Menghantui Pasukan Sekutu

 

Seandainya AS  menakluki  Iraq,  mengbom Ebola dan melancarkan  serangan  terhadap Syria dan Iran, peperangan itu  akan membesar  menjadi  peperangan  dua-benua daripada  Algeria  hingga  Afghanistan. Pada waktu  itu  Amerika  Syarikat akan berganding  hanya  dengan Israel  menentang  setengah dozen negara  Arab dan Islam. Mangsa  pertama  nanti  ialah Arab moderet (sederhana) –Mesir, Jordan, Arab Saudi,  negara  emirat Teluk, yang selama ini telah merupakan  rakan sekutu  kita ketika  Perang Dingin dan  Perang  Teluk dulu.

 

 

Peperangan yang diimpikian oleh  Netanyahu dan neocon,  di mana  Amerika Syarikat dan Israel memerangi  kesemua  negara  Islam yang dianggap radikal itu. Inilah bentuk peperangan  yang diimpikan  oleh  Osama  Laden. Inilah peperangan  yang diimpikan oleh  para  pejuangnya  telah cetuskan selepas  mengaturkan  para  pejuang  untuk  menjunam  Pusat  Dagang Dunia dan Pentagon.

 

 

Seandainya  Amerika benar-benar  mahu dipulaukan,  ia akan  mematuhi kehendak  kumpulan  neo-konservatif.  Kumpulan konservatif, seharusnya  bersatu  untuk  menangani  Presiden Bush  - dan  Jeneral  Powell.

 

 

Tamat.: Pat J. Buchanan  ialah seorang  juru analis konservatif  dan pengerusi  ‘The American Cause’,  sebuah yayasan  pendidikan.

 

Hits: