Petaka  Dari  Angkasa
(Terror from the  sky)


oleh:  Rohan Gunaratna.
Terjemahan SPAR

Serangan  bertubi-tubi  terhadap  lambang  kemegahan Amerika, yang julung-julung kali dilaksanakan   pada  11 September, 2001, telah mendedahkan  betapa  rapuhnya pertahanan negara  apabila digugat serangan  rela-mati. Namun, di  Timur Tengah  dan Asia, terdapat  lebih  240   serangan  rela-mati  di darat dan di laut  sejak  gelombang serangan  pengganas  tercetus  bermula  1968.  Kesannya, negara  yang  diserang  keganasan  berani-mati  ini  terpaksa  memajukan  teknik dan teknologi   menampan   kemungkinan  berulangnya  serangan rela mati baik di  perairan  mahupun  di darat.

Di samping  Israel  dan Sri Lanka – yang setakat  ini  merupakan negara  yang terlalu  tertekan  oleh  serangan  keganasan rela mati -  tidak banyak  difikirkan   cara  untuk  melindungi   sasaran   kemanusiaan dan infrastruktur   daripada  serangan  rela mati  dari udara.  Namun demikian,  masyarakat  keselamatan  risikan Barat  telah  semakin sedar   akan   minat   masyarakat  pengganas  yang  mahu melancarkan  serangan  secara  rela mati  daripada  udara  sejak  hampir  tidak  dekad.

Ini bukannya  pertama  kali

Hanya  satu  usaha   pengganas  yang  mula-mula   menggunakan  pesawat penumpang  untuk melancarkan  serangan  rela mati  dari udara   pada  bulan Disember 1994. Niatnya  ialah untuk  menghukum Peranchis  kerana  membantu  kerajaan Algeria  dan  menarik perhatian sejagat  terhadap konflik di Algeria,  Kumpulan  Bersenjata  Islamiyyah (Groupe Armee Islamique – DIA)  telah merampas   Airbus  A-300,  kepunyaan Air France , penerbangan (flight) 8986 pada Disember 24, 1994.  Daripada  227 penumpang semuanya,  terdapat  40 penumpang  rakyat  Peranchis.  Selepas  perampas  membebaskan semua penumpang  perempuan dan  kanak-kanak, dan  membunuh tiga  orang penumpang,  pihak berkuasa Algeria telah mengizinkan  pesawat itu berlepas  ke  Paris.   Tujuan  sel GIA  yang dipimpin oleh  Abdullah Yahla, alias Abou, berusia 25 tahun, ialah menjunamkan  pesawat itu  ke arah  Eiffel Tower, di tengah-tengah  Paris.  Ketika menyoal siasat  penumpang yang dibebaskan di Algeria itu, terdedah  kisah  betapa   perampas GIA itu  membawa   bahan letupan bersama mereka  dan  telah meminta  dan menerima  sebuah  jam tangan  daripada  seorang  penumpang, dan beliau telah  membincangkan kisah mahu mati  syahid.

Akhirnya, satu serangan yang serupa yang tidak memerlukan   bahan  letupan ataupun   benda yang ada  kena mengenai  dengan  pembikinan  bahan letupan, seperti  tabung  gas  ataupun  kimia  tertentu, tidak pun  memberikan sebarang  amaran  akan berlakunya  serangan  itu.

Kecuali kisah yang membabitkan Air France  itu,  kumpulan pengganas  di Timur Tengah dan Asia   telah  berhati-hati  daripada  mengenakan bahaya kepada    orang  awam  kerana  mahu mengelakkan  serang balas  kerajaan  yang  menyeluruh.

Biji-benih tragedi

Konsep  merampas pesawat dan  menggunakan  pesawat penumpang  sebagai bahan rela mati boleh  dikesan  bermula  di Timur Tengah.  Ide ini telah  menyubur  dalam dua  fasa.  Pertama, pengganas   mulakan  usaha  membangunkan keupayaan pasukan  udaranya.  Pejuang pembebasan di Timur  Tengah  telah mendapatkan   pesawat ringan untuk digembeling di  angkasa raya sebagai  kenderaan  untuk memasuki  Lebanon daripada  Israel. Mereka telah  melatih, mengajar  dan menguji  pelbagai  jenis   pengangkutan udara   bermula  daripada  belon  kaji cuaca (weather  balloons), kepada  pesawat ringan (microlights) dan  pesawat yang boleh dipandu secara  remote – pengendalian elektronik (drones)

...


Beberapa  kumpulan  pejuang  Palestine  yang  berpengkalan  di  Lebanon, telah merancang, bersiap-sedia dan melancarkan  beberapa kenderaan udara  untuk memasuki  ruang  Israel   sepanjang  1980-an.  Kerana  kewaspadaan  Israel dan juga  ketidakutuhan  kenderaan  udara  yang  digunakan, operasi  menceroboh ruang udara Israel  itu terbantut  begitu  saja. Tetapi, pada  keseluruhan 1990-an, teknologi pesawat ringan dan  kualiti  latihan  yang dijalani oleh  juruterbang  puak  itu  sudah  beransur  maju.

Kecanggihan yang membesar telah dihantui oleh  sekatan keselamatan  yang  dipertingkatkan. Kumpulan pejuang ini yang  ditaja oleh beberapa kerajaan  mereka  terus  menguji  generasi  baru  pesawat   udara  itu. Perisik  Israel telah  melaporkan  betapa  Front  Pembebasan  Palestine (PLO)  telah memperolehi 100 pesawat  ringan dan  peluncur udara (gliders) daripada  Eropah  atas  tajaan  Libya.  Pesawat ringan itu boleh  membawa dua orang  dengan   180 kg bahan letupan.  Juruterbang yang dilatih oleh  Libya  di  Lebanon  dijangkakan   mampu menerbangkan bahan letupan itu  untuk menghunjamkannya  kepada  sasaran  mereka  di Israel.

Keupayaan  para  pelatih itu  semakin meningkat dengan adanya latihan, dan kecanggihan  teknologi yang semakin baik.  Namun, mereka  dihantui   kawalan keselamatan  Israel yang semakin diperketatkan dan  faktor  kurang dinamik  pesawat  untuk memberikan  kestabilan  bila terbang  di  ruang angkasa. Setelah menyedari  betapa taktik itu tidak berbaloi dengan kosnya,  kumpulan Hezbollah  (Lebanon) dan Palestine  melepaskan konsep  itu.   Contohnya  ialah pembelian  sebuah pesawat   latihan tentera  daripada  AS(T-39)  yang dibeli oleh  jaringan  Al-Qaeda, kepunyaan  Osama  Laden. Setelah pesawat itu diubahsuai  menjadi  pesawat  penumpang, juruterbang  peribadi  Osama Laden,essam al-Ridi telah  menerbangkannya  daripada Kanada ke  Eropah menuju Sudan.  Al-Ridi  merupakan pelatih  penerbangan  di Ed Boardman School  of Aviation di Texas, adalah juga  seorang  pegawai perolehan  Al-Qaeda. Al-Ridi  telah menjahanamkan pesawat itu  di  Khartoum  International Airport kurang  satu  tahun selepas  pembelian pesawat itu (ada laporan  pesawat itu telah disabotaj  oleh CIA – penterjemah).

Pada waktu ini, terdapat  12  kumpulan pejuang di Timur Tengah dan  ASEAN  yang  mampu melancarkan  operasi rela mati.  Namun, apabila diambil kira  sasaran  pilihan mereka  dan ‘modes operandi’  serangan, hanya  kumpulan yang betul-bertul berpengalaman  seperti Al-Qaeda  yang mampu merancangnya. Begitu juga dengan persediaan,  koordinasi  pelancarannya  yang begitu tepat sasarannya dan ganas serangannya  pada  11 September,  2001.

Ketika  menyerang  dua  kedutaan AS  di  Afrika Timur  pada 1998,  Al-Qaeda  telah  menunjukkan   kepintaran  dan  keupayaannya untuk   menyerang  secara  impak yang tinggi dan berjaya  menyusun atur  serangan rela mati  pada  dua  serangan pada sesuatu  masa yang  sama di dua  buah  negara. Begitu juga  ketika  melancarkan sebuah bot yang  sarat dengan bahan letupan untuk  menghenyak USS Cole  pada  1998,  Al Qaeda  telah menunjukkan kepintaran  yang  dikuasainya di  darat  untuk  melancarkan serangan  di  perairan.  Dengan pelancaran  empat  serangan pesawat udara, Al Qaeda   telah  menjadi  kumpulan pertama  yang  melancarkan serangan darat, laut  dan  serangan rela mati  daripada  udara.

Kegagalan  pasukan  keselamatan negara  AS  untuk menyusup masuk   pertubuhan  induk Al-Qaeda  di Afghanistan  dan  segala pertubuhan sokongannya, sel  latihan dan operasinya di  AS  menunjukkan adanya  kepincangan  dalam  dasar  keselamatan negara AS.

Oleh kerana kepintaran manusia – berbanding kepintaran  teknikal -  merupakan senjata yang  paling  berkesan  terhadap   keganasan,  AS  terpaksa   menyusun-atur dan memperbaiki  keutamaan  perisikannya  pada  masa  hadapan  yang  terdekat.

Dari bergantung-harap  kepada  pasukan sekutunya  dalam  mendapatkan maklumat  perisikan asing mengenai  kegiatan  kumpulan  pejuang  dan  pengganas,  agensi  AS  tidak  ada  pilihan lain  dari  menyediakan agen  sendirian  untuk bergerak di  dalam  kumpulan  asing  yang  mengancam kepentingan  AS.  Seperti  ditunjukkan  oleh Israel, Peranchis dan  beberapa  agensi  lain,  perisikan  manusia  adalah satu  senjata  yang  amat  berkesan  untuk  memerangi  keganasan

Menghadapi cabaran  bahaya.

Gelombang  kontemporari  keganasan  (gelombang  pembebasan) bermula  pada  22 Mei 1968 apabila  PFLP  merampas  pesawat El-Al  yang  terbang  daripada  Roma  ke  Tel Aviv dan  telah  menghancurkannya  berserta  semua   penumpang.  Tiga puluh tiga tahun kemudiannya,   dengan  munculnya  serangan rela mati,  ancaman  keganasan  sudah  menjadi  lebih berbisa.

Operasi rela mati  adalah sukar  untuk dihalang apabila pihak  yang melancarnya  memulakan  operasi itu. Hanya  ada satu cara  untuk menyekat serangan  rela-mati ini dan  ini mesti berlaku di tahap  persediaan  dan  pengolahannya.  Kumpulan pejuang  rela mati  menghabiskan  masa yang panjang untuk  mendapatkan rekrut, memukau mereka, melatih  dan  melancarkan  tinjauan, melatih-tubi (dengan menggunakan  latihan olok-olok untuk amalan  merasakan  kelajuan, kerahsiaan  dan  kejutan), sambil menyusun atur  logistik (rumah penginapan yang selamat, kenderaan  dan  pengangkutan  sera  penyediaan  dokumen palsu), dan  hubungan komunikasi antara  pertubuhan  induk dan  sel  operasinya.

Kejayaan sesuatu  serangan rela mati  bergantung   kepada  pelaburan  dalam  dua  fasa  awalan  ini, peluang  terbaik untuk setiap kerajaan  menyekat  operasi rela mati  ini  ialah  dengan mengesan  serta  menumpulkan  bahaya   sebelum  terlancarnya  serangan  itu.

Bahaya  serangan udara  oleh  kumpulan  pejuang rela mati  sudah pun  berkembang  di Timur  tengah dan Asia  sejak  dua  dekad  yang  lalu.  Sehinggalah terjadinya  serangan  di AS, para pejuang  Timur  Tengah  dan Asia  telah menumpukan  serangan  terhadap   pesawat  penumpang dan  mendapat serta  menggunakan  satu-dua   pesawat  ringan  untuk latihan, raptai,  memasang  letupan  dan  menyerang  sasaran.

Penggunaan  pesar  penumpang   dalam  peranan  rela mati  ini  menunjukkan   peningkatan   ugutan itu  yang  bertujuan  menyebabkan  kemusnahan  besar-besaran. Apabila gerbang ini sudah  ditusuk, adalah  besar kemungkinannya   beberapa  kumpulan  lain  akan  turut  mencuba  operasi  yang  serupa  secara  terdekat dan  di hari  muka.


Tindakbalas AS  - dan  negara  sekutunya -  akan menentukan  masa  depan  kemungkinan  kumpulan  pejuang  lain  yang  melancarkan serangan  sebesar   yang baru kita  alami.

Tamat:   Diuhabsuai  perkataan  ‘kumpulan  pengganas’  kepada  ‘kumpulan pejuang’ di  mana  difikirkan  ia  sepatutnya  disebut  begitu – penterjemah.


b) Perkataan   berani mati diubah kini  kepada  ‘rela-mati’ ataupun ‘relamati’ atas  nasihat  Pak MT.  Terimakasih Pak  MT...!

29 September,2001.

Hits: