Negara  Beraja  Yang  Menjadi Sarang Kepada  Pembunuh  Nekad 
(Divided kingdom that became a cradle  for determined  killers.)

Robert Fisk: http://www.co.uk/story.jsp?dir=1&story=96305host=

Segala ketumbukan perang  sedang  menuju bumi  dan  perairan  yang rapat  dengan Afghanistan. Tetapi,  pada  hari yang mendatang,  perhatian para diplomat dan agen perisikan mungkin tertumpu  kepada satu negara  sahabat  di mana  rakyatnya – sekitar  12 orang semuanya – adalah  antara  19 orang  perampas  pesawat  yang telah mengorbankan 7,000  nyawa  - Arab Saudi.

Arab Saudi tidak mengeluarkan  visa kepada  para wartawan  untuk memasuki negaranya -  dan kenapakah perlunya mereka mengeluarkan visa itu  ketika banyak tanda tanya akan mendedahkan sebuah kerajaan beraja  yang  begitu  bergolak neracanya antara pelampau beragama dan satu keluarga  beraja   yang telah mengizinkan  askar Amerika Syarikat untuk berkubu di bumi  negara  itu  sejak 11 tahun  yang  lalu? Sekurang-kurangnya  enam orang  perampas pesawat terbang dulu datangnya  daripada  Arab Saudi, kebanyakannya daripada  keluarga kelas  menegah. Antara mereka adalah  pengikut  Safar Hawaii, seorang ulama yang diiktiraf degil dan  telah berulang-kali menuntut  - seperti  Osama Laden - agar  angkatan tentera  Amerika Syarikat  berundur  daripada   rantau  Teluk.

Ketegangan dalaman di Arab Saudi  sudah semakin  ketara  apabila  kisah   tragis itu mula diulang-ulang  Kalaulah  kerajaan Taliban di Afghanistan – yang dilahirkan dengan belanja  berjuta-juta   dolar oleh Arab Saudi  hasil tajaan  ketua  polis risikan  Saudi yang  kini sudah pun  lucutkan jawatannya, Putra Turki bin Faizal al-Saud  - boleh menyembunyikan  Osama bin Laden, apakah tahap  risikan Saudi itu  begitu rendah sekali sehingga tidak menyedari  enam orang  warganya  sedang  merancang  untuk menyerang Amerika Syarikat?  Di sebalik tabir,  kebanyakan orang Saudi memang  sudah mengaku betapa wujudnya   ketegangan – yang belum menonjol secara terbuka  lagi – antara  ulama Saudi yang  berwibawa  dengan keluarga  istana.

“Perkara ini memang  sudah merupakan satu masalah dan kami  betapa sensitifnya perkara itu kini" kata seorang kawan lama  saya  seorang Saudi, semalam. “Hawali ialah seorang fanatik  dan saya pernah  bertelagah dengannya, sekali. dia tidak tahu bertolak ansur. Pendiriannya  terlalu  teguh. Tetapi, setiap negara mempunyai  ulama fanatiknya dan  orang gilanya. Anda  melihatnya  di  Lebanon.  Mereka wujud di  Chechnya  dan Pakistan. “Tidak ada  negara   yang mampu  menonjolkan  enam – mungkin juga  12-  pejuang  rela mati  di kalangan   warganya, yang  mampu  membunuh  begitu  ramai  manusia  di Amerika pada bulan  ini.

Hamza Alghamadi datang  daripada  Baljurchi, di  wilayah  Baha di Saudi, sama pekannya dengan  Ahmad Alghamdi dan Ahmed Alhaznawi – keduanya adalah perampas pesawat juga. Akhbar Saudi  Al-Watan  telah  melaporkan  minggu ini  betapa seorang   yang bernama Hamza Saleh Alghamdi telah meninggalkan rumahnya  untuk  pergi ke Chechnya dan kemudiannya menelefon  ibu bapanya  untuk meminta  pengampunan  mereka  dan mendoakan kesejahteraannya.  Bapanya  bertegas  bahawa gambar  Alghamdi  yang disiarkan oleh FBI bukan  gambar  anak  lelakinya.

Apakah ini satu lagi  kisah  pasport  yang dicuri   untuk  menyediakan  satu identiti palsu untuk para  perampas pesawat terbang? Hani Hanjour yang  menjunamkan  pesawat ke arah Pentagon, berasal  daripada kawasan  bukit  peranginan  Saudidi Ta’if. Seperti keluarga Lebanon   Siad Jarrahi,  yang dikatakan  memandu  pesawat  yang  meletup di Pennsylvania setelah  dikerjakan oleh para penumpang, ibubapa  Hanjour  bertegas  mengatakan beliau mungkin  merupakan  seorang  penumpang  biasa  dalam  pesawat  itu.

Dua  beradik Wail dan Waleed  M Alshehri  berasal  daripada  Khamis  Mushayt berdekat Abha,  bandar  di mana  Safar Hawali  mengajar. Ahmad Alnami adalah  daripada wilayah Asir – Abha ialah ibukota   wilayah itu  dan  beliau dikatakan  kerap mengimamkan sembahyang  di  masjid  itu.

Jelas segala bukti ini  menunjukkan  Arab Saudi sebagai sarang  pembunuh  yang nekad. namun tidak ada  sebarang  perdebatan  dalam negara  itu untuk membincangkan bagaimana – dan kenapa – beberapa anak muda, semuanya  dalam  dua puluhan usianya, sanggup menganggotai  satu  pasukan rela mati. Untuk mengemukakan soalan ini  akan mendedahkan jurang  yang  wujud  dalam  masyarakat  Saudi, dan  membuktikan betapa besarnya pengaruh   golongan  ulama, satu kumpulan  pemimpin  agama yang didakwa oleh  Osama Laden menyokong  perjuangannya.   Pertelingkahan terbaru antara  golongan ulama dengan kerajaan Saudi,  adalah  mengenai insuran – yang mengikut  pemimpin  agama  itu tidak berunsur  keIslaman.   Daripada  menentang  kumpulan  elit  golongan  ulama itu, kerajaan  telah  membenarkan polisi insuran  dikeluarkan  oleh  syarikat “persisiran” melalui wakil  perniagaan  mereka  yang  menetap  di  negara  sendiri.

Kerana  curiga  AS  akan  mengetahui  wujudnya  jurang pertelagahan  dalam masyarakat Saudi,  kerajaan  Saudi  telah  menegah  usaha Amerika  untuk  menyoal-siasat lelaki yang ditangkap  kerana  disyaki  melakukan  pengeboman.  Putera  Turki Al-Faisal tidak pun membuat sebarang  komen  mengenai  penyingkirannya  bulan lalu.  Seperti biasa, kerajaan Saudi mahu  meneruskan  kawalan ketat  terhadap  para  pembangkangnya – jika tidak dunia akan mengetahui betapa  Afghanistan hanya  mematangkan  apa  yang  dikeluarkan oleh Saudi.

Tamat.

Hiits: