FBI  Belajar Daripada  PDRM dan Mahathir

Mahathir Mohamad  harus  berbangga, taktik yang diajarnya  kepada  PDRM  kini sudah dikenali oleh  seluruh dunia. Dia  harus  berbangga betapa dalam kes pengboman WTC di New York  kaedah beliau menyediakan barang bukti  terhadap kes-kes besar  seperti  Al Ma'unah, Al-Arqam, Memali,  KMM dan banyak lagi yang berakhir  dengan kematian  keputusan  memenjarakan   ramai rakyat  Malaysia yang tidak berdosa di bawah ISA kini menjadi amalan  Presiden Bush dan agensi risikannya, serta  para  menteri  dan  ahli Kongresnya. Contohnya ialah  berita yang kita  petik daripada  Tehran Times:

Cerita Dongeng Terbaru  Amerika 
(Ashcroft  Reads the  Latest  Fairy Tail)

(www.tehrantimes.com/..   30 /9/01.

TEHRAN:  Sejak berlakunya  serangan dahsyat  terhadap menara  kembar Pusat Dagang Dunia di  New York,  manusia sejagat  telah menunggu  satu penjelasan yang rasional  daripada   pasukan keselamatan Amerika dan  para pegawainya.

Malangnya, masa  terus berlalu  segala kenyataan dan gambaran  yang dibentangkan oleh FBI (Biro Siasatan persekutuan Amerika) dan beberapa agensi  keselamatan AS nampaknya semakin tidak boleh dipercayai dan dikira  munasabah, dan ini memungkinkan  bertambahnya  pelbagai  penipuan di kalangan  pihak  yang berkuasa.

Beberapa   andaian bukti  yang  dikemukakan oleh FBI  telah  memperkuatkan teori ini. Berikut  adalah beberapa   contoh yang menyerlah  yang tidak mampu meyakinkan  kanak-kanak sekolah, apa lagi masyarakat  sejagat:

1. Pada 12 September, akhbar  “Boston Herald” melaporkan  bagaimana  pihak berkuasa  di  Massachusetts  telah  menjumpai sebuah kereta  sewa  di ‘Logan International airport’. Kereta itu dikatakan  berkemungkinan  telah  digunakan oleh para  perampas pesawat, dan  dalam kereta itu  telah dijumpai  beberapa buku panduan   memandu  pesawat terbang dalam bahasa  Arab dan sebuah  kitab Al-Qur'an. Cuba fikirkan, kenapakah juruterbang  yang  begitu  terlatih   dan pintar  mengendalikan jet  jumbo untuk menjunam ke bahagian tengah menara kembar itu  memerlukan  satu buku latihan dalam bahasa  Arab?   Apakah mereka  membuat ulang kaji  terakhir   cara  mengendalikan sebuah  kapal terbang? Apakah mereka tidak pandai  berbahasa  Inggeris?  Juruterbang  manakah di dunia  ini yang tidak  pandai bertutur  bahasa  Inggeris?  Kenapakah  mereka tidak membawa bersama  al-Qur'an itu  memasuki  pesawat  terbang?

2.  Pada 16 September, FBI telah mengumumkan mereka   menjumpai  satu pasport kepunyaan  salah seorang  tertuduh  yang menyerang  Bangunan  Menara  Kembar itu  kira-kira  satu blok  jauhnya daripada   bangunan tersebut!    Bukankah ini satu  peristiwa   secara  kebetulan  yang  paling  luar biasa, terutama sekali apabila  semuanya  yang  ada  di situ  telah musnah terbakar. Mengikut  laporan rasmi,  kehangatan  minyak  jet  yang  menyala  itu  telah  mencairkan  kelulu yang  membalut  tiang   bangunan  dan  telah  merosakkan  ‘kotak hitam’  pesawat terbang. Boleh jadi, seorang perampas itu  telah membuka  jendela   pesawatnya di saat-saat  akhir   dan  mencampakkan  pasportnya itu  sebelum  pesawat  itu menjunam ke  bangunan  sasarannya  dengan  kelajuan sekitar 1000 km/jam.

3. Bukti  yang  disebut  ini  telah dibentangkan dengan bangganya  oleh  Attorney General  AS, Johan Ashcroft  pada Jumaat  yang  lalu.

Ashcroft  telah  memberitahu  para  wartawan  kisah  satu dokumen  setebal empat muka surat  yang dijumpai dalam beg kepunyaan  Mohammed Atta, seorang  tertuduh oleh  pihak berkuasa AS sebagai  tertuduh utama   dalam serangan  membabitkan American Airlines Flight 11  untuk menjahanamkan  ‘north tower’ Pusat  Dagang Dunia  itu.

Mengikut  Ashcroft,  salinan surat itu  yang bertulis tangan  dalam bahasa Arab, telah dijumpai dalam  sebuah  kereta  yang diletakkan  di  luar  lapangan terbang  Dulles, dan kereta itu pernah digunakan oleh seorang lagi tertuduh dalam kes  menjunamkan pesawat  ke atas  Pentagon, dan  sebuah lagi  yang meledak di Pennsylvania.

Apakah rakyat  Amerika  boleh mempercayai bahawa  sepucuk  surat   boleh  selamat dan  dapat  dijumpai dalam dua  ledakan  pesawat  yang  telah  terbakar  dengan dahsyatnya?

Surat itu dikatakan  mengandungi  banyak  doa, ingatan  dan  panduan  kepada bakal  perampas  pesawat udara(!)

Kemungkinan  FBI  mempunyai  masa yang panjang  untuk  menulis sendiri  surat dalam bahasa  Arab  itu  selama  dua  minggu yang  lalu, sayangnya   mereka tidak mempunyai  masa   menulisnya   mengikut  susur  atur  pendidikan  Islam dan   tradisinya. Sudah tentu   orang Islam yang membaca surat  palsu itu  akan ketawa   membaca  kandungannya.

Apakah Amerika Syarikat  betul-betul mahu meyakinkan  dunia  ini  kepada kesahihan   barang bukti  yang  membohong  seperti itu ?  Adalah amat sukar  untuk  sahabat  terbaik AS  dapat  menerima-pakai  semua cerita  dongeng  itu.

tamat

Hits: