AS  dan  Britain  Akan Menyerang Khemah   Pejuang  Dalam Masa Terdekat 
(US and Britain to strike terror  camps  within  days)

Oleh The Observer: September  30, 2001.

Serangan   bertubi-tubi  terhadap pengkalan   yang  dikuasai oleh Osama  bin Laden   akan dilancarkan  dalam masa  48 jam sebagai satu operasi ketenteraan  yang diluluskan oleh Presiden George Bush dan disokong  oleh  Britain.

Strategi yang dikatakan akan membawa kemenangan  kepada  golongan pragmatis  telah direka untuk  membunuh  Osama bin Laden  dan pengikutnya, dan akan dilancarkan  seiring masa serangan dari  udara  dan   darat terhadap  pasukan  regim Taliban yang menyokong beliau.

Operasi yang   disebut oleh sumber   British dan AS  boleh dilancarkan paling awal sekali pada  waktu  ini  akan dimulakan dengan serangan  udara  menggunakan missal untuk memusnahkan  20 pesawat udara  angkatan tentera  Taliban, menghapuskan  kubu anti-pesawat udara, dan  memusnahkan  kereta kebal dan juga  kelengkapan perang  yang  lain.

Satu petanda  betapa   serangan itu semakin hampir  telah terbayang apabila Bush mengumumkan malam tadi, selepas bersidang  dengan penasihat  ketenteraan di  Camp David: “Amerika akan bertindak dengan  tegas dan berkesan, supaya  perjuangan mengekalkan kebebasan  akan  tercapai.”

Dalam satu siaran radio  yang disiarkan secara lintas langsung, Bush ada berkata; “ Kita tidak mengundang  konflik ini, tetapi kita akan mengakhirinya.  Peperangan ini akan ditentukan  di mana  para pejuang itu  bersembunyi, ataupun lari  ataupun merencana. Kemenangan  lain  memang sudah  jelas  kepada  semua  pihak.”

Tujuan  fasa pertama,  yang  berkemungkinan dilancarkan dari angkasa   dan dengan kapal kepunyaan Amerika  dan Britain yang  berada  di  lautan  Arab, akan menghapuskan sebarangan   ancaman Taliban sebelum serangan berikut  disusuli.

Beberapa sumber  menyebut  betapa  akan bermulanya  operasi ‘desant’ (meluncur dengan tali) – yang merupakan serangan  dari  udara memasuki kawasan  yang  dikuasai oleh Taliban –dengan diketuai  pasukan  askar US 82nd Airborne Division yang diangkut oleh helikopter. Sumber itu berkata  bahawa 101st Air Assault Division  sudah diarahkan untuk bersiap sedia  untuk bertindak.

Pasukan 10th  Mountain Division telah pun  dikerahkan, untuk menjadi  pasukan utama  yang digunakan  dalam ‘peperangan gerila’  membabitkan  askar  AS dan Britain.  Walau pun askar   82nd  Airborne Division terlatih dalam lompatan  menggunakan  paracut secara terbang  rendah, sebarang   serangan  mereka  adalah dijangka  menggunakan  tali daripada  helikopter  untuk  mereka  meluncur  turun.

Angkatan tentera  Amerika akan disokong oleh   Pasukan Gerak Khas  AS- termasuk pasukan komandonya  (Army Rangers dan  Green Berets) dan juga  British Special Forces. Beberapa unit  tentera  British  yang akan digembeling  di kawasan pergunungan  itu ialah pasukan G-troops,  22 SASREgiments, Special Boat Services' Mountain  Troop -  yang  terlatih dalam memanjat  kaki gunung  dan  peperangan  di kawasan sejuk (Arctic). Kemudian, ada pula  pasukan yang dikenali sebagai ‘Mountain Leaders' section of  the  4/5 Royal Marine Commando’.  Mereka semua  telah dilatih  dan  dilengkapi  peralatan untuk bergerak  di kawasan pergunungan  selama empat belas hari tanpa  sebarang  bantuan  bekalan.

Pasukan Amerika  dilengkapi dengan  versi baru helikopter penyerang Black Hawk  dan MH-47 Chinooks  yang mampu  terbang jauh  dan  lengkap dengan  meriam berputar. Mereka boleh  mendapatkan bantuan  pesawat  AC-130  yang diberi nama  jolokan ‘Puff The Magic  Dragon’ – yang  mampu  memberi  sokongan  dengan  kuasa   meriam yang terpasang di  bahagian perutnya.

Sasaran pertama  yang dirancangkan  ialah  serangan udara secara  operasi ‘desant’  untuk menghenyak   markas Al-Qaeda dekat Kabul,  terutama  sekali  kawasan  landasan terbang.

Bukti penting  pembabitan  Osama Laden dengan  penyerang  rela mati di New York dan Washington dulu  telah pun diperolehi oleh  Observer. Satu senarai   rahsia (huhuhu!!) perisikan yang disediakan oleh sebuah negara  Islam  yang mempunyai  minat memanjang dengan  Osama Laden  telah mendedahkan  betapa  sekurang-kurangnya  seorang daripada  19 orang perampas  pesawat itu telah dilatih  di sebuah khemah di  Afghanistan yang diuruskan oleh  Al-Qaeda dan  seorang  lagi  dikenali  memang rapat  dengan Osama  Laden.

Sumber  keselamatan  Amerika telah memberitahu  Observer  betapa mereka percaya empat orang  antara perampas   pesawat itu  pernah  berada  dengan Al Qaeda  dan Taliban Seorang yang bernama  Wali Mohamed Al-Sherhi  dipercayai telah diajar  mengenai peperangan  luar bandar  dan  keganasan  di  khemah  latihan Al-Farooq  di bahagian timur Afghanistan, berdekatan dengan  sempadan  Pakistan.

Dia  dianggap telah keluar  daripada  Afghanistan  18 bulan yang  lalu. Itulah pertama kalanya  wujudnya  satu  senarai yang mengaitkan Al-Farooq kepada  Osama Laden, sambil menyebut empat orang pilihan Osama  yang dikatakan  pentadbir khemah itu  dan melatih rekrut  yang datang  di situ.

Berbalik ke Washington,  tumpuan  khas  kepada  operasi   ketenteraan  yang dirancangkan itu  merupakan satu kemenangan kepada kumpulan pragmatis  dalam kabinet Bush.  Terutama  sekali  Setiausaha  Negara  Collin Powell.  Collin Powell telah dipaksa  bertegang  urat  dengan  satu kumpulan yang disebut  kumpulan  helang (hawks) yang dipengaruhi  hebat oleh  timbalan menteri pertahanan (setiausaha pertahanan) Amerika  Paul  Wolofowitz,  yang telah  gian  mahukan  serangan diperbesarkan lagi untuk meliputi  Iraq.

Rencana ini  juga telah mengambil kira  nasihat  berhati-hati  daripada Britain. Tony Blair  telah memberi nasihat  agar serangan  hanya  ditumpukan kepada  jaringan Osama Laden  dan kalau perlu  kumpulan Taliban.

Tapak  pengkalan  yang akan diserang itu telah didedahkan oleh  perisikan Russia,  yang memberikan Pentagon  bahan risikan yang paling  terperinci  mengenai jaringan operasi Osama Laden  dan  perkhemahannya.

Berita  itu  muncul  ketika  sumber Britain mendakwa  Taliban  sedang  merencana melambakkan  pasaran barat dengan  bekalan  dadah  heroin  dalam satu usaha untuk mengkucar-kacirkan  musuh mereka.

Pasukan Khas tentera Amerika  telah bergerak cergas dalam kawasan Afghanistan, sambil mengesan dan memantau pengkalan hadapan   pelancaran pesawat udara  dalam kawasan  yang masih dikuasai oleh  pasukan  Perikatan  Utara (Northern Alliance).

Ada beberapa  dakwaan  di Afghanistan semalam  bahawa  satu pasukan yang dianggotai  lima orang  komando AS  telah ditangkap  oleh Al-Qaeda.  Stesyen TV al-Jezeera  yang berpengkalan di Qatar,  telah berkata  adanya laporan al-Qaeda mengenai tertangkapnya satu pasukan  bersenjata  yang lengkap dengan  senjata moden  dan  peta  yang menunjukkan semua  pengkalan al-Qaeda di  wilayah Helmand.

Taliban dan Pentagon telah menafikan  laporan ini. Pegawai AS  telah  mengakui Jumaat lalu adanya  pasukan  khas  AS -  mungkin pasukan   Gren Berets dan  Rangers yang telah dikerah  untuk  mengadakan  aktiviti  peninjauan.

Mereka juga telah  memberi kiasan    pasukan  British  yang turut  terbabit. Pasukan itu dikatakan  meninjau  kawasan  untuk mendapatkan maklumat dan bukannya  untuk mencari Osama bin  Laden.

Sumber  di  Washington berkata  dengan bermulanya kegiatan  pasukan peninjau dan komando  Amerika  bersama  Britain itu, pasukan khas itu  telah memantau sasaran dengan menggunakan  sistem laser  dan sensor.  Ini memudahkan  angkatan  tentera menyerang  terus, mencari  pengkalan yang kini dikuasai oleh  al-Qaeda.

Kumpulan perancang di Pentagon kini akan  meningkatkan tekanan  terhadap  Rumah Putih agar  turut  menyerang  beberapa  pengkalan di Iraq, Syria  dan Lebanon dengan matlamat penghapusan  Saddam Hussein  sebagai  satu ‘pra syarat’  untuk menumpaskan keganasan.

Tamat.

Hits: