"Amerika, Kami Turut Merasakan Kepedihan Anda, Pernahkah Anda Merasakan Kepedihan Kami?"

(Terjemahan ringkas artikel “America, we feel your pain, do you feel ours?” oleh Ramzy Baroud, Middle East News Online dan disiarkan juga di website http://globalresearch.ca/)

(snipped)*****

Dalam kesedihan dan kepedihan kamu itu (wahai rakyat Amerika), kalaulah boleh kamu merenung kembali kepada suasana riang ria di New York semasa Perang Teluk pada tahun 1991 dahulu, semasa tentera US baru kembali dari berperang di Timor Tengah, dan semasa bekas Presiden Bush (bapa kepada Presiden sekarang ini) telah mengisytiharkan di TV bahawa misi Amerika adalah, “untuk mengbom Iraq hingga kembali ke zaman batu” (to bomb Iraq back to the stone age).

Tentera US yang menerajui tentera bersekutu telah mengbom Iraq untuk beberapa bulan dan membunuh tanpa rasa kesal, sementara seluruh dunia menyaksikannya, dan rakyat US turut menyaksikannya (melalui liputan TV), sama seperti mereka menyaksikan World Trade Center diruntuhkan.

Mereka yang terbunuh di Iraq kebanyakannya adalah orang awam, iaitu lelaki dan perempuan yang tidak bersalah, sama seperti penduduk New York yang tidak bersalah yang terbunuh (di WTC) itu (pada pagi 11 September, 2001).

Tentera US telah kembali ke tanah air dengan tangan yang berlumuran darah orang awam Iraq, setelah mengbom kesemuanya bandar dan perkampungan di Iraq, dari selatan ke utara. Tentera US telah menggunakan segala senjata, dan menguji teknologi pembunuhan yang tercanggih ke atas negara Iraq yang pada keseluruhannya tidak berdaya mempertahankan diri. Tentera US telah mengbom dan membunuh, dan kadang kala mempersendakan mangsa-mangsa mereka.

Tentera US kelihatan di kaca TV mengisi jet pejuang dengan missiles yang dengan biadab tertulis slogan-slogan; “Say goodbye Ahmed” (Ucapkan selamat tinggal wahai Ahmad), “Happy Ramadhan” (Selamat menyambut Ramadhan), dan juga “Say hi to Allah”.

Tentera US yang membunuh orang awam di Iraq itu disanjung sebagai perwira oleh rakyat Amerika. Di New York ribuan bersukaria untuk meraikan kemenangan ke atas Iraq dengan menari-nari  menyanyi dan menyorakkan “USA, USA” di jalan-jalan raya. Di lain-lain tempat di US berjuta rakyat turut bersukaria menyambut kemenangan tersebut. Cuba bandingkan. Hanya segelintir kanak-kanak Palestine bermeriah apabila rakyat Amerika terbunuh oleh serangan ke atas WTC dan Pentagon, tetapi berjuta rakyat Amerika, malah hampir setiap rakyat Amerika telah menari-nari dengan penuh riang gembira untuk meraikan pembunuhan ke atas rakyat Iraq.

Pada masa itu, dan juga sekarang ini, rakyat Amerika diberitahu bahawa mereka berperang menentang kejahatan, dan tentera kebaikan telah menang.

Rakyat Iraq tidak dapat melihat kegirangan rakyat Amerika itu melalui TV kerana rumah mereka telah dimusnahkan, bekalan eletrik dan air telah terputus dan segala-galanya termasuk hospital dan sekolah di Iraq telah dikembalikan ke zaman batu; “bombed back to the stone age.” Serangan ke atas WTC memang dahsyat tetapi serangan tersebut hanya berlangsung untuk beberapa jam sahaja. Kongres US tiga hari selepasnya meluluskan US$40 billion sebagai peruntukan kecemasan, membantu mangsa-mangsa dan mengukuhkan pertahanan dari serangan-serangan yang akan datang.

Tetapi tragedi Palestine berlarutan lebih dari beberapa jam; malah ianya sudah berlarutan dalam beberapa generasi.

Selama lebih 53 tahun, rakyat Palestine telah menderita dan menjadi mangsa kepada polis tentera Israel yang sangat kejam itu; selama 53 tahun rakyat Palestine terpaksa tinggal di kem-kem tahanan, meminum air yang tercemar, melihat ahli keluarga yang disayangi dibunuh, rumah-rumah dibakar, masa depan yang musnah, dan disekat segala hak-hak. Orang Palestine terpaksa lari dari satu tempat ke suatu tempat demi menyelamatkan diri dari dipenjarakan, diseksa, dan dibunuh.

Tidak sehari berlalu tanpa berlakunya pembunuhan rambang ke atas orang-orang Palestine. Orang Palestine berdemonstrasi membantah pembunuhan seorang kanak-kanak tetapi kembali dengan suatu lagi mayat yang telah ditembak semasa tunjuk perasaan tersebut.

Wahai rakyat Amerika Syarikat, mungkin kamu ingat kami sudah terlalu mamai oleh kepedihan maka tiada ruang di hati kami untuk bersedih bersama kamu. Sebenarnya mudah untuk memahami perasaan kami. Setiap peluru yang membunuh orang Palestine telah dibuat di Amerika Syarikat, “Made in USA”, setiap bom, missile, dan kereta kebal juga adalah “Made in USA”. Setiap pembunuhan rambang yang dilakukan ke atas orang Palestine dibiayai oleh USA.

Semasa 3,000 orang Palestine dibunuh oleh tentera Israel di sebuah kawasan perkhemahan pelarian di Beirut pada tahun 1982, tentera Israel telah melapah kulit orang-orang Islam yang dibunuh itu, tentera Israel telah mencincang tubuh wanita-wanita Islam selepas merogol mereka. Tentera Israel juga meninggalkan kelusong-kelusong peluru yang kosong yang tertulis “Made in USA.”

Jentolak yang digunakan untuk mengambus mayat-mayat orang Islam yang dibunuh dengan kejam oleh Yahudi itu juga dibekalkan oleh USA.

Sejak negara Israel dibentuk dengan merampas tanah kepunyaan orang Arab Palestine pada tahun 1948, Amerika Syarikat telah membelanjakan lebih US$125 billion untuk membiayai tentera Israel, membangunkan kawasan-kawasan kediaman yang haram di atas tanah-tanah kepunyaan Arab, dan membantu negara Israel yang racist itu untuk terus menindas orang Arab Palestine.

Hanya dua hari sebelum serangan ke atas WTC di New York dan Pentagon di Washington DC,  Presiden George Bush telah mengeluarkan presidential decree  bahawa walau pun Israel menggunakan senjata yang dibekalkan oleh US untuk membunuh orang-orang Palestine, ianya tidak bercanggah dengan dasar pengeksportan senjata US. Setelah kesemuanya kekejaman ini dilakukan oleh US, hanya lebih kurang 12 orang kanak-kanak Palestine yang lari keluar ke jalan raya untuk menunjukkan rasa gembira atas kematian rakyat Amerika tersebut.

Walau pun terlalu banyak kezaliman yang telah dilakukan oleh US terhadap mereka, namun begitu ramai orang-orang Palestine turut berasa sedih atas kematian rakyat Amerika Syarikat kerana orang-orang Palestine sangat tersentuh hati mereka dengan tragedi yang berlaku itu, kerana mereka orang-orang Palestine sudah hidup dalam tragedi selama berpuloh-puloh tahun.

Ramzy Baroud. Middle East News Online

(Penterjemah: Tarabulsi).

Hits: