Musharraf:  “AS  Belum Tunjuk Bukti   Kesalahan  Osama  Laden.” 
(US has not given proof  of Laden’s  guilt:  Musharraf) 

Artikel asal

Islamabad:    Amerika Syarikat  belum lagi  mahu  berkongsi  dengan Pakistan sebarang bukti yang  sahih menunjukkan Osama bin Laden  bertanggungjawab dengan serangan ganas  di Amerika Syarikat  bulan September. Demikian kata  Presiden Pakistan: Pervez Musharraf, pada hari Ahad  ini.

“Belum ada satu bukti   yang telah dikongsi bersama  kami,” demikian Musharraf berkata ketika diwawancara  oleh CNN.

“Kerana itu, apa  yang saya tahu adalah melalui  televisyen  sahaja,” kata Jeneral Musharraf.

Pemimpin Pakistan  itu menambah betapa dia mengharapkan  Washington akan berkongsi sama sebarang  bukti  yang menyokong  dakwaannya bahawa Osama Laden   terbabit  di sebalik keganasan September 11 di New York dan  Pentagon.

“Kami telah diberi petunjuk  betapa  beberapa  bahagian bukti itu  yang tidak dianggap sensitif akan dikongsi  dengan kami”, kata Musharraf.

“Saya tidak merelakan askar  Pakistan menyeberangi sempadan Afghanistan kerana saya tidak fikir  ia adalah sesuatu  yang diperlukan  daripada  askar kita,” demikian kata Musharraf  kepada  CNN.

Tamat.

Hits: