Mentafsir Pesanan Taliban 
(Analysis: Decoding Taleban’s Message)

Oleh: Daniel Lak 
BBC New Online: (Wartawan di sempadan Pakistan Afghanistan.)

Cadangan duta Taliban di Islamabad betapa Osama bin Laden berada di bawah kawalan Pentadbiran Taliban telah ditolak oleh ahli-ahli koalisi anti-keganasan yang diketuai oleh Washington.

Namun di belakang tabir, Amerika tentu mahu mengetahui apa sebenarnya yang ditawarkan oleh duta itu, dan apa maksudnya di sebalik pesanan kepada para wartawan di ibu negara Pakistan itu.

Oleh ketiadaan hubungan terus antara Amerika dan pentadbiran Taliban, terpulang kepada Pakistan untuk menjadi pengantara ataupun mendapatkan penjelasan daripada kata-kata duta itu.

Tidak disangsikan kenapa Pakistan yang merupakan hanya satu-satunya negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan militia pelajar di Kendahar dan Kabul, sedang mendapatkan penjelasan itu.

Rumusan Pelbagai

Memang terdapat banyak cara mengamati kata-kata duta Taliban itu. Perkara ini memang tidak mungkin kerana pihak Taliban tidak akan mendapat apa-apa kedegilan terbuka puak Washington. Duta Zeef berkemungkinan menyebut pesanannya secara berkias untuk pelbagai pihak.

Dia mungkin menyindir Osama bin Laden betapa masa depannya perlu dirundingkan.

Duta itu ada menyoal orang Amerika, dan ia seolah-olah mengandungi nada merayu, agar mulakan berunding dengan pentadbiran Taliban, “kerana inilah yang akan menghasilkan sesuatu yang menyenangkan.”

Dalam hal ini, dia memang menyuarakan pendapatnya kepada rakyat Amerika, juga. Pendapatnya itu mungkin juga bercorak memperkuatkan permintaan Amerika supaya Osama bin Laden diserahkan kepada mereka secepat mungkin. (Awas: ini perangkap barat cuba memutarbelitkan otak umat Islam dalam perkara ini secara halus – penterjemah)

Berpecahnya Kumpulan Taliban

Jawapan Taliban itu tidak memuaskan kerajaan sekutu, dan telah pun ditolak sebagai satu syarat perundingan. Namun ia merupakan satu permulaan.

Satu soalan yang dipertikaikan apakah Mullah Zaleef bersuara bagi pihak keseluruhan pertubuhan Taliban. Para pemerhati berkata, bahawa duta di Pakistan itu berpendirian sederhana, dan kata-katanya itu boleh dilihat sebagai petanda adanya sedikit tidak sefahaman dengan puak yang berkeras.

Pembabitan Mullah Omar, sebagai pemimpin utama Taliban, boleh mengakhiri sebarang ketidaksepakatan, ataupun seumpamanya kerana beliau dianggap oleh keseluruhan pertubuhan Taliban sebagai Amir-ul-Mumineen, ketua ulong perjuangan itu yang menepati amalan agama Islam.

Perpecahan dalam Taliban memang sudah lama didesas-desuskan sebelum itu. Pada masa dulu, kerajaan yang berpusat di Kabul, memang dilihat sebagai bersikap sederhana, tidak begitu taksub dengan kesucian agama, berbanding dengan pasukan yang berpengkalan di Kandahar.

Namun, tidak berapa negara yang berhubungan secara diplomatik dengan Taliban, perisikan mengenai aktiviti mereka secara terperinci memang sukar diketahui.

Perubahan Baru

Tentu kerajaan Pakistan banyak mengetahui perkara ini, kerana pertubuhan perisikan (Pakistan) telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Taliban dan kejayaan awalannya. Namun hingga kini, tidak ada sesiapa yang menyebut apakah jenis perisikan yang telah dihantar oleh Pakistan kepada Washington.

Yang amat jelas ialah, Mullah Zaleef telah menyuarakan beberapa jenis cadangan yang menyamai keadaan yang sungguh berbahaya di wilayah itu. Dalam banyak hal inilah keadaan sebenar di Afghanistan.

Inilah sebuah negara yang memberikan keutamaan kepada perundingan berbanding apa jenis kegiatan yang lain.

Selain syarat perundangan Islam, tidak banyak perkara lain yang pernah terpahat di batu. Tetapi, kehendak Amerika bercorak seolah-olah begitu.

Amerika tidak mengingini perundingan; mereka mendesak – dan menjanjikan serang balas yang khusus seandainya permintaan mereka tidak diperkenankan. Inilah yang belum lagi difahami oleh kumpulan Taliban.

Tamat.

Hits: