Papan Tanda: “Jangan masuk”  di  Pilihan raya  Sarawak 
(‘Keep off' sign  in  Sarawak  election)

M.G.G. Pillai

Keputusan  pilihan raya  Sarawak  pada  hari Khamis  lalu,  telah mencetuskan kerunsingan di sebalik kemenangan  BN  menyapu  60 daripada  62 kerusi. Yang lebih merunsingkan ialah semakin luasnya jurang  politik, budaya, perkauman  dan  keagamaan  antara negara di  sebelah  timur  di seberang  samudera dengan Semenanjung tanah Melayu.

Para  pengundi di Sarawak telah menolak  parti politik yang  berpengkalan di Semenanjung, baik  yang sedang  memerintah ataupun yang  menjadi parti pembangkang.  Antara yang rugi ialah  UMNO. Dengan  lain perkataan,  inilah satu  amaran awal  betapa wujudnya  banyak yang tidak kena bukan sahaja  di Sarawak bahkan juga  di Sabah.

Dalam pilihan raya Sarawak  penentang utama  datang daripada parti Semenanjung  - DAP. Keadilan, PAS-  dan bekas  menteri pertahanan, Abang abu Bakar, yang merupakan mata tombak UMNO  di  negeri  itu.

UMNO menyokongnya sehinggakan tidak menjadi satu rahsia lagi. Tetapi apabila UMNO terpaksa membuat penafian  mengenainya setelah  diasak  di penjuru  oleh BN Sarawak sebelum hari pengundian itu. Kalau ada  satu-dua parti  kecilan  di Sarawak ketika itu, mereka ditolak tepi sahaja  antara  satu perlawanan antara  cerpelai dan ular.

Apa  yang terjadi  mencetuskan satu keraguan. Undi  yang telah diberikan  adalah lebih menentang  DAP, PAS, Keadilan  dan juga  UMNO. Inilah  keraguan  kerana takutkan kemunculan UMNO  lebih lagi  daripada  kemunculan parti yang lain  itu. Kumpulan parti peribumi yang  utama di negara itu, sama  ada  animis  ataupun beragama Kristian,  boleh hidup seiring dengan  parti Islam dengan  bantuan  persekutuan, tetapi tidak dengan UMNO, tidak kiralah  kalau penubuhannya  pada  masa  yang akan datang  bertujuan untuk menentukan agar  ketua menteri  yang dilantik itu, seperti yang terjadi di Sabah,  datang daripada  calon  beragama  Islam.

Serangan terhadap PAS  kerana fahaman Islamnya  telah melantun balik, kerana cara  BN menguatkuasakan  fahaman  Islam  di Sarawak. Mengaitkan  keganasan dengan Pas dan menakutkan  para pengundi  dengan mengaitkannya  kepada PAS dan kumpulan keganasan telah  mengekalkan status quo  yang  sedia  ada.

Petanda  Kekecohan

Seperti di Sabah,  UMNO mahukan  ruang  untuk  bertapak  lebih   perkasa di negeri itu, bergabung dengan  minoriti  Melayu dalam negeri itu untuk  menyaingi dan mengurangkan pengaruh kuasa   Melayu Melanau  seperti menyekat  kemenangan semula  ketua menteri Abdul Taib Mahmud.  Ia melakukan perkara ini tanpa  mendapatkan sokongan   kumpulan peribumi Iban yang utama  di negeri itu, seperti  yang berlaku di  Sabah. Apabila keadaan mendesak, orang Iban lebih  suka memihak kepada  hantu raya yang mereka  sudah biasa daripada  bersekongkol dengan  hantu puaka  yang datang  daripada  seberang samudera.

Dengan lain perkataan, selagi parti politik  di Semenanjung tidak berubah sikap dalam tanggapan mereka terhadap Sarawak dan Sabah, akan tercetus  satu  konfrontasi yang lebih berbahaya  di hari muka. Di Sabah, ketuanan  UMNO  dan para pemimpinnya  yang berkuasa dengan   sokongan persekutuan   menyebabkan suasana  politik menjadi  gila. Inilah yang telah meminggirkan  kumpulan peribumi  tempatan bukan disebabkan politik malahan oleh agama  juga.

Tidak ada  satu  pun parti politik  persekutuan termasuk UMNO yang  faham apa sebenarnya sasaran  mereka  di  Sarawak dan Sabah, baik dari segi  perbezaan  budaya   yang luas jurangnya, mahupun agama ataupun  perbezaan politiknya. Yang mereka pentingkan ialah kuasa, dan kemudiannya  melentur imej   negeri itu  mengikut  ragam  pandangan orang Kuala  Lumpur.

Perkara yang menekan  kini bukannya   untuk membentuk  dua buah negeri  yang lebih besar daripada Semenanjung Tanah Melayu (sedangkan  Sarawak sahaja sudah lebih besar daripada Semenanjung) agar akur  kepada  Kuala Lumpur.  Apa yang  Kuala Lumpur  lakukan sejak tertubuhnya  Malaysia pada  1963, ialah  memperlekehkan Sarawak dan Sabah  untuk menjadi sebahagian persekutuan Malaysia, sama rentaknya  ketika  Malaysia  telah dibentuk sebagai satu  persyarikatan  antara  Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Perjanjian yang ditandatangani  ketika itu telah diabaikan dengan selamba, dengan  para pengampu  persekutuan bercakap  mengenai  kecurangan persekutuan  yang  galak sangat sehingga  kini.

Perlindungan perlembagaan  yang diterimanya, termasuk 40 persen  kerusi di Parlimen, telah terungkai dengan kebangkitan  negeri  Melayu dan  penentangan  di dua negeri itu diabaikan dalam satu  rencana  merampas kuasa  yang ada  pada  Perlembagaan negara. Cabaran  pertama  muncul dua tahun kemudiannya, daripada  ketua  menteri Sarawak, Stephen Kalong  Ningkan, yang  telah diketepikan  begitu  sahaja  dengan  serta  merta. Pada waktu yang sama  Singapura pun berundur  daripada  Malaysia. Dua petanda ini adalah alamat buruk kepada persekutuan  yang  sengaja  diperlekeh  kerana  munculnya keghairahan  untuk  menegakkan  ketuanan  Melayu.

Keangkuhan yang tercemar  disebabkan  kecuaian  persekutuan. Seperti Ningkan di Sarawak, Mustapha Harun   telah digantikan  sebagai  ketua menteri di Sabah pada  1974 apabila jentera  politik  Persekutuan, salah seorang  darinya yang terbabit itu  ialah  Abdullah Ahmad yang kini menjadi ketua pengarang  ‘the New Straits Times’, hingga mencetuskan satu pertubuhan baru  politik untuk mentadbir negeri. Tetapi, perbalahan dalaman  antara Kadazan dan  masyarakat Islam  menonjol begitu cepat sekali sehingga berlaku satu  perpecahan menjadi dua  kumpulan besar  di Sabah – satu kumpulan Islam di belakang  UMNO  dan satu  kumpulan Kadazan  yang menyokong Parti Bersatu Sabah.

Masyarakat Iban dan  kumpulan peribumi yang lain memang takutkan  berulangnya perkara ini di Sarawak, seandainya  UMNO dan parti politik  di  Semenanjung  diberi muka untuk mendominasi  kehidupan mereka.  Mereka lebih takutkan UMNO  yang  masih berkhayal dengan kuasanya   berbanding  semua parti pembangkang  yang  disatukan. Pemimpin kerajaan persekutuan  menguasai   pilihan raya, dan inilah yang dibenci di Sarawak.Bukan sahaja oleh  masyarakat  peribumi, malahan oleh  orang  lain juga.

Dengan lain perkataan,  banyak isu  yang  bertentangan akan muncul  di hari muka. Sudah tercetus kini  beberapa  masalah  yang  berlegar di udara  yang menyerupai masalah besar yang pernah  terjadi di Pakistan sehingga  berpecah ya  negara itu  dan tertubuhnya  apa yang dipanggil  Bangladesh  masa kini. Penyebabnya adalah sama berpunca  daripada perasaan  makan hati disebabkan  layanan  yang  berpura-pura.  Lagi kerap rakyat Sabah dan Sarawak  dihantui oleh perasaan  mereka  diganggu-gugat oleh keangkuhan kerajaan Persekutuan  yang  terus  mengabaikan  mereka,  akan  bertambah  berlipat ganda masalah mereka.

Kerana itu,  kedua-dua pihak: BN di persekutuan dan parti  pembangkang  yang ada, turut bersalah.  Kedua  pihak ini  mempunyai  anggapan  yang  penuh kesombongan  mahu melakukan apa yang mereka  fikir  bersesuaian di Sarawak dan Sabah  mengikut  nafsu sendiri tanpa menyoal dulu  apa pula  perasaan  orang  tempatan.

Pembahagian  Persekutuan –Negeri

Usaha  setengah masak  untuk mengekalkan  imbangan Perlembagaan   ketika Sabah dan Sarawak memasuki persekutuan  Malaysia, terutama sekali mengenai  40 kerusi dalam Parlimen, adalah dalil  yang  berfikiran sempit  kenapa  dua negeri itu akan terus memihak kepada  BN daripada  parti pembangkang.  Ia tidak menyelesaikan  masalah yang ada mengenai  perpecahan antara  persekutuan dan negeri.

Inilah yang akan menjadi satu  tragedi kepada  Malaysia  selagi tidak ada kajian  yang serius   menyelesaikan masalah ini. Ketika  adik seorang ketua menteri mengumpulkan satu kumpulan  perbincangan  mengkaji  isu ini dia telah dimasukkan  penjara  di bawah  ISA dengan tuduhan mahu  melancarkan gerakan  perpisahan. Perasaan takut  di pihak persekutuan  terhadap sebarang  usaha   untuk memahami  hubungan antara persekutuan dengan negeri itu, sebagai satu tindakan  menderhaka, akan lebih menyulitkan selagi tidak ada  kajian  menyeluruh oleh kerajaan   persekutuan  mengenainya.

Apabila  rakyat yang bertimbang rasa  dan perihatin  digagalkan  daripada mengusahakan rencana itu, orang awam akan  terjebak  kerana  tidak  celik kepada  masalah berbangkit seandainya ia  melimpah  dan menghantui  fikiran  mereka. Begitulah yang terjadi, apabila bekas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim, telah ditangkap, dilebamkan matanya kerana dibalun  (sambil tangannya digari di belakangnya dan  matanya tertutup pula) oleh bekas Ketua Inspektor Polis, yang mencetuskan kebangkitan dan tentangan rakyat secara terbuka, terutama  oleh  pegawai kerajaan  yang  turut terkejut  sama.  Sehingga kini kerajaan  masih cuba  membetulkan  suasana walaupun  tiga  tahun sudah  beredar selepas tercetusnya  peristiwa.

Pilihan raya Sarawak seharusnya  menjadi  satu panggilan  untuk menyedarkan semua pihak betapa  ada yang tidak kena  dengan kerajaan Persekutuan, betapa pihak yang seharusnya memahami keadaan sebenar  sengaja  tidak memahaminya, dan selagi perpecahan  di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak  difahami dengan penuh  timbang rasa dan hormat-menghormati,  kemenangan besar yang diperolehi oleh BN, seperti yang pernah dimenanginya  di  Kelantan dan Terengganu satu masa dulu,  boleh  tunggang balik dalam satu pilihan raya  yang  tidak dijangka.  Akan tetapi adakah sesiapa yang mendengarnya?

Tamat Diterjemahkan oleh SPAR

Hits: