Sumber  pertikai  laporan  perbualan telefon Osama Laden
(Sources dispute reports  of bin Laden phone call)

Washington CNN:   Beberapa pegawai AS   yang berpengetahuan  mempunyai kepercayaan bahawa  laporan Osama Laden menghubungi  ibunya  beberapa hari  sebelum serangan September 11, adalah satu  berita yang tidak benar.

“Kami tidak  percaya  berita  itu. Kami  tidak fikir  ia  pernah  terjadi,” kata salah seorang  dari  mereka.

Apabila  didesak mengenai laporan itu, sumber itu  menyangkalnya: “Kami fikir berita itu tidak benar.”

Seorang pegawai  lain  berkata dia tidak  dapat menafikan  perkara itu  seratus persen tetapi  menganggapnya  sebagai  satu laporan  yang  boleh diperlekehkan.

Akhbar ‘The  New  York Times’ telah melaporkan pada hari Selasa  betapa  Osama Laden telah menelefon ibu (tiri)nya  pada  September 10 dan  memberitahu  kemungkinan “sesuatu yang  dahsyat”  akan berlaku  dan  kemungkinan ibunya tidak akan dihubunginya untuk satu tempoh yang  lama.

‘The Times’ telah  menyebut  berita itu  berpunca  daripada   seorang   pegawai tinggi kementerian luar. NBC  yang mula-mula  membuat liputan  kisah  hubungan telefon itu pada hari  Isnin, berkata  bahawa  panggilan itu   dibuat  dua hari  sebelum pengganas merampas   pesawat  terbang. Osama Laden  dilaporkan  telah berkata:  “Dalam dua hari lagi, ummi  akan   mendengar berita   besar dan  ummi tidak akan  dapat mendengar  suara saya  selepas itu  untuk satu tempoh  yang  panjang..”

Pegawai AS  telah memberitahu CNN   betapa  sejak  beberapa tahun  kebelakangan mereka telah dapat  memantau   beberapa  panggilan  telefon Osama  laden  dengan ibunya. Ketika itu  dia  menggunakan  hubungan satelit dan  isyarat  panggilan  telefonnya  itu telah pintas  untuk rakaman.

Tetapi  akhir-akhir  ini,  pegawai AS  percaya  Osama  Laden  telah menggunakan cara lain  untuk komunikasi  dan  pakar  risikan  memberitahu CNN  mereka  tidak dapat memperakukan  apakah mereka  masih  dapat  memantau  panggilan  telefon  beliau.

Osama laden   adalah warga  Arab Saudi yang  menetap di Afghanistan  dan  telah dituduh oleh  Presiden Bush sebagai  “tertuduh utama”  dalam serangan  terhadap  Amerika Syarikat.

Hits: