Pentagon  Berbelanja  berbilion   membeli  pesawat  risikan 
(Pentagon spending  billions  on spy   planes)

Oleh: Michael Smith,  Wartawan Pertahanan Filed 02/10/01
(http://www.Telegraph.co.uk/core/Content/displayPrinta..)

Pentagon  berbelanja  hampir  12 bilion Sterling Pound  perbelanjaan  darurat untuk memperkasakan   keupayaan   kumpulan perisikan  udaranya sebagai satu  bahagian menghambat  Osama bin Laden.

Kebanyakan  peruntukan akan digunakan untuk  mempercepatkan  pengeluaran  pesawat  yang dilengkapi  isyarat  perisikan jenis   “RC-135V/W Rivet Joint”  dan  ‘Global Hawk’ yang merupakan   pesawat   peninjau   jarak jauh  tanpa  juruterbang  (UAVs Unmanned reconnaissance  vehicles).

UAVs ‘Predator’ memang  sudah dikerahkan   di angkasa  Afghanistan  daripada pengkalannya di  Uzbekistan,  mengambil  video   akan keadaan  bumi  Afghanistan.  Satu pesawat itu telah  terhempas  setelah  ditembak jatuh oleh Taliban.

Versi baru Golden Hawk  diharapkan  dapat  mengumpul  isyarat  perisikan termasuk gambar perisikan, dan  mengirimkannya   melalui satelit   kepada  pemantaunya beribu batu jauhnya  dari  situ.

Setiap  Golden Hawk berharga  30  Juta Sterling  Pound, dan seperti   Predator dilengkapi  beberapa kamera   yang mampu, berfungsi dalam gelap dan  melalui awan yang mendung. Tetapi  kelajuannya  350 mph adalah lebih laju  daripada  Predator, dan mampu terbang lebih tinggi  dan jarak yang lebih  jauh lagi.

Tentera udara  AS  mempunyai  empat buah Global Hawks. Ada  rencana  membeli enam buah pesawat lagi  untuk   lima tahun terdekat, tetapi  semua ini  berkemungkinan dipercepatkan.

Pesawat  ‘Predator’ yang  berharga  cuma  2 Juta  Sterling Pound,  sedang digunakan dan beberapa unit yang kini  digunakan di  Macedonia  akan  dipindahkan  di Asia Tengah untuk digunakan di angkasa  Afghanistan.

Agensi risikan Amerika  dan British  sudah pun  memiliki banyak  bahan risikan. Yang terbaik  datangnya  daripada   enam ‘US Crystal satellites’  yang  mengelilingi bumi dengan keupayaan  mengenal pasti sesuatu  benda  sebesar  sebiji  buah  anggur.

Pesawat   peninjau  berkamera  U-2R  kepunyaan Amerika berlegar  daripada pengkalannya di  RAF Akrotiri  Cyprus dan  daripada  Diego Garcia   di  Lautan Hindi, untuk memantau Afghanistan,   di tempat yang tidak mampu dikesan oleh  satelit  itu.

Hits: