18 Hari Selepas Musnahnya WTC dan Pentagon 
(The Destruction of WTC and the Pentagon)

oleh: M.Amir Ali - Pengarah IIE (http://www.iiie.net)

Kutukan, Takziah dan Tuntutan Mahukan Keadilan

Penulis ini dan seluruh dunia Islam, termasuk puak Taliban dan Saddam Hussein, telah mengutuk kemusnahan nyawa dan harta benda di WTC (Pusat Dagang Dunia), Pentagon dan empat buah pesawat pada September 11, 2001, sambil turut merasakan kesedihan dan sepakat dengan apa yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka yang menjadi mangsa. Penjenayah sebenar yang melakukan jenayah itu sudah pun mati dan akan sekongkolan mereka sudah pergi bersembunyi; mereka seharusnya mesti dicari dan dibawa ke muka pengadilan. Di waktu yang sama, kita harus percaya adalah sama salahnya dan adalah dianggap satu jenayah seandainya kita melancarkan satu tindakan bertindak balas berasaskan syak wasangka tanpa bukti yang sahih.

Siapa Di sebalik Serangan Udara?

Kerajaan AS telah membuat pengumuman bahawa semua bahan bukti menunjukkan pembabitan Osama Bin Laden sebagai tertuduh yang utama. Bukti yang ditonjolkan ialah terdapat sembilan belas nama orang Arab yang didapati tersenarai dalam manifes penerbangan dan segelintir nama mereka ada kaitan dengan nama orang yang pernah mengambil kurus menjadi juruterbang di sekolah latihan. Satu lagi bukti tambahan ialah terdapatnya satu buku panduan (manual) dalam Bahasa Arab yang dijumpai dalam sebuah kereta sewa yang diletakkan di tempat meletak kereta di sebuah air-port. Kemudian ada pula cerita betapa segelintir orang Arab itu pernah berkumpul di Florida sambil beromong kosong mengenai operasi jenayah tersebut. Mereka dikatakan bersukaria menari dan berpoya-poya dengan wanita walaupun sudah ada dakwaan betapa mereka adalah pengikut Osama Bin Laden. Semua ini adalah percanggahan kerana sebagai “pengikut ajaran Islam” dan melibatkan diri dalam dosa besar seperti membunuh orang awam yang tidak berdosa, meminum arak dan berpoya-poya dengan wanita sambil mempunyai semangat perjuangan syuhada, adalah unsur-unsur yang tidak boleh dicampur-adukkan.

Demikianlah, betapa kerajaan AS berteori, yang berakar-umbikan prasangka, kebencian dan kegerunan Islam dan umahnya yang dibakar oleh kelentongan pemukul canang anti-Islam seluruh dunia. Kerajaan AS telah gagal menunjuk secebis bukti yang sahih untuk menyokong teori mereka. Sebaliknya, semakin banyak bukti yang sengaja telah dikumpulkan oleh orang ramai untuk menyokong teori saya yang turut diperakukan oleh dunia Islam, termasuk para penulis bukan-Islam yang berfikiran waras, bahawa Israel dan rakan Zionis-nya telah merupakan kumpulan yang bertanggungjawab dengan jenayah ini. Adalah satu kesilapan psikologi ramai orang, termasuk segelintir umat Islam, betapa sesebuah kerajaan itu mengetahui yang terbaik dan mempunyai teori yang benar sedangkan orang lain adalah tukang omong semata. Saya fikir kita terpaksa hidup dengan orang yang suka berbohong. (Sila baca tulisan saya mengenai Indeks Pembohongan di http://www.iie.net) Penipuan tidak menyumbang kepada sebarang kemajuan. Cuma ia melahirkan lebih ramai pengikut gila laksana sekumpulan kambing yang mudah dibela, sedangkan keraguan telah memajukan dunia sains dan menonjolkan kita kepada zaman komputer dan roket. Keraguan juga telah mendesak manusia menyediakan bukti yang sahih dan tidak boleh dipertikaikan ataupun berdiam dan membiarkan orang lain menimbangkan pelbagai teori yang berbeza dulu.

Prinsip saintifik yang sama seharusnya dipergunakan untuk mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dengan kemusnahan WTC, dan Pentagon serta pembunuhan hampir tujuh ribu manusia yang tidak berdosa. Seandainya teori kerajaan itu diterima tanpa mempertikaikan segala andaian buktinya, ia akan menyebabkan kematian lebih ramai lagi manusia yang tidak berdosa, kemusnahan lebih banyak harta benda dan membazirkan kutipan cukai untuk membiayai kerja yang tidak ada faedahnya. Perihal mensabitkan seseorang kerana melakukan jenayah di mahkamah tidak semestinya mengesahkan sesuatu barang-bukti yang tidak boleh dipertikaikan kerana ramai orang yang terhukum walau pun mereka kemudiannya didapati tidak bersalah sebenarnya. Yang selalunya, penghukuman di Amerika kerap diasaskan kepada akuan yang dirundingkan (plea bargaining) dan bukannya bukti yang tidak boleh dipertikaikan. Saya sendiri pun pernah mengalami kisah akuan yang dirundingkan.

Akuan Yang Dirundingkan

Beberapa tahun yang lalu, saya tengah memandu di lebuh raya I-80 East dan di satu bahagian jalan itu saya telah memecut kereta untuk ‘memotong’ sebuah lori panjang yang bergerak terlalu perlahan. Saya tidak pun melihat ‘speedometer’ tetapi saya yakin kelajuan kereta saya tidak melepasi had kelajuan yang ditetapkan. Sebaik memotong lori panjang itu saya dapati sebuah kereta polis trafik sudah mengekori saya dan menahan untuk memberikan satu saman kerana memandu laju. Saya terlebih laju 11 batu sejam. Saya tidak fikir dia dapat mengesan kelajuan saya menerusi radar kerana adanya lori panjang itu memisahkan pemantauan kelajuan kereta saya. Apabila saya menghadirkan diri di mahkamah, pendakwaraya memberikan saya pilihan untuk merundingkan akuan ataupun mengaku bersalah. Dia memberitahu kalau saya didapati bersalah oleh hakim saya akan didenda sebanyak $100 dolar, dikenakan denda hitungan mata pada lesen memandu saya dan menghadapi risiko membayar insurans yang lebih tinggi pada tahun berikutnya. Sebagai alternatif, saya punyai pilihan untuk merundingkan akuan saya itu dengan membayar $50.00 (dollar) dan tidak dikenakan denda hitungan mata pada rekod lesen memandu saya. Saya tanya beliau apakah akuan yang ditawarkan kepada saya. Dia menjawab untuk mendakwa saya kerana tidak membawa lesen memandu. Saya memberitahu beliau bahawa itu adalah satu penipuan kerana saya telah didakwa dengan tuduhan lain. Lagipun nombor lesen memandu saya sudahpun dirakamkan oleh polis pada kertas saman itu. Dia menjawab agar saya jangan peduli itu semua kerana dia boleh menyelesaikannya. Saya telah dihukum berasaskan tuduhan yang lebih ringan itu (dengan penipuan pihak pendakwa raya), saya pun bayar $50.00 dan selamat daripada bebanannya.

Akuan yang dirundingkan bukanlah berbentuk satu keadilan tetapi ia memberi beberapa faedah kepada kerajaan. Sebagai contohnya, menghukum seseorang dengan merundingkan secara berahsia memang dianggap betul secara politiknya, kerana ia mengurangkan biaya. Kadang kala ia menambahkan wang dan masyarakat pun merasa lega apabila seseorang sudah dihukum dan didenda. Sebahagian besar kemenangan yang diperolehi oleh pendakwa-raya adalah akuan yang dirundingkan melalui ugutan dan ancaman. Kebanyakan umat Islam yang dihukum dengan tuduhan mengganas oleh mahkamah kanggaru New York adalah kerana adanya ramai Zionis jenis serupa ini. Semua kes keganasan membabitkan orang Islam dan Arab diadili di mahkamah kanggaru New York yang dikendalikan oleh Zionis kerana tidak ada mahkamah lain di negara ini (Amerika) yang dapat mengemukakan bukti yang secukupnya untuk menghukum mereka. Selagi Zionis terlibat di mahkamah yang mengadili orang Islam dan Arab, yang dituduh itu tidak akan berjaya dibebaskan kerana sudah menjadi amalan Zionis menganggap Arab dan orang Islam sebagai puak yang sentiasa bersalah. Saya bukannya bercakap mengenai orang Yahudi, tetapi puak Zionis yang merupakan satu puak yang sedikit berbeza secara tersendirinya tidak kiralah apa agama mereka. Saya percaya kalaulah Timothy McVeigh telah meletupkan satu bangunan di bandar New York, dia mungkin akan terlepas dan bebas dan ada orang yang beragama Islam ataupun Arab yang dikenakan hukuman mati ataupun dibiarkan mereput dalam penjara persekutuan.

...bersambung

Hits: