KUMPULAN SILAT DIGUNAKAN SEBAGAI SAMSENG BN SEMASA PILIHAN RAYA SARAWAK

Rumpun Silat Sarawak (RSS) telah digunakan sebagai samseng oleh BN dalam pilihan raya Sarawak pada kali ini. RSS diletakkan di hadapan pintu masuk pusat mengundi dan mengganGgu para perayu undi dari parti pembangkang, hampIr 50 orang ke 100 orang ditempatkan dalam satu-satu pusat mengundi.

RSS ini terdiri dari ahli-ahli kumpulan silat di Sarawak yang mana penaungnya adalah Ketua Menteri Sarawak .. PAK UBAN (TAIB MAHMOD). Bukti kukuh ini telah menunjukan BN mengamalkan politik ganas bercorak samseng serta kasar. (Lihat foto ahli RSS)

Ahli RSS ini ditugaskan untuk menakut-nakutkan para perayu undi dan pengundi pada hari pilihan raya, begitu juga pada hari penamaan calon lebih 5000 ahli RSS ini digembelingkan untuk menakut-nakutkan para penyokong KeADILan di Sarawak.

Pengundi Hantu di Engkelili

Kes pengundi hantu kali adalah di Dun Engkelili, dua bas dengan 60 orang pengundi telah dapat dikesan oleh pihak KeADILan di Engkelili. (Foto disertakan)

Kes ini adalah kes kedua selepas LUNAS … dan pihak BN sekali terperangkap untuk melakukan kerja-kerja kotor mereka.

Pilihan raya Sarawak penuh tipu daya dan muslihat pihak BN

Keputusan pilihan raya Sarawak pada 27/9/2001 telah membuktikan lebih 37,000 (18%) orang pengundi Sarawak memilih KeADILan, walau pun 1001 macam tipu daya serta muslihat pihak BN untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Berkat usaha calon dan para petugas… alhamdulillah semuanya berjalan lancer, walau pun dalam serba kekurangan dari segi kewangan dan jentera parti. Tetapi semangat serta dokongan kuat para ahli parti dan reformis, KeADILan berjaya bertapak di Sarawak dengan penuh bangganya.

Kejayaan tidak akan datang dengan mudah…. Berkat usaha semua pihak Insya Allah pada pilihan raya Parlimen dan dun akan datang, rakyat Sarawak akan memberikan pukulan maut terhadap BN.

Yang nyatanya pilihan raya di Sarawak pada kali ini bukan dari sudut 2 dimensi…. Tetapi 3 dimensi…di mana makhluk ketiga membantu BN menipu pada pilihan raya kali ini. Segala pawang dan bomoh digunakan oleh BN untuk meraih undi palsu…. Dasar jantan takda telur….itulah BN yang sebenarnya…penakut menghadapi dunia yang nyata..sanggup bersekongkol dengan makhluk halus yang bergelar syaitan.

LAWAN TETAP LAWAN.

PSARAFHQ –KUCHING 2/10/2001

Hits: