18 Hari selepas musnahnya WTC dan Pentagon

siri 2

Teori Alternatif  dan Bahan Bukti

Dalam artikel saya pada September 11, saya telah menyatakan bahawa  jenayah ini adalah kerja  Israel dan  kawan-kawan Zionis mereka.  Dua minggu  selepas itu,  saranan saya itu menjadi lebih kukuh  apabila semakin ramai orang lain  yang   memberikan beberapa  dalil yang enggan diterimapakai oleh  kerajaan AS. Saya  telah mengemukakan  bahan bukti itu di bawah dua tajuk  kecil:

a) Rumusan Munasabah (logical  conclusions) dan 

b) Bukti Yang  Diperakui  (supportive evidence)

Rumusan  Munasabah

1. Panduan Latihan dalam Bahasa  Arab:   Pegawai penguatkuasa Amerika telah terjumpa panduan dalam bahasa Arab untuk latihan juruterbang, yang ditinggalkan dalam sebuah kereta  sewa  di tempat  letak kereta. Secara  logiknya inilah usaha memburukkan orang Arab kerana tidak ada  penjenayah yang  akan membiarkan  barang bukti  seperti itu. Lagipun, ramai  yang diketahui telah  menetap  lama di Amerika  dan  belajar di institusi pengajian tinggi   serta  mahir  dalam Bahasa  Inggeris. Mereka tidak memerlukan  buku panduan latihan dalam Bahasa  Arab, kecuali buku itu  sengaja diada-adakan sebagai  barang bukti  yang  palsu.

2.  Menyamar Sebagai  Krew Pesawat  terbang. Dua orang Arab  dikatakan  tiba di air port dengan  lesen juruterbang  palsu. Inilah  tohmahan yang tidak munasabah, kerana tidak ada  penjenayah   yang  akan melibatkan dirinya dengan  benda-benda yang mencetuskan kesangsian yang mereka  adalah  penjenayah untuk ditangkap  sebelum mereka menaiki pesawat  terbang. sekali lagi  ini adalah satu usaha yang disengaja  untuk memburukkan warga  Arab.  Tiga  orang Arab dikatakan membawa  beg bagasi yang bertanda “crew”(anak-kapal) sedangkan mereka bukannya  petugas  kapal, menunjukkan  usaha memburukkan  orang Arab.

3.   Pengenalan Palsu:  Israel telah dilaporkan, mempunyai satu  jabatan khas yang pakar memalsukan dokumen  yang  asalnya  dikeluarkan oleh  negara  lain. Contohnya ialah  kad pengenalan,  pasport, sijil-sijil dan  lain-lain lagi. Semua  itu mereka palsukan untuk melengkapkan  para  perisik mereka  untuk menyeludup masuk  negara  Islam  dan secara bersistem mengumpulkan maklumat  mengenai penduduk  di  negara  yang mereka ceroboh. Adalah amat mudah untuk  Israel memalsukan dokumen  untuk membolehkan  warga mereka menceroboh  dan  menyamar sebagai  orang Arab seandainya mereka  mahu  membunuh Arab sebagai  pencetus  keganasan. Israel memang amat  pintar merakamkan  aktibiti perisiknya sebagai orang Arab dengan membekalkan mereka  segala dokumen palsu untuk menyamar dan melakukan kerja-kerja  jenayah  dan kemudiannya  menuduh orang Arab melakukannya. (Sila baca BY WAY OF DECEPTION oleh Victor Ostrovsky, St. Matins Press, New  York, 1991.) Adalah penting  bagi mereka  untuk  memantau  nama orang Arab yang  melakukan jenayah, sejak mereka  kecil lagi, sehinggalah mereka  mati.  Untuk menyediakan satu  senarai buruk  sebagai orang Arab,  perisik  Israel   dilengkapi  kad kredit dengan nama Arab, mendaftar diri  mereka  di sekolah latihan  juruterbang  sebagai  Arab,  menyewa apartment dengan nama  Arab,  mempunyai keluarga  persis  keluarga Arab  dan  melakukan apa sahaja untuk  menuduh Arab  dalam segala  jenis  kerja  terkutuk.

4. Penyusupan dan  Koordinasi:  Puak Zionis  memang  wujud  di setiap aktiviti kehidupan di Amerika, yang  menyungkupi  penerbangan,  juruterbang, komunikasi,  FBI, CIA, epot, sekuriti, menara kawalan penerbangan,  penguatkuasaan undang-undang,  media massa, Rumah Putih,  Kongres,  dan di setiap  kedudukan  yang  penting  untuk  memantau aktibiti  dengan sesiapa  sahaja. Orang Arab dan  yang  beragama Islam  tidak memegang jawatan tinggi di situ   untuk   memudahkan sebarang kegiatan  jenayah. Lagipun, serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon, memerlukan  pelbagai koordinasi  dan bantuan dalaman  yang tidak mungkin diperolehi oleh  pengganas   yang  beragama Islam.

5.  Rangsangan dan Kepentingan:  Soalan yang paling penting  dalam setiap siasatan jenayah ialah mengenai  rangsangan dan  kepentingannya. Tidak ada  sesiapa  yang merelakan  nyawanya terkorban  kecuali ada  sesuatu  kepentingan   pada dirinya. Kerajaan AS  gagal  menyatakan apakah  rangsangan  yang  paling  meyakinkan setiap kumpulan Islam, termasuk Osama bin laden. Dakwaan yang paling  bodoh ialah andaian betapa  dunia  Islam  cemburukan  kekayaan  Amerika  dan  cara  hidup mereka. Ada yang mendakwa   betapa orang  luar  membenci  kebebasan  Amerika, ataupun  mereka bencikan demokrasi, dan kapitalisme.

Sweden, Jepun, Denmark,  Kuwait, dan banyak lagi  negara  lain  yang  sama kayanya jika tidak lebih  mewah lagi, tetapi  mereka mencatatkan jenayah yang lebih  rendah berbanding jenayah di   Amerika, sepatutnya  negara ini yang  menjadi  sasaran. Osama bin Laden  datangnya daripada  satu keluarga  Arab yang kaya raya dan dia sendiri pun memang  kaya. Kenapakah dia  mesti memusuhi Amerika?  Sebaliknya,   Israel mempunyai motivasi  untuk  melakukan jenayah  dan  menuduh  orang  Islam. Sejak dua minggu  yang lalu, Israel  telah  meraih  banyak  keuntungan  daripada  jenayah dahsyat  yang dilakukan sehinggakan mampu  meningkatkan imejnya  sedangkan seluruh dunia  Islam diburuk-burukkan.  Inilah sasaran dan matlamat  Israel sebenarnya. Sebelum itu imej Israel di  Amerika dan  seluruh dunia  sudah semakin mereput  disebabkan kegiatan ‘Intifada’: kegiatan  memerangi  kereta kebal  dan  mesingan  Israel dengan balingan batu. Martabat Israel itu sudah terjejas  kerana pembunuhan rambang  dan pengeboman rumah kediaman orang Palestine,  termasuklah   sikap mereka  keluar  memulaukan Persidangan  Perkauman  PBB  di  Durban.  Kini, Israel telah memperbaiki  imejnya dan dunia  Arab sudah menjadi tercemar. Tidak ramai  orang lain yang berani  terbang bersama dengan penumpang Arab ataupun  orang  yang  beragama Islam.  Pengkhianat yang anti-Islam yang ditaja oleh Israel sedang  merasa keseronokannya, sehingga  memberikan motivasi untuk Israel terus  membuat  kerja-kerja  jenayah dan  menuduh  orang Arab melakukannya. Masyarakat Islam dan Arab menjadi  kumpulan  yang  tertindas dalam pilihan pendapat sejagat  sedangkan  Israel  menjadi kumpulan yang meraih  faedahnya.

6. Percanggahan  dalam Ajaran Islam:   Meminum arak, berzina,  menari dengan wanita  dan membunuh orang awam yang tidak berdosa  adalah  perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Semua ini  bercanggah dengan  ajaran  al-Qur'an  dan konsep  mencari  jalan syuhada yang mendorong  ke  pintu syurga. Sudah tentu tiada  ada  seorang pun pejuang Islam  yang sanggup  melakukan dosa besar ini ketika dia  nekad  untuk  menjadi  calon syuhada.

7.   Kes  FBI  yang lemah:   Mengikut  senarai  sembilan nama  perampas pesawat yang dikemukakan  oleh  FBI,  penerbangan United 93 dan 175, mempunyai hanya  nama seorang juruterbang, penerbangan American 77 tidak mempunyai sebarang  nama  juruterbang sedangkan penerbangan Amerikan 11,  terdapat  nama  empat orang juruterbang. Bukankah kerja  bahlol, semua  ini!  Apabila diamati lagi  kes ini, akan  kelihatan  banyak lagi kesangsiannya  kerana  teori kerajaan AS  yang memang   lemah.

....bersambung  Bahagian 3.

Hits: