Muslihat Bush damaikan Palestine-Israel

Assalamu'alaikum wm wbt

Adakah US benar-benar inginkan perdamaian antara orang Palestine dengan Israel? Menurut maklumat yang diperolehi dari lingkungan diplomatik, Presiden Bush sebenarnya mempunyai muslihat dan agenda-agenda terselindung dalam usaha mencari perdamaian antara puak Palestine di bawah kepimpinan Arafat dengan Israel. Pentadbiran Bush ingin mengasingkan puak-puak Arafat dari kumpulan-kumpulan pembebasan Hamas, Hizbollah dan Jihad Islamiyyah yang akan menjadi sasaran serangan US dan Britain setelah selesainya serangan ke atas Taliban di Afghanistan.

Media US, terutamanya CNN, sudah pun menggambarkan kumpulan Palestine di bawah kepimpinan Yasser Arafat sebagai kumpulan sederhana dan rakan US, sementara Hamas, Kumpulan Jihad Islamiyyah dan Hizbollah digambarkan dengan seteruk-teruknya sebagai kumpulan-kumpulan pengganas Islam yang mengancam ketenteraman barat dan oleh itu perlu diperangi dan dihapuskan oleh tentera khas (US dan Britain).

Bila ditanya adakah US menyokong penubuhan negara Palestine di West Bank, Presiden Bush menyebut bahawa konsep negara Palestine itu memangnya suatu wawasan (vision) tetapi hanya boleh direalisasikan jika hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara yang sah diterima terlebih dahulu oleh semua negara-negara Arab. Negara Palestine itu juga mestilah tidak mengancam keselamatan Israel. Kalau dalam bahasa diplomatik ini adalah cara untuk mengelak dari memberi sesuatu ketetapan.

Satu lagi muslihat Presiden Bush dalam beria-ia inginkan perdamaian antara puak Arafat dengan Israel adalah supaya ketegangan di West bank dan Gaza akan reda. Dengan redanya keadaan, maka sebahagian dari tentera Israel yang mengawal kawasan West bank dan Gaza bersama-sama sebahagian anggota Mossad boleh diserapkan ke dalam tentera US dalam serangan-serangan ke atas Afghanistan nanti.

Penyertaan tentera Israel dan Mossad dalam serangan ala komando ke atas Afghanistan dikira penting.

Kaedahnya adalah sama seperti semasa Perang Teluk di mana unit-unit komando tentera Israel dan anggota badan perisik Mossad telah mengenakan uniform tentera US dan turut bersama menyamar sebagai tentera US dalam serangan-serangan ke atas Iraq.

Pihak US melalui medianya sudah mula mengajak dunia untuk mentakrifkan kumpulan-kumpulan pembebasan (resistance movement) dan kemerdekaan Islam di Timur Tengah, Kashmir, Algeria, Acheh, Mindanao dan Pattani sebagai kumpulan-kumpulan pengganas. (Kumpulan-kumpulan pembebasan di negara-negara barat seperti di Ireland Utara tidak pula ditakrifkan sebagai kumpulan-kumpulan pengganas). Maka US dan Britain dijangka akan memerangi kumpulan-kumpulan pembebasan Islam tersebut satu demi satu dan juga memerangi Iraq dan Iran yang akan dituduh sebagai memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan pengganas Islam.

Walau pun Presiden Bush dan Perdana Menteri Britain, Blair cuba berselindung, tetapi adalah jelas bahawa peperangan yang mereka lancarkan ini adalah peperangan menentang Islam. Bush dan Blair dahagakan darah orang-orang Islam yang dianggap mereka sebagai ancaman terhadap tamadun Kristian barat setelah berakhirnya ancaman komunis dengan keruntuhan Soviet Union.

Lingkungan diplomatik berpendapat hanya pendirian yang tegas secara sepakat di kalangan negara-negara Islam dalam membantah serangan ke atas Afghanistan dan lain-lain negara Islam sahaja yang mungkin dapat merencatkan rancangan jahat Bush dan Blair terhadap Islam itu. Malangnya hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara-negara Islam kerana kepentingan masing-masing telah menyebelahi Bush dan Blair.

Semoga Allah SWT melindungi umat Islam di seluruh dunia, dan semoga rancangan Bush dan Blair untuk melakukan genocide ke atas umat Islam bukan sahaja akan digagalkan oleh Allah SWT tetapi akan membawa Amerika Syarikat dan Britain kepada kehancuran.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

15 Rejab 1422 
3 Oktober, 2001

Hits: