Siapa yang  menang  perang  tarik-tali di AS? 
(Who’s winning  the tug of  war in the  US?)

Oleh: Leon Hadar – Washington-  Business Times  2 October, 2001.

“Saya  ada satu  pesanan kepada  tentera  kita: Bersedialah!” Inilah kata-kata  semangat yang dituturkan oleh Presiden Amerika George bush Jr.  ketika  berucap  di Congress  yang diberikan liputan siaran  langsung   di TV  ke seluruh dunia. Inilah  kata-kata yang dianggap oleh  para pengamat  sebagai   seruan  untuk  ‘siap siaga’  untuk menggerakkan rakyat  Amerika   bergelumang dalam satu  peperangan  yang  panjang  dan  paling tinggi risikonya  memerangi  keganasan.

Memang tidak syak lagi  ucapan Bush itu  membuatkan  rakyat  Amerika  merasa lega  dan selesa  sambil  menaikkan semangat  dan pengharapan mereka   dalam   memahami satu kempen  ketenteraan  yang  secara spontan  dan bertujuan untuk menghenyak mereka  yang bertanggungjawab  dengan serangan keganasan  terhadap  Pusat Dagang  Dunia  dan Pentagon.

Untuk sehari-dua  selepas  ucapan itu, beberapa pegawai AS  yang lain  turut mengulang-ulang  iltizam itu. Setiausaha  negara  Collin Powell   yang telah memimpin tentera  Amerika   pada  1991  terhadap  Iraq, telah   memberikan gambaran betapa Amerika  mempunyai  matlamat  untuk ‘menghapuskan’ keganasan dan  menekankan ia tidak akan berakhir sehinggalah  tentera Amerika  berjaya  ‘menyelinap masuk, menumpaskan dan menghapuskan mereka.’   ‘Jom, kita  laksanakan!’ demikian  tajuk sebuah akhbar tabloid harian.

‘Bolehkah anda  tolong  tekan  butang  itu!’ demikian kata  Matt Drudge, seorang editor majalah internet  yang terkenal  ketika merayu kepada  Presiden  Bush. Mahaguru politik dan pakar ketenteraan  telah meramalkan  betapa   tentera  Amerika  sudah bersedia untuk menyerang  dan sedang  merancang  untuk  menyerang  pengkalan  pengganas di Afghanistan  dan  berkemungkinan  menyerang  sasaran lain di Iraq, Syria  dan Libya.

Malahan, mengikut  sumber dalaman, satu  perdebatan besar  sedang bergolak dalam pentadbiran Bush  sendiri, antara  kumpulan  yang sederhana,  pimpinan Collin Powell yang memberi penekanan   kepada  menubuhkan satu kumpulan besar  sejagat, termasuk beberapa negara  Islam dan Arab  yang  sederhana, yang dapat  menyokong satu serangan ketenteraan yang  berpilih-pilih  terhadap Afghanistan. Kumpulan ini ditentang oleh beberapa pegawai  Pentagon  yang  dipimpin oleh   Timbalan Setiausaha Pertahanan  Paul Wolfowitz, yang mencadangkan agar  AS  meluaskan peperangan  terhadap keganasan  itu dan  menggunakan  segala  peluang  untuk  menjatuhkan  Saddam Hussein  dan menyanggah Iran, Syria dan kerajaan  lain  yang masih  mempunyai hubungan dengan kumpulan keganasan.

Kini,  tiga minggu  hampir  berlalu selepas serangan  dibuat  ke atas New York dan Washington  yang telah meremukkan  hati  orang Amerika, dan 10  hari sudah pun berlalu sejak  Bush meminta  rakyat   ‘bersedia’  sehingga   menaikkan  begitu  banyak harapan agar  dilaksanakan  satu  serangan tentera  yang spontan,  tetapi sehingga  kini tidak ada  sesuatu  yang  dapat  dibanggakan.

Tidak ada pun  Perang Dunia  Ketiga,  dan tidak ada  gegarannya, Tidak ada  yang meledak di  Kabul dan Baghdad. Sebaliknya,  Mr. Bush, Mr. Powell  dan beberapa pegawai tinggi  AS   yang lain  telah  mula  menurunkan tahap  pengharapan, dan  menyempitkan ruang matlamat  apa  yang mereka sebut   Perang Menentang  Keganasan (yang semakin  sama bunyinya  dengan  Perang  menentang  dadah dan tidak lagi bergema  sebagai Perang Dunia ketiga)  sambil meminta rakyat  bersabar, sebanyak-banyak sabar.

Rakyat  Amerika seharusnya tidak  menjangkakan satu   kempen  ketenteraan  yang spontan.   Mereka  tidak boleh mengharapkan  ulangan  senario  Pendaratan di Normandy (yang merupakan  serangan  tanah besar Eropah oleh  pasukan tentera  sekutu  dalam Perang Dunia  Kedua  dulu). Demikian pendapat  Setiausaha Pertahanan  Donald Rumsfeld, yang dianggap  sebagai  salah seorang  yang berjiwa   ‘helang’ di Pentagon.

Malahan, sudah banyak petanda  bahawa pentadbiran Bush  sudah semakin hambar untuk menggulingkan kuasa  Taliban di Kabul,  yang direncanakan  melalui usaha bersama Perikatan  Utara  (satu kumpulan gerila anti-Taliban)  dan  pasukan  AS dan Britain. Sikap ini  amat  bertentangan dengan  hasrat kerajaan Pakistan  yang  merelakan tentera AS  menggunakan  pengkalannya   dalam usaha  menangkap  Osama  bin Laden  yang dituduh perancang  utama  keganasan dan yang kini  bersembunyi di  Afghanistan.

Islamabad  tidak ingin melihat  kemunculan  Perikatan  Utara  merampas kuasa pemerintahan Afghanistan. Kerajaan Arab dan  negara  Islam yang lain   yang bersekutu dengan  Washington  memang  perihatin  akan  kesan tindakan  Amerika  ke arah Afghanistan yang  mungkin  tercetus  di  negara  mereka  pula.

Kerana  banyak pihak yang mengharapkan   tekanan diplomatik dan ketenteraan yang ditumpukan kepada  Taliban  akan memaksa  Osama bin Laden  bersama  para penyokongnya keluar  daripada  persembunyian  ataupun  sengaja mengundang   kemaraan komando Britain dan Amerika  untuk menangkap beliau  dan  mengheretnya ke  medan  pengadilan (ataupun membunuhnya  di sana  untuk menjimatkan  perbelanjaan proses   pengadilan yang panjang).

Apapun, kata    pegawai kedutaan  AS  dan  pegawai tenteranya,  masih ada keperluan menyediakan  sistem sokongan   antarabangsa  di darat,  yang merupakan satu proses  yang bukan sahaja merubah  arah tuju  dasar  luar  Amerika  Syarikat  yang bersifat multilateralisme  menggantikan unsur  pandangan  uniliateral  pilihan kerajaan Bush  di mana  hak asasi manusia  dan  program  “pembinaan- negara”  di perusuk  di bahagian bawah agenda  besarnya.   Sekaligus  ini merubah  bentuk imbangan kuasa global seperti yang dapat dilihat  dalam kemunculan   persyarikatan  strategik yang  lembab tetapi meyakinkan antara Washington dan  Moscow   yang  menumpukan sasaran  terhadap radikalisme   Islam dan kemunculan  NATO sebagai  satu kuasa  global  yang tidak lagi terhad  pada wilayah Atlantik sahaja.

Terdapat banyak kepuasan di Washington  terhadap  sokongan  yang diberikan kepada  AS  di PBB dan di  seluruh dunia (malahan Korea Utara dan  Cuba telah menyatakan sokongan mereka   terhadap strategi   memerangi  keganasan, dan Iran mengambil sikap berkecuali berbanding  menjadi pembangkang  kepada  pendirian  anti-Amerika)

Jelas, segala  usaha   meraih sokongan   sejagat  ini  terus  membantu pentadbiran Bush dalam usaha  menghambat anggota  Al-Qaeda  dan cuba  mengeringkan sumber kewangan organisasi  itu.

Akan tetapi, apakah  kemungkinannya  segala  usaha  menubuhkan  satu pasukan bersekutu antarabangsa  yang  memakan  masa  tidak menentu  dan kerja-kerja  mata gelap untuk menghambat sumber kewangan yang menghasilkan imej  Osma Laden yang sudah mati dapat memuaskan nafsu serakah yang sungguh tinggi  rakyat Amerika  yang pada keseluruhan dan majoritinya mahukan pemimpin mereka  menghukum  para  pengganas  yang mencetuskan tragedi  September 11 itu?

Memandangkan  sokongan terhadap  Mr. Bush  di kalangan  rakyat Amerika  berada pada tahap yang tinggi  lambungannya, tidak ada  seorang pemimpin politik dan  mahaguru  yang berani  menyuarakan soalan   mempertikaikan  dasar  Rumah Putih, buat  waktu semasa. Tetapi secara  persendirian,  orang-orang  dalam sudah semakin berani membincangkan keraguan  betapa  pentingnya  pentadbiran  Bush  bertindak sesuatu (yakni satu bentuk tindakan ketenteraan yang  membolehkan rakyat  Amerika  melihatnya  di CNN) secepat mungkin.   Jika tidak, bukan sahaja   Rumah Putih akan kehilangan sinar sokongan rakyatnya,  tetapi  semangat  patriotisme  pasca September 11,  akan berubah rupa menjadi satu  bentuk  kebingungan  yang mencetuskan kemarahan yang akan mencemar perasaan  kesatuan kebangsaan   yang kini  sedang  bertiup  lega  menguasai Washington dan  menyenangi  keseluruhan  negara.

tamat

Hits: