BERANIKAH SESIAPA BERTANYA KENAPA? 
(Will Anyone  Dare To Ask  Why?)

Oleh:  David Duke: EURO

Bahagian   1

Amerika  dan masalahnya  yang  besar

Kita baru  sahaja  mengalami satu kejutan  yang  dahsyat  dan  serangan  yang paling ganas dalam sejarah  moden. Seolah-olah satu  babak  yang  sungguh  mempersona dalam wayang  bikinan  Hollywood, telah bermain di  depan mata.  Pada September 11, 2001, pesawat  penumpang yang dirampas  telah dihunjam untuk menikam Pusat Dagang Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di  Washington. Ribuan rakyat  Amerika  kehilangan nyawa  dan terseksa. Kerugian  mungkin  mencanak  naik melebihi  satu  trillion  dollar, dan peristiwa  ngeri itu  berkemungkinan   mencetuskan  kegawatan ekonomi  di seluruh dunia.

Gelagat  keganasan yang sungguh kejam ini  mesti  ditangani  dengan segala keazaman setiap rakyat Amerika. Mereka  yang  melaksanakan   perbuatan yang menggila  ini perlu dihukum  seberat hukuman yang  dizinkan oleh perundangan, supaya  perbuatan ganas seperti itu tidak dibenarkan berulang  di  bumi Amerika. Tetapi, bagaimana pula  kita  mahu  melindungi  diri   daripada  keganasan  pada masa hadapan, nanti?

Oleh kerana peningkatan  pengetahuan sains  di seluruh dunia,  keganasan  yang mungkin tercetus nanti  berkemungkinan  lebih dahsyat  lagi  daripada  yang kita alami pada  11 September dulu. Seandainya  berlaku, ia  berkemungkinan  tidak  mencetuskan ledakan sebarang  rupa,  tetapi mungkin  merupakan kematian  manusia besar-besaran disebabkan serangan  biologi  dan radiasi.

Berita  terburuk dalam suasana  ini  ialah  kalau pun  kerajaan  membelanjakan berbilion dollar   ataupun menggugurkan  banyak bom yang  dimilikinya,  adalah tidak mudah melindungi  diri kita  sepenuhnya  daripada   bahaya  besar  semua  itu.. Malahan, lagi banyak bom yang kita  gugurkan  dan  kemusnahan   yang  kita  cetuskan,  lebih besar kemungkinannya  kita   menerima belasan dalam  bentuk keganasan.

Kita  sudah memasuki ambang  kehidupan di mana  kekuatan  ketenteraan  tidak menjamin banyak  perlindungan. Ini bukan masanya lagi di mana  negara  yang  kuat   mampu menyerang   negara  yang  lemah  tanpa  memikirkan  balasannya. Sebuah negara yang paling  kenit  ataupun  sebarang  entiti politik  yang  tersepit sudah mampu menuntut bela  dengan  melaksanakan  keganasan  secara  besar-besaran. Tidak ada sebuah negara yang  kebal  lagi, termasuklah  negara  yang paling  kuat  di  dunia  ini.

Lainlah kalau  kita  mula  cuba  memahami  kenapa berlakunya  tindakan  ganas ini semua, dan sebab-musabab  ianya  terlaksana, barulah kita mampu menyekat   keganasan yang serupa  itu  di hari muka. Kita, rakyat  Amerika  mesti menyoal diri sendiri, kenapa kita mesti merana  penuh  ketakutan segala  keganasan  ini.

Apabila  sebuah  jam  berhenti, kita  menyoal diri  kenapa.

Apakah  tercabut  plag  dari  dindingnya? Apakah bateri di dalam kehausan kuasanya? Apakah  ia  telah  rosak  dan  kenapa?

Apabila kita  mempunyai  masalah,  kalau kita  tidak menyoal kenapa dan mencari jawapannya  untuk bertindak  memperbaiki keadaan,  masalah itu akan  berkekalan dan akan  menjadi lebih teruk  di luar  dugaan.

Media massa Amerika telah  menyedapkan mata kita  dengan segala    gambaran penuh warna dan terperinci walaupun sungguh ngeri,  senario  serangan  yang  menyerang  Amerika dan menyayat hati.

Mengutuk  para penyerang itu  dengan panggilan “bacul” memang tidak kena pada tempatnya. Para pengganas   telah melakukan satu  tindakan yang tidak boleh dibayangkan betapa ganasnya mereka dan kejam  terhadap  rakyat Amerika.. Namun, mereka bukannya golongan yang pengecut. Kumpulan  juruterbang ‘kamikazi’ dulu mungkin  merupakan kumpulan yang songsang, tetapi  untuk merelakan diri  sendiri menghadapi kematian untuk mencapai satu perjuangan bukannya  satu mainan. Melabel  para  penyerang itu sebagai bacul dan penakut ataupun orang gila  bukannya  jawapan  yang memuaskan soalan kenapa  perbuatan jenayah ini  dilakukan. Lainlah kalau  kita  fikirkan  bahawa setiap   orang  yang pengecut  dan gila mahu  menjahanamkan  Menara  Pusat Dagang  Dunia  dan Pentagon secara bersaja-saja.

Kenyataan demikian  menyekat  manusia  untuk mencari sebab-musabab  sebenarnya kenapa peristiwa itu  berlaku juga. Seandainya kita  mahu menyekat   perkara  demikian berulang lagi, tentu  ada kunci rahsia  yang mesti kita tanya  “kenapa”  dan fahami.

Mungkin satu soalan  terbaik yang perlu  kita soalkan, kenapa dalam kerja  gila dan bacul ini,  orang Arab tidak menyerang  Switzerland  ataupun Sweden?  Apakah sebabnya yang membuatkan  negara itu  tidak diambil peduli untuk turut  diserang sekali?

Biarlah saya mengambil sikap berterus  terang.

Sebab  yang paling  utama tercetusnya  keganasan  begini berpunca  daripada penglibatan kita   dalam mencetuskan  dan  memberi sokongan  kepada  gelagat  bajingan Israel.

Bersambung:

tamat

Hits: