BERANIKAH SESIAPA BERTANYA KENAPA? 

(Sambungan EURO) Bahagian 2

Apabila  keganasan di balas  keganasan.

Rakyat Palestine  dan  sekutu mereka  berbangsa Arab  telah  menjadi  bahan sasaran keganasan  Israel  sejak  setengah abad  lamanya.

Pada  akhir  1940-an,  puak Zionis  telah  mengambil  alih Palestine  dan menghalau 700,000  orang  Palestine  daripada  tanah  halaman mereka  melalui  pelbagai kegiatan ganas. Antaranya  ialah   pembunuhan kejam secara  besar-besaran  terhadap  254 orang Palestine yang terdiri dari  lelaki tua  dan uzur  serta  perempuan  dan kanak-kanak (yang tidak berdosa)  di  Deir  Yassin.  Itulah satu peristiwa  pembunuhan  beramai-ramai yang sungguh kejam  yang dilakukan oleh  Yahudi   dengan cara  membelah perut wanita yang sedang  hamil.  Setelah melakukannya,   para  pembunuh yang kejam itu telah sengaja  memberikan liputan meluas  akan kejadian itu  dengan  tujuan menakutkan orang lain agar  mereka  terus  keluar  lari dari  rumah kediaman  dan pusat perniagaan  yang sehingga  kini masih tidak  dipulangkan  kepada  mereka.

Bekas Perdana Menteri Israel, Menachem Begin, turut  terlibat dalam  pembunuhan kejam ini, pernah   berbangga dengan  kepentingan  peristiwa di Deir Yassian  dalam tulisannya yang dibukukan  berjodol “The Revolt: The Story of the Irgun”. Dia telah menulis betapa Negara  Israel (the state of Israel) tidak dapat  diwujudkan tanpa  kemenangan di  Deir Yassin.  “Pasukan  Haganah telah  melancarkan  beberapa  serangan  di beberapa bahagian sehingga  mencapai kejayaan...Dalam keadaan  ketakutan  yang  amat sangat  orang Arab telah lari lintang-pukang, menangis dan berteriak; Deir  Yassin.”

Pembunuhan beramai-ramai itu tidak juga  dihentikan  selepas tertubuhnya  sebuah negara Yahudi; mereka teruskan  kerja  jijik itu  di waktu  perang  dan ketika keadaan sudah aman.  Di sini kita  rakamkan  nama beberapa peristiwa  kejam itu:  Pembunuhan beramai-ramai Sharafat, Peristiwa  ngeri Kibya, Peristiwa  Ngeri Kafr Qasem, Peristiwa Ngeri Al-Sammou’, Peristiwa  Ngeri Sabra dan Shatila (yang diketuai oleh  Ariel Sharon – penterjemah), Peristiwa  Ngeri  Oyon Qara, Peristia Ngeri Al-Aqsa, Peristiwa Ngeri Masjid Ibrahim,  Peristiwa  Ngeri Jabalia.

Sebagai satu dasar   pembasmian etnik, Israel  terus menyekat    penduduk Palestine pernah lahir   di  tanah air  mereka  dan  mempunyai kaum keluarga   turun temurun di situ   untuk pulang  ke  kampung  halaman. Di waktu yang  sama  Israel  telah memberikan pampasan dan insentif  kepada   kaumnya  yang  tidak pernah  tinggal  di  Palestine  untuk datang berhijrah  daripada  empat  penjuru  dunia  dan  menduduki  tanah orang Palestine.

Orang  British pun  pernah  merasa bahana  keganasan Israel, seperti yang berlaku  ketika meledaknya  bom di  David Hotel di  Jerusalem.

Keganasan Israel itu   tidak berhenti  sejak itu. Itu sebabnya  wujud  jumlah banduan per kapita yang lebih  besar  berbanding negara  lain, malahan  lebih ramai berbanding Russia  pimpinan  Stalin dulu  dan China Komunis  di  zaman  keganasannya. Israel menyeksa  secara  bersistem setiap   banduan Palestine, dan  Israel  merupakan hanya sebuah  negara   di zaman moden ini yang  membenarkan penyeksaan  para   banduan di penjara. Malahan, ada  kumpulan  hak asasi manusia di Israel  yang  membuat  satu laporan setebal 60 muka surat  yang merakamkan betapa  85%  banduan Palestine  di penjara Israel dihenyak  penyeksaan.  Pernah  New  York Times menyiarkan  satu  artikel tulisan seorang Yahudi, Joel Greenburg  yang melaporkan  betapa  secara purata  Israel menzalimi sekitar  500 hingga 600  banduan Palestine setiap bulan.

Israel telah menyerang dan membunuh  ribuan  pemimpin Palestine, termasuk para bijak pandai,  ulama, peniaga, dermawan, dan  penyajak, malahan sesiapa  sahaja yang mempunyai semangat patriotisme. Pembunuhan kejam secara  upahan  ini telah direncana di seluruh dunia, termasuk di  Amerika  Syarikat. Dalam proses ini mereka turut   membunuh ribuan wanita  dan kanak-kanak. Malahan  mereka  kerap  mengbom secara   bertubi-tubi khemah pelarian   dan  membunuh  wanita  dan  kanak-kanak

Setelah mengisytiharkan negara  Israel  di atas  tanah kepunyaan Palestine (ketika itu pada 1948, rakyat  Palestine  merupakan tuan punya   90 persen  tanah  itu) orang Yahudi telah merampas  semua  harta benda  Palestine; tanah, kebun dan ladang, rumah kediaman dan perniagaan. Setelah menghalau  para   pelarian Palestine  itu dan menolak kepulangan mereka, mereka pun meluluskan satu “undang-undang  harta  peninggalan”,  untuk membolehkan  mereka merampas harta benda  orang Palestine  untuk diberikan kepada masyarakat  Yahudi. Undang-undang itu  mempunyai ‘chutzpah’ (syarat) menegah penjualan semula  setiap harta   pencurian itu  kepada orang  Palestine.

Pada  1982, Israel telah menakluki  Lebanon. Sepanjang itu dan selama  18 tahun menjajahnya, sekitar  40,000  orang awam telah terkorban.  Israel telah mengbom dan menyerang bandar raya  dan perkampungan   termasuk hospital  dan  rumah kanak-kanak miskin (seperti  yang  dirakamkan  oleh  Palang  Merah  Norway) sehingga  menghancurkan sebuah bandar  purba  yang sungguh indah, Beirut.

Perdana Menteri  Israel yang  terkini, Ariel Sharon, tidak berani menjejakkan kakinya  di Belgium dan Netherlands,  kerana takutkan  hukuman  yang pernah diisytiharkan oleh Mahkamah Dunia kerana  jenayah perangnnya.  Sharon bertanggungjawab  membunuh sekitar dua ribu  pelarian  di Khemah  Sabra  dan Shatila  di Lebanon.

Israel pernah menembak jatuh sebuah pesawat  penumpang  Libya  yang  membawa 111 penumpang  di  Semenanjung  Sinai. Bukan sahaja orang Palestine  yang  telah menanggung  kesengsaraan  daripada keganasan Israel.

Keganasan Zionis  Terhadap Amerika Syarikat

Amerika pernah  menanggung kesengsaraan  bahana  keganasan  Zionis.  Malahan, Zionis pernah melancarkan  beberapa tindakan peperangan  terhadap Amerika Syarikat.

Rekod keganasan  Israel terhadap Amerika Syarikat itu bermula  sejak  1954 lagi. Pada tahun itu, kerajaan Israel telah merancang  memusnahkan  infrastruktur  Amerika di Mesir dan Alexandria  dan mentohmah  kerja  itu  dilakukan  oleh beberapa  warga Mesir. Mujur rencana itu gagal  dan tidak dapat dikesan.  Itulah  Kisah Lavon,  yang mengambil sempena nama orang  merancang keganasan itu, Pinhas Lavon,  yang menjadi  Ketua Pertahanan Israel ketika itu. Dia  meletakkan  jawatan pada  1955  selepas  kegagalan projek keganasan  itu.

Pada  1967,  telah menggunakan pesawat  yang  tidak bertanda  dan  bot   yang dilengkapi torpedo untuk  menyerang  USS Liberty, sebuah  kapal tentera  laut Amerika  di Semenanjung Sinai, termasuk  menembak  dengan mesingan   pelampung  dan rakit keselamatan kapal itu. Serangan itu membunuh  31  askar  Amerika  dan mencederakan  170 orang lagi.  Pihak Yahudi itu  bercadang  menenggelamkan kapal Amerika itu  dan membunuh semua  rakyat  Amerika  untuk  mentohmah kemudiannya  bahawa  kerja  itu adalah bikinan Mesir. Dengan cara  itu Israel  merencana  untuk mendapat  sokongan  Amerika dan menguasai lebih banyak tanah kepunyaan  negara  Arab.

Serangan terhadap Liberty itu  adalah serupa  dengan  satu tindakan  ganas  yang mencetuskan keadaan  perang terhadap Amerika Syarikat oleh Israel. Walaupun Setiausaha Negara Dean Rusk dan  Ketua  Tentera Laut  Admiral Moorer telah mengumumkan bahawa perbuatan Israel itu sengaja  dilancarkannya  terhadap  USS Liberty,   kuasa yang ada  di tangan  kumpulan pelobi Zionis  telah  berjaya  mempengaruhi  keadaan  untuk mengelakkan tertubuhnya  satu  siasatan tajaan  Congress. Kalaulah  pelobi itu  berjaya menutup rapat  keganasan  Israel  terhadap  Amerika itu, adalah tidak menghairankan apabila Israel berjaya  menyorokkan  jenayahnya  yang berpanjangan  terhadap  Palestine. Namun, selepas  Liberty diserang, Amerika tidak pun bertindak  mengurangkan    jumlah bantuan kita yang berbilion  banyaknya. Sebaliknya  kisah itu lenyap  sahaja  daripada muka surat pemberitaan  dalam  beberapa hari sahaja.

Pada 1986,  telah sengaja  menyebabkan kita  melancarkan perang dan menyerang sebuah negara   lain.  Pasukan Mossad telah memasang satu  transmitter di Tripoli, Libya dan menyiarkan beberapa pesanan  menggunakan  kod Libya memberi  kiasan bahawa Libya telah bertanggungjawab dengan pembunuhan dua  rakyat Amerika disebabkan  pengeboman Disko La Belle  di  Jerman. (Tidak lama kemudian barulah disahkan  betapa Libya tidak ada kena mengena  dengan  pengeboman  itu). Dengan tipu muslihat begini, Israel telah menggalakkan  Amerika mengbom  Libya sehingga mencetuskan  banyak kemusnahan. Salah seorang yang terkorban ialah anak  perempuan  Presiden  Libya, Muammar Gadaffi. Inilah satu perbuatan sial  dalam menipu  sebuah negara  untuk  mengisytiharkan  perang tanpa usul periksa   terhadap  sebuah negara lain.  Hanya  sebuah   musuh  yang benar-benar zalim  yang mampu berbuat begitu  kepada  Amerika.

Setiap  rakyat  Palestine  dan Arab  amat sedar  akan  keganasan  Israel  sejak setengah abad  yang lalu, Keganasan itu tidak dapat  menyubur   tanpa  bantuan kewangan, ketenteraan, dan sokongan diplomatik Amerika Syarikat. Mereka sedar  betapa berpengaruhnya kumpulan pelobi Yahudi  mengawal  Dasar Timur Tengah Amerika  dan Kumpulan Zionis  yang mampu mendapatkan apa sahaja  yang mereka ingini   daripada Congress mengenai  sebarang isu yang  berkepentingan  kepada  mereka.

Kerana Amerika memberikan sokongan penuh  kepada  Israel  melancarkan penaklukan ganas terhadap Lebanon  dan menjajahnya  pada 1980-an  dulu  yang  menyebabkan pengeboman terhadap  Amerika  Syarikat.

Itulah serangan yang  mengorbankan  300  askar  muda  Amerika  daripada  pasukan komandonya.

Bersambung  bahagian 3.

Hits: