POLITIK ANTI SEMENANJUNG DI SARAWAK

Kerajaan BN Sarawak secara rasminya mengamalkan POLITIK ANTI SEMENANJUNG…. Dengan kerjasama pimpinan BN pusat, BN Sarawak secara rasminya meniupkan semangat membenci parti-parti politik bukan komponen BN dari Semenanjung.

Dengan keputusan 60/62 kemenangan BN di Sarawak pada 27hb.Sept.2001 yang lalu, telahan dan jangkaan Barisan Alternatif telah membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan yang mengamalkan politik ganas serta perkauman. Di mana Perdana Menteri Malaysia si Mahafiraun serta Tok Uban (Ketua Menteri Sarawak) secara terang-terangan mengajak pengundi di Sarawak mengamalkan politik ganas serta bersikap perkauman terhadap komponen BA serta DAP di Sarawak.

Bukti yang paling nyata serta kukuh adalah dari kenyataan media atau perbuatan pimpinan BN sendiri semasa berkempen dalam pilihan raya Sarawak.

1. Kerajaan BN dengan sewenang-wenangnya menggunakan segala media kerajaan seperti TV1 dan TV2 berkempen dengan mengatakan Parti KeADILan Nasional adalah parti pelampau dan ganas serta melabelkan sebagai parti Semenanjung yang tidak layak bertanding di Sarawak serta berhasrat untuk merampas hak peribumi Sarawak.

2. Segala media cetak seperti Utusan, Berita Harian, Utusan Sarawak, Malaysia Today, Borneo Post digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi serta memberi kenyataan palsu tentang kejadian semasa pilihan raya. Contoh yang paling ketara penipuan pihak BN dalam media cetak adalah,

a) Kejadian membakar bilik gerakan BN di Santubong… di mana pihak pembangkang telah dituduh membakar bilik gerakan tersebut, tetapi perkara yang sebaliknya telah berlaku…. Yang mana petugas BN sendiri telah membakar bilik gerakan tersebut kerana tidak berpuas hati apabila upah memasang poster tidak dibayar oleh pihak BN sendiri.

b) Kejadian serangan bilik gerakan KeADILan di Tebuan Lot, Demak Laut di malam menjelang pilihan raya, 3 orang cedera dan calon KeADILan turut diserang. Tetapi seluruh media kroni BN melaporkan bilik gerakan mereka telah diserang oleh pihak pembangkang dan melibatkan kecederaan teruk kepada petugas mereka. Dan kes ini telah dilaporkan oleh peguam KeADILan di balai polis Segama, Kuching, dan bukti-bukti kukuh serta gambar mangsa serta tempat kejadian berada dalam simpanan peguam KeADILan dan bantahan telah dibuat kepada SPR mengenai serangan ini. Apa yang dimaklumkan oleh saksi para penyerang ini memakai pakaian berlogokan BN dan RSS (Rumpun Silat Sarawak) yang dengan sengaja merempuh masuk ke dalam bilik gerakan KeADILan di Tebuan Lot dengan menggunakan parang serta kayu menyerang mangsa. Foto-foto kejadian ini ada diterbitkan dalam laman minda rakyat / berita keadilan.

c) Pihak media menggambarkan para Petugas BA sebagai pengganas serta samseng di Sarawak, tetapi hakikat yang sebenarnya pihak BN telah menggunakan khidmat samseng serta kumpulan silat di Sarawak untuk menakut-nakutkan petugas serta penyokong BA, secara terbukanya samseng dan kaki pukul di Sarawak di letakkan dalam kumpulan RSS (Rumpun Silat Sarawak) semasa hari penamaan calon sehingga hari pilihan raya. RSS ini ditugaskan untuk menggeruni para petugas dan penyokong BA semasa hari penamaan calon serta hari mengundi untuk menimbulkan perasaan takut serta mematikan langkah jentera pilihan raya BA. Begitu juga dengan beberapa kes serangan terhadap petugas BA semasa tempoh berkempen.

d) Pihak BN juga dengan sewenang-wenangnya menggunakan anggota RELA di Sarawak, di mana anggota RELA ini digunakan untuk menghalang para petugas BA masuk ke kawasan pilihan raya, yang mana calon-calon BA dihalang untuk berkempen serta para petugas dihalang untuk memasang poster serta bendera parti.

e) Pihak BN juga menggunakan Pasukan Pertahanan Awam (Rescue 991) sebagai petugas sewaktu hari pilihan raya untuk membekalkan makanan serta membantu jentera pilihan raya BN di Sarawak.

f) Pihak BN juga 100% menggunakan pihak POLIS sebagai pegawai keselamatan mereka serta menakut-nakutkan pengundi dengan memberikan kawalan amat ketat terhadap penyokong BA, tetapi memberikan kelonggaran dan ambil tak kesah terhadap petugas BN, di mana petugas/perayu undi BN ini dibenarkan mengiringi pengundi sehingga ke tempat mengambil kertas undi dari pegawai SPR, walaupun itu secara sahnya telah melanggar undang-undang SPR, sikap double-standard ini bukti kukuh unsur penipuan dalam pilihan raya di Sarawak adalah dengan bantuan pihak POLIS sendiri.

g) Para petugas SPR secara totalnya, yakni 100% memberikan kelonggaran terhadap pihak BN, dengan memberikan peluang kepada para petugas dan perayu undi BN berada di dalam kawasan larangan serta berkempen di dalam bilik mengundi serta memaksa pengundi memangkah BN.

h) Rasuah pilihan raya begitu ketara di pondok panas BN, di mana setiap pengundi yang membuat semakan akan diberi wang sogokan sekurang-kurangnya RM 10.00 dan ada yang mencapai ke tahap RM 100.00 mengikut demand pengundi itu sendiri. Dan dalam kes rasuah pilihan raya ini lebih 400 kes telah dilaporkan kepada SPR berserta bukti ( @ wang dan slip saluran / foto semasa pemberian rasuah / foto saksi serta tempat kejadian ).

i) Para pegawai SPR dan POLIS secara nyata dan tegas menghalang para PACA (Polling Agent dan Counting Agent) Barisan Alternatif melaksanakan tugas mereka, kes ini bermula sejak awal pagi lagi, buku senarai pengundi adalah berbeza dari buku senarai pengundi yang diberikan kepada pihak BN, para PACA BA telah dihalang untuk mengawal PETI UNDI selepas tempat mengundi ditutup, para PACA BA diarah berada di luar kawasan mengundi dan dilarang sama sekali untuk melihat peti undi sehingga waktu pengiraan undi akan dibuat, dan dalam kes ini niat buruk pihak BN dengan kerjasama pihak SPR serta POLIS untuk menipu PETI UNDI amat ketara sekali, dan secara tidak langsung keputusan pilihan raya boleh ditentukan oleh BN, hasilnya segala keputusan dalam pilihan raya kali ini adalah standard serta sekata mengikut perancangan pihak BN….adalah mustahil keputusan setiap PETI UNDI itu akan sama-rata yakni tidak lebih dari 25% undi untuk pembangkang dan pihak BN akan meraih undi lebih dari 75% dari setiap PETI UNDI.

j) Pertandingan di Sarawak bukan sahaja dari sudut 2 dimensi tetapi 3 dimensi…makhluk halus yang bernama syaitan digunakan untuk membantu BN di Sarawak….dasar penakut dan tak bertelur….orang yang tidak sanggup berjuang di bumi yang nyata ini adalah manusia yang penakut dan bertopengkan syaitan. Biarlah kekuatan mereka bersandarkan syaitan dan ilmu ghaib…. Namun rakyat tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

3. Penipuan demi penipuan serta rasuah politik begitu ketara di Sarawak, Rakyat Sarawak sekali lagi ditipu dan dijajah oleh BN, sebagai negeri paling kaya di Malaysia, rakyat Sarawak sebenarnya merempat di negeri sendiri, tak sampai 10% rakyat Sarawak berada di tahap senang….kerana 3,000 juta ekar tanah adalah milik individu seramai 24 orang (kroni BN) seperti yang telah didedahkan oleh BA dalam pilihan raya kali ini. Syarikat-syarikat yang kaya-raya di Sarawak adalah milik Mahmod Holdings serta kroni Taib Mahmod sendiri, hanya Syarikat kecil-kecilan milik rakyat marhaen. Bintulu sebagai pengeluar GAS ASLI yang terbesar di DUNIA adalah milik mutlak PETRONAS serta kroni Mahathir, dan ini bukti kukuh bahawa kerajaan BN mengamalkan sistem memonopoli segala kekayaan di Sarawak hanya untuk para KRONI, begitu juga dengan hasil BALAK dan lain-lain hasil bumi di Sarawak.

4. Rakyat Sarawak kini tiada pilihan lain, melainkan melakukan REFORMASI TOTAL terhadap kerajaan yang memerintah di Sarawak. Selagi kerajaan BN dibenarkan menguasai Sarawak, 70% rakyatnya akan berada di tahap miskin dan golongan professional yang terdiri dari anak Sarawak yang telah mendapat pendidikan di Universiti akan dinafikan hak untuk kembali ke kampung halaman, di mana mereka ini disekat untuk berkhidmat dengan agensi kerajaan atau swasta di Sarawak agar para pekerja yang berpendidikan rendah sahaja yang bertugas dengan mereka, yang pastinya kerajaan BN memang berminat dan menggalakkan anak Sarawak supaya belajar sehingga peringkat menengah sahaja dan terus menjadi hamba abdi kepada kerajaan BN dan kroninya buat selama-lamanya.

Kini rakyat Sarawak terpaksa menunggu lima tahun lagi untuk mengubah pemerintah, peluang yang ada pada 27hb.Sept.2001 yang lepas telah disia-siakan serta dilepaskan begitu sahaja. Kerana terpengaruh dengan pujuk rayu serta ugutan pihak BN, mereka rela menggadaikan maruah diri serta tanah air mereka dengan wang RM 10.00 atau    RM 100.00, nasi telah menjadi bubur, tak usah di tangisi lagi, sesal dulu pendapatan…sesal kemudian meranalah jawapnya. Putra Jaya II akan dilaksanakan di Sarawak, 20,000 ekar tanah pri bumi Sarawak akan dirampas… mereka semua akan hidup merempat….anak-anak akan dinafikan hak mereka untuk belajar sehingga ke peringkat tertinggi, biasiswa sudah tiada lagi, rakyat makin miskin….para kroni makin kaya-raya…itulah yang bakal dihadapi oleh rakyat Sarawak kini…..????? tepuklah dada….tanyalah selera….salahkah aku memangkah BA…….benarkah aku memangkah BN…..?????????

SILA SEBARKAN KEPADA PARA REFORMIS DAN PENDOKONG BA 

“ JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN, JIKA TAKUT HADAPI RISIKO”

Rakyat Di Jajah UMCINO@BN  (RDJU) – 4/10/2001.

Hits: