Virus Ebola  Melanda Sempadan  Afghan

oleh: Tim Butcher  di Quetta

Ledakan  terbesar dalam sejarah  yang menyangkuti  satu  jenis penyakit  yang sungguh berbahaya dan  mudah berjangkit  di mana  mangsanya  mengalami pendarahan  di setiap rongganya  sehingga  mati  telah diperakukan semalam  di  kawasan sempadan Pakistan  dengan Afghanistan.

Sekurang-kurangnya  75 orang   telah dijangkiti  penyakit  ini  setakat  ini  dan  lapan  orang mangsa telah  mati. Satu  wad khas   yang  diasingkan dengan pagar berduri  telah pun diwujudkan di  bandar Quetta,  Pakistan, dan satu  rayuan sejagat telah  dilancarkan  utnuk  mendapatkan bantuan.

Ledakan  ‘Crimean-Congo Hemorrhagic Fever’ (CCHF) itu dikatakan berpunca  daripada  Afghanistan, dan ini  telah  mencetuskan  ketakutan  betapa  berjuta  pelarian  yang memasuki Pakistan  turut  dijangkiti  virus  tersebut.

CCHF  itu mempunyai  kesan yang  menyerupai  virus  ebola  yang  merosakkan  urat darah,  dan menjangkiti  saluran  yang lain sehingga  menyebabkan  alat-tubuh  yang lain tidak berfungsi.

Seorang doktor  pernah menyebut, seseorang  pesakit yang dihinggapi penyakit  ini  “ternyata mereput  di  depan  mata.”

Di ‘Fatima Jinnah Chest and General Hospital’ di Quetta,  ibu negeri  provinsi Baluchistan, satu  wad pengasingan   yang dilengkapi  lapan katil dan  dua   ruang pemerhatian telah pun disediakan.

Ismail Sadiq  yang berumur  sembilan tahun sedang terlantar  di atas  katil di situ, kelmarin.  Badannya  kepanasan  dengan  demam dan  satu gumpalan  kapas  disumbat  di   lubang hidungnya  untuk  menyekat  pendarahan.

Di bahagian luar wad itu,  ahli keluarganya  duduk  menunggu di bawah teduhan  sebatang  pokok. Seorang  lelaki  tua  diam  menggentel  bijian  tasbih, sementara  para doktor tidak membenarkan sesiapa  menziarahi mangsa.

Ismail hanya boleh diziarahi oleh  doktor dan  misi yang terpaksa  mengenakan  pakaian khas  yang disebut  ‘barrier nursing’. Pakaian ini menyerupai  jejering halus  yang sudah dinyahkuman (sterilized  hairnettting), topeng,  sarung tangan, gaun dan  pembalut  kasut (overshoes).

Ada seorang mangsa lelaki, berusia  65  tahun  yang terbaring  di katilnya, dengan  kesan  darah kering  di bahagian dagu, hidung, dan  lidahnya. Bajunya pun  penuh berlumuran   darah.

Dr. Akhlaq Hussain, superintendent  hospital itu, berkata: “Kes pertama  penyakit  ini muncul pada  bulan  Jun. Terdapat beberapa  kematian, tetapi pada  mulanya  kami tidak tahu apa  penyebabnya.”

Beberapa contoh  darah  telah pun dihantar  kepada  ‘Pakistan’s National Virology’  sebuah pusat   pengujian di  Islamabad.  Kemudian, contoh itu dihantar pula  kepada  South Africa’s National Institute  of Virology di Johannesburg  untuk diperakukan.

Dr. Hussain menambah:  “kami hanya sedar betapa  kami menghadapi CCHF setelah  laporan  ujian itu diterima.”  a sudah pun merakamkan  satu senarai  membabitkan 75 kes, yang membabitkan pendatang  daripada Afghanistan  ataupun  mereka yang  tinggal di kawasan  sempadan  dua  negara  itu.

Rekod  penyakit itu yang pertama     membabitkan askar  Russia  yang   berkhidmat di Crimea  pada  1944 dan  kemudiannya  di kalangan   penduduk satu perkampungan  di sebuah bandar Congo  di Kisangani pada  1956. Hanya pada  1969,  barulah  pakar  sains   berjaya   memisahkan satu virus  yang   muncul dalam dua peristiwa penyakit  itu.

Walaupun sudah muncul beberapa kes sejak itu, jumlah  yang  dilanyak penyakit ini  tidak pernah  membengkak  seperti yang sedang  berlaku.

Doktor itu berkata:  Kali pertama kita mengalami  kes ini ialah pada 1970-an. Nampaknya sudah ada  satu sarang  virus ini di Afghanistan dan kami amat  rungsing  kesan dahsyat  yang  akan melanda  para  pendatang  yang baru itu  nanti.”

“Virus ini disebarkan oleh binatang  ternakan, dan kalau mereka  dibawa masuk dengan jumlah yang besar, kita  boleh menjangkakan lebih banyak kes  penyakit  ini lagi.

-tamat-

Hits: